Friday 17 October 2008

"Intermission"

Aku berdiri di beranda tingkat 3 rumah pangsa 5-tingkat itu. Hembusan angin petang lewat waktu Asar terasa begitu nyaman, bagaikan membawa pergi lelahku mendaki anak-anak tangga bangunan yang sedikit usang itu. Pintu rumah tertutup rapat namun deria pendengaranku dapat menangkap suara-suara menerobos melalui bilah-bilah tingkap.

"Oh ada orang rupanya" hati terasa gembira. "Ini rumah dia ke? Dia tengah buat apa? Nanti mengganggu pulak" Diri bermonolog sendirian, timbul rasa ralat di hati kerana tidak memberitahu terlebih dulu. Sedikit alpa dengan adap-adap berziarah. Diri ingin berlalu pergi, namun kotak ingatan memutar semula ajakannya yang begitu beria-beria beberapa hari yang lalu.

Sedang berkira-kira tindakan selanjutnya, satu kepala menjengah di sebalik tingkap.

"Cari siapa?" satu suara garau melontar soalan dari sebalik tingkap. Suami kakak tu agaknya.

"Cari kakak ni. Ini rumah dia ke?", balasku penuh harapan.

"Ya. Masuklah, kakak baru lepas sembahyang. Tengah baca Al-Mathurat, dah nak habis dah..masuklah", serentak daun pintu dibuka lantas menampakkan ruang tamu yang kecil tapi sedikit berselerak.

"Minta maaf, mengganggu petang-petang begini", rasa bersalah menyelubungi diri.

"Takpe. Baru balik dari kenduri. Anak saudara kahwin. Ni barang-barang dari sana," jawabnya sambil tangan pantas mengemas ala kadar.

"Duduklah dulu. Akak dah siap ni" laungan suara dari dalam bilik. Dia keluar dari bilik, bersalam denganku terus langsung ke dapur. Menjerang air sambil bersembang-sembang hal kenduri tengahari tadi. Lelaki tadi sudah tidak kelihatan, menghilang disebalik pintu bilik utama.

"Minum teh ke? Kita buat teh 'O', boleh makan dengan bahulu" ujarnya.

"Apa-apapun boleh", balasku, telus. Tanpa menegah, membiarkannya mengutip sedikit pahala di petang-petang begini.

Dia kembali dengan sedulang air teh 'O' dan kuih bahulu. Rancak berbual sambil tangan mencapai gelas teh 'O' dan meneguknya sedikit. Tiba-tiba mata memandang, hati berkata-kata, otak memberi signal "Berhenti minum".

Gelas kaca tertera perkataan "Carlsb**g" itu kuletak kembali diatas dulang. Adakah ini satu ketidakperasanan yang tidak disengajakan? Atau satu ketidaksengajaan yang tidak diperasankan?

Diri tiba-tiba berada dalam situasi yang tak keruan. Dia pula tidak berhenti bercakap. Bagi menutup kekalutan diri, kuih bahulu kujamah dan kutelan jua. Tekak terasa perit dan kesat, namun nak kuteguk air tu kembali, rasa lain sekali perasaanku. Air itu tidak bersalah.

Aku seperti berada dalam duniaku sendiri. Tiba-tiba memikirkan bagaimana gelas itu boleh berada disini, didalam rumah ni. Mereka cuma bertiga sahaja. Mungkinkah ini, mungkinkah itu, segalanya mungkin...Butir-butir suaranya kedengaran sayup-sayup dihujung telinga.

"Macamana nak beritahu kakak ni? Perlu ke? Bagaimana nak ku ucap dengan kata-kata?" Dia cuma kukenal begitu-begitu sahaja. Sekadar bertegur sapa ketika berjumpa di jalanan atau di surau.

Tiba-tiba satu ketukan kedengaran di pintu beserta salam dari satu suara yang lembut. Dia bangun serta-merta sambil menjawab salam. I am saved by the voice? Dari butir-butir perbualan, kudapat rasa yang dia terpaksa pergi lantas aku cepat-cepat meminta diri. I am saved again, ahh leganya...

Perkara ini tergantung begitu sahaja, biarlah kutepis, kupendam dalam hati cuma, hmm..lemahnya iman....

p/s: Peristiwa ini berlaku tahun lepas, jarang terjumpa kakak tu lagi.

15 comments:

  1. xsalah kalau nak bertanya,gelas tu xbersalah...tu pendapat aku.terpulang pada niat kita pd tu. p n3 aku yang ke-second dan bacalah...semua tu tpulang pd niat...minta diri dilindungi Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  2. bagi aku itu cumer gelas(bagi aku)

    sure akak tu dah basuh. sebab gelas "Carlsb**g" memang lawa.huh.

    tapi tak wajar ler nak bagi orang kita minum pakai gelas tue.(sbb org kite sensitif.huh)

    kalau aku aku akan pujilagi"cantik gelas akak nie"(sbb orang kita bercakap kene berlapik).huh.

    ;-)

    ReplyDelete
  3. burungbelatuk & pendekar:
    At that point of time, saya sebenarnya tergamam, terkedu n terkelu. Sesuatu yang unexpected n my minds was busy to block all the buruk sangka..

    ReplyDelete
  4. tanya saja lah pada kakak tu, mana dia dapat gelas tu... kadang2 orang kita ni tahu perkara2 macam tu, but they just act ignorance....

    ReplyDelete
  5. aku da tanya sal mende nih kat member2 aku. kbykan berpendapat yg tu cuma gelas jer. perkataan tu cuma tertulis kat situ. bukan dibuat dari benda haram. kalu dah guna tuk tujuan xbetul xkan akak tu xsamak. kene pk logik. byk lg org2 kita yang gne@simpan brg2 sebegini.tu kes ringan. kalu kes berat is kerja kat kdai yg jual arak ke....kira mkn duit haram la tu...

    ReplyDelete
  6. Saya faham apa yang bermain difikiran..

    "Namun berbaik sangkalah..mungkin hadiah atau pasaraya sedekah gelas tu"

    ReplyDelete
  7. rush murad: Nak bertanya, kena susun kata2 yg berlapik, takut dia terasa aib pulak sebab dari segi penampilan lahiriah, memang nampak cam warak je. Mungkin dia tak sedar gelas tu ada dlm rumah dia..

    ReplyDelete
  8. burungbelatuk:
    Memang secara zahir itu cuma gelas, sama jg dgn gelas2 yg lain. Bila dah ada tulisan tu maknanya it comes from that company (trademark registered). Jika kita guna, simpan or minum guna gelas tu, maknanya kita bersetuju, bersengkokol, redho dgn company tu. Kita orang Islam mesti menolaknya, membencinya secara total, zahir dan batin.

    ReplyDelete
  9. ibnurashidi: Itulah yang cuba saya lakukan at that point of time. Trying very hard..

    ReplyDelete
  10. mungkin juga kakak tu tak tahu 'Carlsberg' tu jenama apa.... kan?

    ReplyDelete
  11. Mungkin juga...kita bersangka baiklah..

    ReplyDelete
  12. Sekadar pendapat,
    1. Memang betul kadang2 kalau beli sesuatu dapat hadiah. e.g. beli PLANTA dapat hadiah pinggan. TAPI kalau gelas tu kdg2 kat kedai ubat cina bila kita beli sesuatu dia bg. Biasanya bila beli satu kartun dpt ler free gelas. Terpulang pada kita samada nak menerima gelas tu atau tidak. Rasa was2 tak payah le. Sekadar gelas (kes bprangsaka baik ler ni..harharharharharharh..)
    2. Mungkin kakak tu tak perasaan or mungkin dia tak tau carlsberg tu jenama arak...MAAF kalau saya, saya terus cakap kat dia...biarpun saya rasa dia kecil hati...daripada terus membiarkan sampai setahun benda tu berlalu...kita masih teringat lagi.
    (hendaklah kita saling ingat mengingati)

    Peace

    ReplyDelete
  13. TQ. Points noted. Dah lama tak beli brg kat kedai ubat cina, masa kecik-kecik dulu adalah kot, sekali-sekala..

    ReplyDelete
  14. Lain kali bagi salam dulu sebelum masuk... Teman pun pernah juga kena macam kisah nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undecisive..nk teruskan ziarah ke tak, tiba2 kena sergah..hihi..mmg serba salah jg nk inform ke tak..harap2 dia perasan lah lps tu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!