Wednesday, December 24, 2008

Belajarlah



Belajarlah dari MATAHARI:
Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran di atas bumi, kepada yang miskin mahupun yang kaya, yang mulia hatinya juga buat si kejam, kepada semua makhluk ciptaan Ilahi.

Belajarlah dari BUNGA:
Sentiasa tersenyum menyebarkan harumannya menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yang gundah, juga menggembirakan setiap mata yang memandang.

Belajarlah dari LEBAH:
Sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yang riang dan semangat membara.

Belajarlah dari POKOK:
Menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkan dahannya.

Belajarlah dari BULAN:
Tenang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap.

Belajarlah dari SUNGAI:
Tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa saja halangan hinggalah sampai ke muaranya. Airnya lembut dan tenang tapi tiada suatu pun mampu menghalang kemaraanya.

Belajarlah dari DAUN yang luruh:
Sabar ketika menghadapi kesukaran. Sentiasa tabah menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali.

Belajarlah dari HUJAN:
Kehadirannya dinanti-nantikan buat penyejuk alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan memberi nyawa kepada tumbuhan.


Lihatlah ke dalam diri, pelajarilah sifat-sifat alam yang dicipta Sang Penguasa Agung. Kita juga sebahagian daripadanya.

7 comments:

  1. Alam adalah guru yang terbaik.

    ReplyDelete
  2. Pokoknya..seluruh alam jagat Allah SWT ciptakan itu selain memberi faedah kepada makhluk bernama manusia dan haiwan ia juga bertujuan difikirkan oleh manusia itu sendiri..bukti, semak kisah Nabi Ibrahim..

    ReplyDelete
  3. yg terbaik blajo mesti ada guru..tiada guru kita boleh sesat..

    ReplyDelete
  4. To: Pok Li,

    Alam ini adalah manifestasi kebesaran dan keagungan Allah SWT, yang Maha Sempurna penciptaanNya.

    ReplyDelete
  5. Ibnurashidi,
    Benar bagai dikata. Byk ayat2 Al-Quran yg menyuruh kita memikirkan kejadian alam, langit & bumi, malam & siang, etc.

    ReplyDelete
  6. To GELIgeli,

    Benar, blajo ilmu agama mesti ada guru supaya tidak sesat. Ilmu lain boleh dipelajari dgn pelbagai cara, e.g. pembacaan, pengamatan, pengalaman, trial & error, etc.

    Thanks for the visit..

    ReplyDelete
  7. memang benar,, di dunia ini tak ada yang bodoh,,, cuman ada yang malas dan rajin saja,,,Obat Asam Urat

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...