Tuesday, September 23, 2008

Kematian: Satu Kejadian atau Satu Proses?

Apakah yang sebenarnya terjadi pada otak and daya sedar (consciousness) manusia ketika maut menghampiri kita?

Inilah perkara yang menjadi tanda tanya dikalangan para ahli sains Barat mengenai kematian dan mereka sedang membuat kajian mengenainya. Kajian mengenai perkara ini yang dinamakan AWARE (AWAreness during REsuscitation) telah dilancarkan pada 11 Sept 2008 di satu symposium antarabangsa di United Nation.

Menurut kebanyakan report yang ada, apabila maut menghampiri manusia akan datang satu cahaya putih (malaikat maut kot?) dan ulang tayang segala memori (a replay of memories). Ketua kajian, Dr Sam Parnia dari University of Southampton UK, berkata: “Berbeza dengan persepsi biasa, kematian itu tiada jangkamasa yang tepat (death is not a specific moment), ia bermula dengan jantung berhenti berdenyut, paru-paru berhenti bekerja dan otak berhenti berfungsi – satu keadaan perubatan yang dinamakan “cardiac arrest” dan mengikut kaedah biologi dinamakan “clinical death”.

Menurut artikel ni, para saintis Barat telah lama membuat kajian untuk mencari definasi mati dan untuk menentukan masa yang tepat kematian itu berlaku. Dan sekarang kebanyakan doktor-doktor Barat mengakui kematian adalah lebih kepada satu proses daripada satu kejadian. Menurut Dr Parnia lagi, “ketika keadaan kekejangan urat saraf (cardiac arrest), ketiga-tiga kriteria kematian hadir dalam jangkamasa tertentu, dari beberapa saat hingga satu jam atau lebih. Apa yang manusia alami ketika keadaan ‘cardiac arrest’(atau nazak, lebih tepatnya) dapat memberikan satu pemahaman yang unik tentang apa yang kita semua akan alami semasa proses kematian”.

Para kajian AWARE akan mengkaji apa yang terjadi pada otak bila badan mula tidak berfungsi, samada manusia boleh mendengar atau melihat semasa nazak dan apa yang berlaku ketika nyawa keluar dari badan.

SubhanAllah, jawapannya telah ada 1429 tahun yang lalu. Mukjizat Rasulullah s.a.w. yang masih kekal hingga kehari ini. Mungkin mereka ingin mengetahui secara biologi apakah yang terjadi pada tubuh manusia, tetapi jika mereka ingin mengetahui berkenaan dengan nyawa/roh, alangkah malangnya mereka.

Manusia tidak diberi ilmu untuk membongkar rahsia roh dan mati. Persoalan mati adalah urusan Allah Taala; sebagaimana yang dijelaskan oleh firman Allah s.w.t:
“Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang roh, katakanlah: Roh itu termasuk urusan Tuhanku” (Surah Al-Isra’, ayat 85)

Dan tiada siapa di kalangan manusia yang masih hidup mengetahui keadaan sebenar orang yang sedang menghadapi kematian kerana kematian itu hanya dirasai oleh orang yang mati sahaja. Melalui wahyu Allah s.w.t., hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang dapat menceritakan keadaan sebenar apa yang dirasai oleh orang yang sedang menghadapi kematian. Baginda memberitahu kesakitan yang dialami ketika dicabut nyawa itu seperti ditetak seratus kali dengan pedang yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup-hidup.

Kematian itu berlaku pada jasad manusia secara beransur-ansur, bermula dari hujung kaki dan beransur ke peha, beransur ke dada, ke kerongkong dan akhirnya roh ditarik melalui ubun-ubun kepala. Malaikat maut melawat kita sebanyak 360 kali sehari, iaitu lebih kurang setiap 3 minit sekali. Ingatlah manusia, setiap kita menunggu giliran untuk dicabut nyawa oleh malaikat maut, tidak akan lambat atau cepat walau sesaat. Berdoalah semoga diakhir hayat kita nanti disudahi dengan kebaikan (husnul khatimah).

Ingin aku khabarkan kepada saintis2 itu, rujuklah Al-Quran dan Al-Hadis, anda tentu dapat jawapannya. Tidak semua kejadian alam dan manusia boleh dirungkai dengan kajian sains…Berimanlah kepada Allah, Dialah Al-Muhyi, Al-Mumiitu.

“Katakanlah: “Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)” Surah Al-Kahfi, ayat 109

6 comments:

  1. "Kullu nafsin za'iqatul maut"

    Setiap manusia pasti akan menemui mata..mati itu ialah hakiki..Semoga Husnul khatimah menjadi kenyataan..


    P/S : alhamdullh, setelah cari dan cari akhirnya baru jumpa blog akak ni. Tenkiu!

    ReplyDelete
  2. Cukuplah kematian itu sebagai satu ingatan yang menginsafkan..

    Thanks for the visit.

    ReplyDelete
  3. Salam...al-Quran merupakan ibu kepada segala buku @ rujukan...kematian?kedua-dua boleh jadi...kejadian ciptaanNya,proses bg yang susah nak 'lepas'...

    ReplyDelete
  4. Burung belatuk: Thanks for the visit and also your comment.

    "Hanya mereka yang benar2 beriman sahaja yang gembira bertemu Kekasih sejati"

    ReplyDelete
  5. kekadang fikir , org kafir ni dah x de kerja nak buat agaknya ... proses kematian itu urusan Allah . Semoga kita mati dalam husnul khatimah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka bangsa yg suka mengkaji dan berfikir..tapi kebanyakan para pemikir/saintis Barat ni mendapat hidayah Allah swt semasa pencarian ilmu mereka dan bila dah memeluk agama Islam, mereka sangat2 menghargainya..

      ya, semoga pengakhiran hidup kita di dlm husnul khatimah..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...