Thursday 24 December 2009

Hutang Oh Hutang


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
 
Begitu indah sekali seloka pantun ciptaan cerdik pandai dahulu. Tapi realitinya belum tentu seindah butir bicara.
 
Hutang emas mungkin terkandas dipajak gadai. Hutang emas mungkin dibayar 10 kali. Hutang budi dibalas budi juga..seperti kes minta sponsor hadiah untuk company annual dinner..terpaksalah please the client.
 
Kunci kata dalam pantun yang famous itu ialah hutang. Manusia berhutang mengikut tingkatan keperluan dalam hidup. Tingkatan keperluan dalam kehidupan seseorang itu berkisar kepada perkara dharuriyyat (sangat perlu), perkara hajiyyat (memudahkan) dan perkara tahsiniyyat (aksesori). 
 
Perkara dharuriyyat merangkumi perkara-perkara asas seperti membeli makanan, pakaian, perubatan untuk menyelamatkan nyawa. Perkara hajiyyat seperti membeli kereta dan rumah. Manakala, perkara tahsiniyyat yang banyak dilakukan oleh manusia, iaitu bermewah-mewah dalam menghias diri, rumah, kereta, dll. Bijaksana dalam menguruskan keperluan hidup menjadi asas penting seseorang itu akan dapat menikmati kebahagiaan hakiki. 
 
Artikel berikut yang diambil dari e-mail boleh dijadikan pedoman. Hadith: Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” [Riwayat al-Baihaqi ] 
 
Pengajaran daripada hadis tersebut: 
 
i) Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Pepatah ada mengatakan “ Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”. 
 
ii) Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat ‘qanaah’ iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan. Amalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan kepapaan. 
 
iii) Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa bagi orang yang tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau bagaimana kecilpun hutang tersebut. Hal ini termasuk juga hutang yang berlaku dengan orang yang bukan Islam serta seseorang yang berhutang tetapi telah meninggal dunia dan belum sempat membayar hutangnya. Maka ahli waris si mati hendaklah berusaha untuk melangsaikannya. 
 
iv) Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil sebagai saksi. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan penganiayaan.
 
v) Sesungguhnya melepaskan hutang orang menghutangi kita adalah suatu perbuatan yang mulia. Ganjaran yang besar menanti iaitu berupa naungan Arasy di akhirat kelak.

Hidup bahagia tanpa HUTANG...

Wednesday 16 December 2009

Cerita Tentang Duit

I.
Pagi tadi seseorang telefon bertanya harga rumah banglo di Bukit Jelutong. Bukit Jelutong memang sudah sedia maklum harga rumah-rumahnya memang mahal, tapi berbaloi, tempatnya cantik & nyaman sekali, seperti diceritakan dalam entry saya yang lepas.

Rumah banglo yang nak dibeli berharga RM2.3 juta. Sebenarnya, pembeli tu nak beli cash, tapi dinasihatkan supaya ambil sedikit bank loan utk elak cukai, etc. RM2.3 juta nak beli cash?? Mak aii..banyaknya duit..dah pun bayar RM2.1 juta, nak ambil loan cuma RM200,000/- sahaja. Korek-korek..rupa-rupanya nak beli rumah untuk anaknya dengan perempuan simpanan..kira-kira kekasih gelapnya..mistress gitu. Dia ni non-muslim, tak boleh kahwin lebih dari satu. Nak beli rumah ni sebab bila dia meninggal nanti, dari segi undang-undang tak boleh nak wasiat harta untuk anak-anak kekasih gelapnya..masa hidup ni beri siap2...baik punya bapak. Forward thinking. Tak payah nak berebut-rebut harta pusaka.

Ah..lelaki..sama sahaja. Tapi yang ni lebih baik dari Tiger Woods..agak-agaknyalah..

Moral of the story: Sediakan payung sebelum hujan..


II.
Saya sedang mengeluarkan duit di ATM. ATM cuma ada tiga, yang last sekali Mesin Deposit Tunai. Saya berada di mesin ATM yang ketiga sebelum mesin deposit. Tiba-tiba seorang budak lelaki muda terus mencucuk kad di mesin yang last sekali tu, sebelah kiri saya. Saya pandang muka dia, dia pun pandang saya, selamba. Tiba-tiba saya perasan manusia di sebelah kiri saya dah takde. Saya toleh ke kiri, tiada. Saya toleh ke kanan, rupa-rupanya dah berubah lokasi. Silap rupanya, ingatkan nak bayar kredit kad ke..apa..

Moral of the story: Look before you leap, toleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas..hehe


III.
Saya pernah value rumah banglo yang berbentuk $, dollar sign. Sungguh susah. Sangat pening. Menurut tuanpunya rumah, first owner dulu seorang businessman. Wah, nak duduk pun dalam duit, mana tau dapat aura..the power of attraction..

Moral of the story: You have to spend money, in order to make more money..

Thursday 3 December 2009

Pensil

Saya suka frasa ini, diambil dari blog alqasam yang lama. Hmm...dah lama juga tak mengasah pensil.

Like a pencil I am…

A pencil maker told the pencils 5 important lessons.

1st: Everything you do will always leave a mark.

2nd: You can always correct the mistakes you make.

3rd: What is important is what’s inside you.

4th: In life, you will undergo some painful sharpening which will make you a better pencil.

And lastly, the MOST IMPORTANTLY is; in order to be the pencil you can be, you must allow yourself to be held and guided by the Hand that holds.

Begitu relevan dengan keHIDUPan kita sebagai MUSLIM..

Wednesday 4 November 2009

Artikel Panas di Hari Yang Dingin

Sekarang ni hari selalu hujan. Alhamdulillah, menyuntik rasa dingin di celah-celah kepanasan mengejar dateline yang menghimpit. Baru terjumpa artikel ini, dah seminggu akhbar berada di atas meja. Bacalah dengan hati dan fikiran yang terbuka, adakah..adakah..ia bersangkut paut dengan diri anda??

Cuba perhatikan wanita di sekeliling kita. Berapa ramai yang gemuk, berapa ramai bertubuh langsing. Mana lebih cantik, tentu sekali jawapannya memihak kepada si langsing. Berapa ramai pula, semasa anak dara bertubuh genit tetapi kini badan alahai lemak bergumpal-gumpal. Mungkin inilah wajah wanita Malaysia. Gemuk dan gempal seperti tradisi turun-temurun selepas berkahwin dan beranak.

Punca utamanya, tidak menjaga pemakanan. Kedua, malas bersenam. Pakaian dan aksesori berjenama menjadi keutamaan sedangkan badan terus dibiar mengembang. Faktor kewangan selalu menjadi alasan. Tetapi joging itu gratis, berjalan-jalan itu percuma.

Kalau pun malu bersenam di luar rumah, gerakan senaman seperti aerobik boleh dipelajari dan diikuti di depan televisyen. Mudah dan murah. Makanan pun mereka yang beli dan sediakan. Kesimpulannya mereka MALAS. Maka jalan pintas bukan semula jadi ditempuh seperti menyedut lemak dan menelan pil-pil pelangsing yang sudah tentu ada risiko.

Kalau benar dikata langsing itu cantik dan cantik membuatkan lelaki lebih sihat, apakah tawaran lain yang boleh diberikan oleh wanita Malaysia?

Cuba pula lihat wanita Jepun. Apa agaknya rahsia rata-rata wanita Jepun bertubuh langsing. Sukar sekali berjumpa wanita Jepun yang gemuk dan gempal. Tentu ada petua yang mereka amalkan.

Sepatutnya semakin meningkat taraf pendidikan dan ekonomi wanita Malaysia, semakin tinggi tahap penjagaan kesihatan mereka. Belajarlah daripada wanita Jepun.
-nuranilelaki@yahoo.com (Utusan Malaysia: 26 Oktober 2009)

True blue. Janganlah melihat siapa yang berkata tapi lihatlah, renunglah apa yang dikata. Cermin-cerminlah diri..alahai terkena juga den..

Tapi ada orang berkata wanita jadi gemuk kerana lelaki. Bukankah untuk memikat suami melalui perutnya?? Selalunya lelaki mencari isteri yang pandai memasak. Nah, isteri-isteri selalunya berusaha untuk memasak makanan yang sedap-sedap untuk keluarga. Mana nak sedap kalau asyik makan sayur bening, pindang,... mesti ada kari, masak lemak, sambal belacan. Ya, bila sedap, makan banyak. Bila makan banyak, ada yang mengembang..hehe..teori domino..

Ikutlah sunnah Rasulullah SAW, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Kenyang berlebih-lebihan melemahkan minda dan membuat kita malas untuk beribadah. Jadikan sihat itu modal berniaga dengan Allah SWT.

Monday 12 October 2009

TERUJA


السلام عليکم

اڤ خبر سموا؟ هاري اين ساي بوات سديکيت کلأينن. منوليس انتري دڠن توليسن جاوي


ساي بارو ترجومڤا لامن ويب يڠ بوليه منوکر توليسن رومي ک توليسن جاوي


باڽق يڠ بوليه دڤلاجري ددالم لامن اين. ساي ساڠت تروجا


دهارڤ ڤارا ڤمباچ داڤت ممهمي توليسن ساي اين


سام-سامله کيت منيڠکتکن کفهمن تنتڠ توليسن جاوي سوڤاي تيدق ڤوڤوس دتلن زمان



Alhamdulillah, saya baru terjumpa laman web ejawi.net ini. Sungguh teruja. Jika bangsa Cina dan India berbangga dengan karakter huruf bangsa mereka, kita sepatutnya berbangga dengan tulisan Jawi yang berasal dari karakter huruf Bahasa Arab. Semoga kita sama-sama memartabatkan tulisan Jawi dan tidak menjadi buta jawi.


Teringat dialog dalam filem Pendekar Bujang Lapok.."nun" tendang "wau" = sarkas. Hmmm..fikir-fikirkan..

Thursday 8 October 2009

Yang Zahir, Yang Batin


Suasana Aidil Fitri masih meriah lagi terasa di negara ini. Jemputan jamuan Aidil Fitri bertalu-talu ditampal di papan kenyataan (old skool style) di pejabat. Walaupun negara jiran dan beberapa negara lain di dunia ini dilanda musibah, gempa bumi, ribut-taufan, tsunami, sambutan Syawal dan jamuan AidilFitri di negara ini masih lagi berterusan.

Walau dimana kita tinggal, di rumah pangsa, apartment, rumah teres, banglo, masing-masing ingin mengadakan ‘open house’ dengan cara tersendiri. Rumah ‘flat’ dengan cara rumah flatnya, susun kerusi meja di koridor (ini common property la, bukan harta persendirian, huh). Tetamu yang datang ambil makanan ikut giliran sebab ruang sempit…jiran-jiran yang tak kenal tak dijemputnya, walaupun tinggal di tingkat yang sama, pandang dari jauh jelah. Rumah teres, rumah banglo lagi gah..ada yang pasang khemah, guna khidmat ‘caterer’, ada entertainment…

Jamuan Aidil Fitri, ‘open-house’, apakah hala tujunya? Selain mengeratkan silaturrahim, ia juga medan untuk berkenal-kenalan, beramah-mesra, bertukar-tukar fikiran. Ia sebenarnya ‘testing our socialising skill’. Baik untuk hos (tuan rumah) dan juga untuk tetamu yang hadir.

Ramai dari kita merasa sedikit gentar/cuak untuk hadir di majlis keramaian mereka yang tidak dikenali. Macam-macam pertanyaan berlegar di minda, apakah tuan rumah itu peramah? atau dia buat tak tahu sahaja? apa topik perbualan? ada ke orang yang kenal? yang boleh diajak bersembang? sebagai satu escapism? Manusia sebenarnya tidak suka dilihat seperti ‘kera sumbang’. Makan sorang-sorang atau anak-beranak di satu sudut, tuan rumah entah ke mana, tidak dipedulikan, tidak diendahkan, tiada sapaan.. Dah ramai, pandai-pandailah bawa diri.

Hos yang baik ialah tuan rumah yang boleh membuat tetamu (tak kira yang kenal ataupun yang baru dikenali) merasa selesa, merasa diterima (bukannya tetamu tak diundang), ‘feel at home’, macam dah lama kenal. Walaupun sekadar bersalaman dan bertanya nama (bagi tetamu yang tidak dikenali). Kebanyakan kita kurang gemar bertanya nama, nak tanya ‘siapa nama’ terasa macam formal le pulak. Kadang-kadang bersembang macam nak rak, bila berpisah namapun tak tahu, lupa nak tanya. Hmmm…masuklah kita dalam orang-orang yang zalim.

Tetamu yang hadir juga sepatutnya berusaha berkenal-kenalan di antara tetamu-tetamu. Walau sekadar berbasa-basi. Bukannya hanya bersembang dengan group masing-masing. Kawan pejabat satu group, saudara-mara bersembang satu group, jiran-jiran satu group. Inilah masanya untuk test the act of small talk, the conversation starter dan keupayaan mengembangkan topik perbualan, bukannya asyik mengomel, komplen, takde cawan, makanan lambat, makanan tak sedap…the conversation killer…oh so politically incorrect..

Teringat-ingat ‘home-made pumpkin soup’ yang sedap masa ‘open-house’ lama dulu, terkenang kebaikan tuan rumah walaupun saya, a total stranger..

Monday 28 September 2009

Makan, makan & makan..

Salam Aidil Fitri dan selamat kembali bertugas. Hari ini memang betul alami sindrom 'Monday blues'. Minda masih belum pulih sepenuhnya dari bercuti selama 10 hari. Inilah namanya manusia, bila takde kerja, nak kerja, bila dah ada kerja, asyik fikir cuti.

Selama seminggu Hari Raya, aktiviti makan-makan berlangsung dengan jayanya. Apa yang kita makan dalam masa seminggu yang lepas? Dari 20-09-2009 hingga 27-09-2009? 


Ya, sudah tentu jawapannya..lemang, ketupat, rendang, pulut, lontong, nasi impit, kuah kacang, sate, pelbagai jenis sajian nasi, mee dan mihun, pelbagai sajian daging, ayam, kambing, kuih-muih, kek, biskut raya and the list goes on...and on..

Kalau dikumpul-kumpul apa kita makan selama seminggu yang lepas, rasa-rasanya melebihi gambar-gambar dibawah ni yang menunjukkan makanan yang dimakan selama seminggu oleh dua keluarga di dua negara yang berbeza, negara maju dan negara mundur.


USA
Mali
Gambar2 dari buku 'Hungry Planet' oleh Peter Menzel & Faith D'Alusio

Bersyukurlah, kerana di Malaysia ni kita mewah dengan pelbagai jenis makanan berbanding dengan Mali. Lebih berkhasiat dari di USA.

Hmm...tengok pizza, rasa nak makan pizza pulak. Bilalah marathon 'open-house' nak bermula? On the mark...

Wednesday 2 September 2009

Laut itu duniaku..

Pertama kali melihat gambar-gambar kaum Bajau Laut dibawah ni, hati terdetik, alangkah gembiranya mereka. Hidup serba ringkas, dikelilingi laut nan biru, setiap hari berinteraksi dengan alam ciptaan Allah S.W.T. Laut itu dunia mereka, tempat tinggal mereka, lubuk rezeki mereka, padang permainan mereka.

Lihatlah laut yang biru/hijau, begitu cantik sekali..
 







  Sebenarnya di dalam bulan Ramadhan ni, sudah dua kali saya menonton dokumentari mengenai kaum Bajau Laut. Pertama kali, di dalam program Enigmatic Malaysia di Discovery Channel dan keduanya, program Jelajah Ramadan TV9.

Kaum Bajau Laut tinggal di perairan Semporna, Sabah. Didalam kedua-dua dokumentari, kaum ini didapati tinggal di Pulau Mabol, Pulau Gaya dan Pulau Omadal. Kebanyakan mereka tinggal di rumah-rumah yang dibina diatas tiang di laut. Ada juga yang masih tinggal di dalam bot. Bayangkan tujuh orang sekeluarga tinggal di dalam bot. Sedihnya tapi ramai juga yang telah berhijrah  ke tanah, membina rumah di pesisir pantai dan di daratan.

Dokumentari di Discovery Channel lebih banyak mengupas suka-duka kaum Bajau Laut ini. Masalah dari segi kewarganegaraan, pendidikan, masa depan kanak-kanak, pencemaran sampah-sarap dan lain-lain topik dikupas. Tapi yang paling menggembirakan ialah walaupun berada di tengah-tengah laut, mereka ini beragama Islam. Dokumentari Jelajah Ramadan TV9 memaparkan suasana Ramadan kaum Bajau Laut di Kampung Bangau-Bangau.

Melayan kedua-dua dokumentari ini menyebabkan saya terfikir masih ada lagi penduduk Malaysia yang masih lagi nomad, berpindah-randah, hidup dalam keadaan serba kekurangan begitu. Saya sebenarnya tak tahu adanya kaum ini di Sabah  Yelah selama ni cuma tahu kaum Bajau yang menunggang kuda itu saja.

Kudos to both documentaries.

Wednesday 19 August 2009

Balik kampung

Semalam saya balik kampung. Tapi bukan kampung saya. Kampung orang lain. Kampung ni pertama kali saya jejaki pada akhir tahun 80'an. Masa tu belajar di Damansara Utama, naik bas Sri Jaya, lalu Taman Tun. Kampung ni letaknya di hujung Taman Tun, penuh dengan hutan-hutan menghijau. Dulu di kampung ni ada perkampungan Al-Arqam. Kampung Sungai Penchala, namanya.

Pertama kali mengenali Al-Mathurat di kampung ini lah. Ketika usrah dengan isteri warden asrama, berterabur baca, sebab sebelum ni memang tak pernah tengok dan baca (tak pernah tahu pun juga). Naqibah dah biasa, baca laju..last-last, saya 'miming' je..pengakuan benar.


Terasa ingin berlari berkaki ayam, bergolek-golek di atas rumput (yang sebelah kiri je..hihi)..macam dalam Little House on the Prairie


Terasa ingin bersantai-santai di tepian kali..hehe..airnya bersih, dong


















Terasa ingin kembali ke zaman kanak-kanak, berlari-lari sambil menerbangkan layang-layang kertas..

Sudah penat berimaginasi. Berhenti mengharap.

Sekali-sekala menjejakkan kaki ke kampung tradisi di Bandaraya Kuala Lumpur ni terasa berada di kampung sendiri. Rindu itu datang bertamu. *sigh*

Wednesday 5 August 2009

Niat

Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.

Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang sedang dikerumuni orang. Dia mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain dari Allah SWT"

Maka pulanglah dia terburu. Isterinya heran, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih heran lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu.

Sebelum sampai ditempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai sebagai manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis.

Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu."

"Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang saja."

"Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas.

"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah.

"Akan saya teruskan!"

Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun.

Kemudian dengan berdiri menahan kesakitan, dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"

Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan saja dia sudah boleh menjadi orangkaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.

Demikianlah, semenjak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus."

Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong.

"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."

"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu.

Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang.

Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.

"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani.

"Berhenti, jangan lanjutkan."

Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai.

Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh heran, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"

Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu saja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."

Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahwa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesia-siaan yang berlanjutan. Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama.

"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman." Hadith Riwayat Muslim

Saturday 1 August 2009

Sabtu Yang Merah

Gambar-gambar demonstrasi pemansuhan ISA di Kuala Lumpur



Di depan SOGO















Berkumpul sebelum bergerak


Lari selepas disembur oleh tanker merah














Dia dari jauh, sudah semakin dekat












Sudah dekat dan semakin hampir...








 





Human Right Watch Group

Menjaga Jalan Raja Laut














Semasa saya sedang mengambil gambar-gambar ni di depan Hotel Plaza, beberapa orang yang juga sedang mengambil gambar telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam demonstrasi. Ya, ditangkap sesuka hati. Pakai tuduh-tuduh saja. "Tangkap dia" "Tangkap dia" pakai tunjuk-tunjuk je. Memang bertepatan dengan slogan ISA..Ikut Suka Aku. Ingat ni kuih raya ke, pakai tunjuk-tunjuk je..hahaha...


Semasa saya balik dari pejabat pada pukul 5.00 petang, trak-trak merah dan lembaga-lembaga hitam itu masih lagi berkawal di depan bangunan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut. Terpaksalah ikut lorong tikus..hehe..lorong-lorong belakang sebab jalan besar ditutup sementara. Tak tau lah sampai bila. Habis terkejut semua nyah-nyah kat lorong belakang tu...dahlah tadi tank FRU dok kejar sampai ke belakang hotel, biarlah semua kena sembur...semoga mati nyamuk-nyamuk aedes kat KL ni...

Friday 31 July 2009

Lebih Bijak

source: Flickr 284/88

Pelbagai pihak tidak berpuashati dan bimbang mendengar berita 31 peratus saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dikuasai oleh firma pelaburan berpengkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd. Bernas telah memeterai perjanjian konsesi dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri sebagai pembekal dan pengimport tunggal beras negara.

Diantara banyak-banyak komentar yang terdapat di dada akhbar, antara yang saya rasa lebih bijak dan relevan kepada rakyat umum ialah komentar oleh Datuk Muhammad Salleh Majid, bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang juga Felo Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia.



Komentar beliau di dalam Berita Harian, 3o Julai 2009:


Beliau menggesa kerajaan mengkaji semula dasar penyenaraian syarikat strategik khususnya berkaitan barangan makanan dan utiliti di Bursa Malaysia bagi mengelak konflik antara keuntungan dan kepentingan awam. Katanya lagi ia bagi mengelakkan saham syarikat itu dikuasai pelabur asing.



Kita sudah lihat konflik antara keuntungan dan kepentingan awam berlaku pada syarikat bekalan elektrik, bekalan air dan konsesi tol. Adalah wajar syarikat sedemikian dijadikan syarikat persendirian milik kerajaan.



Selain itu, beliau juga bimbang konflik antara pemegang saham dengan kerajaan mungkin berlaku seperti yang terjadi pada Pantai Holdings Bhd.

Bekalan makanan utama, air, elektrik dan jalanraya begitu juga pendidikan/ persekolahan dan hospital tidak sepatutnya diniagakan dan meraut keuntungan berganda-ganda. Yang mengeluh adalah rakyat jelata, the end user, yang terpaksa menyerap peningkatan kos. Kami tiada pilihan lain.



Biarlah Bernas seperti asalnya iaitu Lembaga Padi dan Beras Negara, tidak usah dikorporatkan, diswastakan, disenaraikan di bursa saham. Ia membabitkan keselamatan makanan dalam negara, makanan ruji bangsa utama di Malaysia.



"Sebiji nasi adalah hasil keringat para petani yang tumpah ke bumi"

Wednesday 15 July 2009

Teka-teki

Kisah ini sudah lama saya dengar, adalah lebih kurang 15 tahun yang lalu. Masa tu dalam kursus motivasi di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Motivator yang terlibat meminta kami memikirkan satu kisah yang akan diberikan dan jawapannya akan dimaklumkan pada akhir kursus. Namun, kerana kesuntukan masa, kami tidak sempat bertanya kepadanya di akhir kursus dan dia pun terpaksa balik awal..

Kisahnya seperti berikut:

Pada suatu hari, seorang lelaki teringin melihat pemandangan sekitar dengan menaiki belon udara panas (hot air balloon). Beliau pun masuk ke dalam sebuah bakul belon dan belon itu mula bergerak ke atas dan berlegar-legar di ruang angkasa.

Tiba-tiba angin bertiup kencang, belon udara itu terhoyong-hayang dan terus melayang jauh dari tempat mulanya, ke satu tempat yang tidak diketahuinya. Belon itu mendarat di tepi sebatang jalan raya di satu tempat yang begitu asing bagi lelaki tadi. Lelaki yang masih berada di dalam bakul belon itu ternampak seorang lelaki sedang berjalan melintasi dihadapannya lalu bertanya “Dimanakah saya berada sekarang?”

Lelaki yang sedang berjalan tadi menjawab “Awak berada di dalam sebuah bakul belon udara di tepi sebuah jalan”

Lelaki di dalam bakul lalu berkata “Awak mesti seorang akauntan”

Lelaki kedua terperanjat lantas bertanya “Bagaimana awak tahu?”

Jawapan lelaki di dalam bakul :
Jawapan awak benar tetapi tidak membawa apa-apa makna (Your answer is correct but useless).

Sampai sekarang saya masih terfikir apakah yang tersirat di sebalik jawapan terakhir lelaki tersebut. Kenapa tidak yang lain? Kenapa mesti akauntan? Akauntan itu profesion yang begitu penting dalam sesebuah organisasi…dollar & cents…the backbone of every organization..

Ada beberapa analisa yang boleh di kupas dari kisah diatas:
1) Lelaki di dalam bakul itu sepatutnya bertanya soalan yang lebih khusus, yang menjurus kepada jawapan yang dikehendaki seperti “apakah nama tempat ini?”
2) Lelaki yang berjalan itu mungkin seorang yang lurus bendul, tidak dapat membaca expresi muka lelaki di dalam bakul
3) Lelaki yang berjalan itu mungkin nak mengelak dari bersuai kenal dengan lelaki di dalam bakul; memegang prinsip “don’t talk to stranger”
4) Lelaki yang berjalan itu saja nak buat lawak bodoh atau dia seorang yang loyar buruk…hahaha..
5) Lelaki di dalam bakul sepatutnya lebih canggih…bawalah handphone atau GPS ker..


Akhir kalam, anggaplah kisah ini sebagai gurauan sahaja..

Tuesday 7 July 2009

Terkenang Semasa Dulu..

Sempena Festival Kuala Lumpur 2009 (FKL09, Jabatan Warisan Negara (JWN) memperkenalkan 12 jenis permainan tradisional yang semakin dilupakan dalam Program Permainan Tradisi.

Tapi, tak sempat pula nak tengok program tersebut di Taman Tasik Titiwangsa pada 4 dan 5 Julai yang lepas.


Ia melibatkan permainan tradisi:

1) Galah panjang
2) Sepak raga ratus
3) Congkak
4) Gasing
5) Batu seremban
6) Ketinting
7) Dam aji
8) Rebut negeri
9) Tating lawi
10) Konda kondi
11) Lompat untai gelang
12) Sepak raga manggis


Rasa-rasa teman, congkak dan dam aji masih lagi popular, cuma jarang dimainkan oleh generasi muda sekarang. Yang no. 8, 9, 11 dan 12, baru pertama kali tahu ada permainan tradisional ni. Tak pernah dengar selama ni.


Galah panjang, batu seremban, ketinting & konda kondi, hmm..mengimbau kenangan manis dan pahit zaman kanak-kanak. Zaman sekolah rendah. Batu seremban tu mesti bawa gi sekolah, masa tunggu bas main batu seremban atas beg sekolah. Beg sekolah kotak. Konda kondi, permainan budak-budak kampung. Habis batang pokok ubi dipatahkan.

Permainan tradisi dilihat banyak kelebihannya: menitikberatkan interaksi sesama manusia dan juga alam sekitar; lebih menyihatkan badan dan meriangkan hati/minda disamping mengasah fikiran supaya lebih fokus dan berhati-hati.

Thursday 25 June 2009

#50 : Cerita-Cerita Panas

Akhirnya sampai juga ke entry yang kelima puluh, fuhh..mengambil masa hampir setahun juga..seperti boss saya selalu cakap 'work like a snail'...tapi tak mengapa, biar lambat asal selamat..

Entry ke-50 ni menghidangkan cerita-cerita panas..fresh from the oven. 

Dijangka akan memanaskan dunia Islam. Dua dokumentari dan satu filem berdasarkan 'true story' yang sedang dan akan ditayangkan tidak lama lagi. Samada filem-filem ini akan sampai ke tanahair, belum pasti lagi. 

Ketiga-tiga filem ini terbit di saat pergolakan politik di negara Iran. Suratan atau kebetulan, wallahu'alam..

* The Stoning of Soraya M.

 
Kisah benar yang berlaku di sebuah kampung di pendalaman Iran pada tahun 1986. Kisah yang diceritakan oleh Zahra kepada wartawan Perancis-Iran, Freidoune Sahebjam mengenai anak saudaranya, Soraya yang dikenakan hukuman rejam kerana dituduh berzina oleh suaminya.

Prolog:  

"Sekali lagi Zahra mengikat kainnya (chador) di pinggang kemudian mengorek tanah dengan tangannya sambil melutut. Tanah itu lembut dan lembab. Setelah lubang yang dikoreknya agak besar, dia mengumpul satu-persatu tulang-tulang Soraya dan membawanya ke anak sungai untuk dibasuh. Dia kemudian menanam tulang-tulang itu di kubur dan menutupnya dengan daun-daun dan ranting kayu. Seterusnya dia berdoa sambil menangis hingga mengalirkan air mata"

* Be Like Others

Mengisahkan kehidupan beberapa orang transeksual di negara Iran dan masalah-masalah yang mereka hadapi.

* Afghan Star
Mirip kepada program American Idol, dokumentari ini mengisahkan seorang peserta pertandingan nyanyian yang dianggap melanggar tatasusila kerana tertanggal tudung kepala ketika menyampaikan lagu.

Membaca ulasan filem-filem ini, membuat hati panas sahaja. Terharu pun ada untuk filem the Stoning of Soraya M. 


Apa yang dapat disimpulkan disini ialah kerana kelemahan dan nafsu serakah segelintir umat Islam menyebabkan Islam itu dipandang rendah di mata masyarakat dunia.

Tuesday 23 June 2009

Wakaf Sementara

oleh: Prof Dr Barjoyai Bardai Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Abdul Razak  

Konsep wakaf ialah urusan menyerahkan kekayaan peribadi untuk dimanfaatkan masyarakat. Wakaf selalu dikaitkan dengan tanah perkuburan dan pondok teduhan yang biasa disediakan oleh mereka berkemampuan untuk faedah penduduk setempat. Bagi kebanyakan umat Islam di Malaysia, memberi wakaf bermakna menyerahkan harta yang biasanya dalam bentuk tanah atau hartanah kepada Baitulmal atau Jabatan Agama Islam Negeri sebagai amanah untuk diuruskan bagi kebajikan seluruh umat. Konsep wakaf boleh dikembangkan dengan menjadikannya institusi amanah bagi pihak umat Islam untuk memastikan kekayaan diperuntukkan kepada mereka dapat diuruskan lebih sempurna. 

 Diriwayatkan daripada Ibnu Umar: "Saidina Umar membeli sekeping tanah. Beliau berjumpa Rasulullah SAW untuk meminta nasihat berkaitan dengannya. Beliau berkata: Ya Rasulullah, saya sudah membeli sekeping tanah di Khaibar. Saya belum pernah memiliki tanah yang begitu bernilai seperti ini. Jadi apakah yang patut saya lakukan ke atas tanah ini? Rasulullah SAW menjawab: Jika kamu suka, kamu boleh menyimpan hak milik tanah itu kekal di tangan kamu dan berikan hasilnya sebagai sedekah.

 

" Saidina Umar memberikan hasilnya sebagai sedekah dengan mengisytiharkan tanah itu tidak boleh dijual atau dipindah milik. Hasil pendapatannya diagihkan kepada kumpulan fakir miskin, sanak saudara terdekat, usaha pembebasan abdi dan apa juga program ke jalan Allah. Menurut Ibnu Aun, dalam prinsip wakaf apa yang penting ialah tidak menyimpannya dengan niat untuk menjadi kaya. Harta kekayaan boleh diserahkan kepada Baitulmal dan Jabatan Agama Islam Negeri untuk diwakafkan secara kekal atau sementara. Mesir yang ada kepakaran dalam pelaksanaan sistem kehidupan Islam, menubuhkan kementerian khusus iaitu Kementerian Wakaf. Di Mesir, semua wakaf dihadkan tidak melebihi 30 tahun tetapi boleh diperbaharui. Disebabkan tanah perkuburan adalah kawasan luas di tengah bandar raya, maka berjuta penduduk yang tidak mempunyai tempat tinggal memilih untuk tinggal atas tanah perkuburan yang diwakafkan keluarga kaya di Kaherah. Hartanah ini secara beransur-ansur berubah kegunaan apabila tempoh wakaf berakhir. Kementerian wakaf mempunyai tanggungjawab besar untuk menguruskan harta wakaf bagi faedah kesejahteraan seluruh umat Islam khususnya yang berada di sekitar lokasi harta itu. Banyak hartanah diwakafkan kepada masjid dan kemudian tidak diurus pengurus wakaf. Masalahnya ialah saiz dan had kegunaan hartanah ditetapkan pewakaf iaitu untuk tapak masjid dan kubur. Ramai umat Islam berasa mereka tidak mampu untuk mewakafkan harta kerana ingin mewariskan harta mereka kepada anak. Jika konsep wakaf sementara boleh diperkenalkan, pasti lebih ramai umat Islam tampil ke depan. Harta dalam bentuk tanah, wang, rumah dan lain-lain boleh diwakafkan untuk 20 hingga 30 tahun sementara menunggu diperlukan oleh pemiliknya. 

Harta wakaf itu boleh diuruskan secara berkesan oleh badan korporat sebagai pemegang amanah bagi memastikan ia mendatangkan hasil yang boleh dimanfaatkan untuk membangun umat Islam. Yang penting, hasil atau faedah disalurkan kepada kumpulan yang berhak. Pemberi wakaf tidak terhad kepada individu Muslim, termasuk institusi, badan korporat dan badan kerajaan dengan andaian bahawa permodalan wakaf adalah badan professional pengurus dana yang akan menjadi pemegang amanah kepada harta milik pemberi wakaf untuk manfaat kumpulan sasar ditetapkan. - Berita Harian, 6 Mei 2009 

Friday 19 June 2009

Alhamdulillah

Dah lama dengar lagu ni, baru tahu maknanya..alahai kesiannya..



Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)



Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)

Syakkireena a' kulli ni'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)



Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa)



- Alhamdulillah -



Too Phat feat Yasin, Dian Sastro & Ahli Fiqr


Tuesday 16 June 2009

Laguna

Melayari internet di waktu pejabat memang menyeronokkan. Apatah lagi melawat 'websites' destinasi pelancongan di dalam dan luar negara. Memang mengujakan hati dan minda. Sejak dua bulan yang lepas, saya terikat dengan tugasan 'research' ini untuk satu projek pelancongan di Malaysia.

Laguna Phuket ini merupakan destinasi pelancongan bersepadu yang pertama di Asia. Kawasan seluas 600 ekar ini ialah sebuah lombong bijih timah dahulunya. Kini telah dimajukan dan dibangunkan dengan enam hotel bertaraf antarabangsa seperti Banyan Tree Hotel, Sheraton Grande Laguna Phuket, Dusit Thani Laguna Phuket dan Allamanda Laguna Phuket.


Di sini juga terdapat satu padang golf dan empat spa village. Apa yang menarik di sini terdapat lagoon dan pulau-pulau buatan manusia membuatkan destinasi ini begitu unik untuk pelancong-pelancong.



Bercakap mengenai 'pulau-pulau buatan manusia' dan juga reclaimed land ni, saya teringat dengan seorang klien yang sering menuturkan 'man can make man but man cannot make land' dalam hujah beliau untuk nilaian tanah. Yes, man can make land too, but not in similar term with Allah S.W.T. the Creator.

"Earth provides enough to satisfy every man's need, but not every man's greed."


Friday 12 June 2009

Rindu Andalusia

Selama 3 malam berturut-turut, saya membaca sebuah novel hebat karya Radwa Ashour yang menyingkap penindasan sebuah keluarga Muslim di Granada setelah Empayar Muslim runtuh porak-peranda, hancur tidak berbentuk.
Rindu Andalusia merupakan buku pertama daripada 3 novel dalam Tsulatsiyah Gharnathat (The Granada Trilogy).

Radwa Ashour ialah professor sastera Inggeris di University Ain Shams, Mesir. Beliau juga seorang novelis, cerpenis dan pengkritik sastera Afro-Amerika.

Kisah novel tersebut mengingatkan saya pada satu puisi yang saya baca di dalam blog Sdr Muhtar Suhaili mengenai kota Al-Hambra, Granada, Sepanyol.

SMS to Sir Muhammad Iqbal
By: Prof Muhammad Kamal Hassan

O Iqbal!
The spring of 2002 beckoned my soul and body;
to witness the Muslim remains of Alhambra, Cordova and Sevilla,
to retrace your noble steps and feel the vibrations of your ecstasy,
to feast my aging vision on the haunting grandeur of Alhambra and relish the marchless beauty of Moorish art…

I glided through the cold ruins,
searching for the secrets of the humiliating downfall of Al-Andalus…
The flowing fountains of Jannat’ul-Arif (Generalife) continue to narrate the melancholy of Muslim follies…
How, they succumbed to the same diseases which brought down the mighty Roman Empire
They wrote all over Al-Andalus “La-Ghaliba Illa’Llah”
(There is no vanquisher except Allah)
but they began to worship the mata ad-dunya (pleasures of the world)
and traded their souls for gold, glory, women and wine,
only to end like stray donkeys,
kicked around by the boots of Ferdinand and Isabella
Today, pigeons nestle and make love in the ruins,
their droppings strewn all over the walls,
Western tourists pour out buses and planes,
frolicking in romance, obliterating all pains
while Muslim architectural glory continues to boost the coffers of Catholic Spain

I stood, O Iqbal,
on the hill of Alhambra,
“a stranger, gazing at things gone by, dreams of another age”.

O Iqbal!
Your dreams of Islamic renaissance are in tatters,
In your time the tyrant was Frankish colonization,
Today the Slave Master dons the cloak of globalization,
Piercing through the iron curtain, the bamboo curtain, the sahara and the tropical jungles carrying a civilization of McDonalds, KFC’s and Coca Colas,
While eight hundred million people languish in famine and squalor,
You predicted the collapse of godless and materialistic Europe,
But today she is more united and mightier than the Muslim world.

Today, O Iqbal!
The West is supreme and capitalism triumphantly arrogant,
Islam is the new enemy; in your time it was Bolshevism,
and today every Muslim is a potential terrorist,
You are either with the West or you are against it.
If you conform, the Slave Master’s mercy will descend upon you,
offering bread and dust and blankets
(lest you shiver in the thunderstorm of the New Alliance rage)
Today Musulman is languishing
in the trap of the New World Disorder,
a New Slavery in a Boardless Prison.

O Iqbal!
I wish you have heard the guns of Israel,
the cries from Deir Yassin, Shabra, Shatilla and Jenin,
the savage rumblings of Sharon’s tanks,
the merciless bull-dozers tearing into Palestinians homes,
the explosions of teenage suicide bombers,
the ruthless retaliations of Zionist terrorism
(no, no, no, you cannot call it a terrorist state!)

O Iqbal!
You would weep if you know that Pakistan is now bleeding,
Kashmir is bleeding, Chechnya is bleeding, Moroland is bleeding,
And Acheh is bleeding!
And Indian Muslims are burned alive!
A Muslim holocaust is in the making!
Do you know that you cannot call the Slave Master and his friends terrorists?
Only the victims who fight back are terrorists,
Never mind if the Zionist media terrorizes truth or Palestinians or Muslims.
Do you know that
Those who preach pluralism cannot give space to the Din of Islam?
Those who preach democracy in Europe cannot accomodate it in Indonesia, Algeria and Turkey lest would be liberated.

O Iqbal!
Do you know that Islam is to be tolerated by the New Slave Master only if it is Protestantized, Liberalized, Secularized or Westernized?
Only if it is confined to the mosque, to mysticism,
Only if it preaches that all religions are the same.

O Iqbal!
Have you heard what George Tenet said other day:
“The United States is mightier than the Roman Empire and Israel is our friend.”
If you want “peace” you have to lick our shoes,
or else you will be terrorized in the name of peace,
Or else, we will send the thugs and robbers to loot your banks
And they blame you
for “lack of transparency” and “poor corporate governance”.

O Iqbal!
Sixty four years after you returned to the Mercy of Ar-Rahman
The world of the Musulman is still in disarray
As beggars, we wait for crumbs to fall from the Slave Master’s plate
Like hungry wolves, we bark and bite one another and plunge at one another’s throat in the name of Jihad
Killing more of our kind than the real enemy,
Kafirizing more than we can Islamize,
Monopolizing the Paradise of Al-Rahman to one’s own Jama’ah
While the Slave Master and his friends rejoice at the Muslim tragedy,
acting their script.

O Iqbal!
Don’t turn in your grave if I tell you
that the Muslim world is the champion today in corruption and illiteracy
Or, that our rulers are among the smartest in deceiving the masses,
Having mastered the art from Machiavelli’s Prince.
Or, that some of our elites are the greatest drinkers of the wine of Kafirun,
intoxicated, they try to sell cheap versions of it in their stores,
beguiling the local youth as they deconstruct the blessed Zam-Zam to make it taste like beer and wine,
and succeeding in making the young worship celebrities as divine.
Or, that the Muslim Malay community excels in fitnah menfitnah
pouring the poison of hatred where love once stood.

O Iqbal!
Where is the ishq that used to drive you to divine ecstasy?
Where is the nur that illumines the heart and obliterates man’s egoism?
Where is the mahabbah and rahmah that forge the bonds of love and salam?
Where is the hidayah that destroys insincerity, hypocrisy and greed?
Where is the ‘ilm that elevates the soul to its True Master?
Where is the taqwa that imbues thought and action with righteosness?
Where is the bal-i-jibrail that will deliver us from this earthly misery?…
Can the Khairu Ummatin ever emerge from robots, rubbles and bubbles?

O Iqbal!
Behind this veil of melancholy, I see an array of hope,
In the places of today’s Pharaoh, many Moses are being born,
Out of the gospel of Trinity into the glad of Tawhid,
Among the ruins of Cordoba, I met Sister Tamara,
a blend of the tulip of the Occident and the rose of the Orient.
Many more Tamaras are blossoming
in the wasteland of modernity and post-modernism,
lighting candles in the dungeons and hedonism.
Many more Bilals are growing up in Harlem
to proclaim the rise of Isa, son of Maryam.
From the minarets of New York, London and Paris,
He will preach the true meaning of “La ilaha illa’Llah, Muhammad Rasulu’Llah”.

Yes, O Iqbal, the sun will rise in the West
As Musa (alaihi’s s-salam) rose in the palace of Firaun.










Muhammad Kamal Hassan
I.I.U.M. Gombak, 3rd July 2002.

Bacalah novel tersebut demi menyelami kepayahan dan penderitaan saudara seIslam kita di zaman silam demi menjaga akidah Islam disebalik penindasan yang sangat keras dari pihak Kristian Chatolic. Sangat sedih..

Tuesday 9 June 2009

Harapkan Pagar

Mengikut kajian rambang, rumah teres memang menjadi pilihan ramai. Ada laman untuk bermain, bercucuk-tanam, buat barbecue dan lain-lain. Rumah teres konvensional selalunya berpagar sebagai tanda sempadan dan juga untuk keselamatan.

Di Lembah Kelang, beberapa pemaju telah memilih konsep terbuka untuk rumah teres di kawasan perumahan elit. Selalunya 'gated & guarded' development. Fungsi pagar untuk sesebuah rumah teres telah ditiadakan dan digantikan dengan sistem kawalan keselamatan yang moden dan canggih.




Nadia Parkhomes di Desa Parkcity, Kepong

Harga jualan mencecah RM700K to RM800K seunit




The courtyard homes di The Lake Edge, Puchong. The Lake Edge ialah pemenang untuk 'Best Residential Project (lowrise) di Malaysia Property Award oleh FIABCI - Malaysia

Harga jualan diantara RM450K hingga RM500K seunit



Ada pro dan kontra tinggal di 'gated & guarded' development ni...tetapi landskapnya memang 'first class', sesuai dengan harganya..

Wednesday 3 June 2009

Kisah Lembu Betina

Surah Al-Baqarah adalah surah kedua mengikut susunan 114 surah di dalam Al-Quran. Kitab-kitab tafsir menterjemahkan Al-Baqarah sebagai 'lembu betina'.

Kisah lembu betina ini terdapat dalam Ayat 67 hingga 73, dimana kaum Bani Israil telah bertemu dengan Nabi Musa a.s. untuk menyelesaikan masalah berkenaan satu kes pembunuhan. Wahyu Allah telah memerintahkan supaya seekor lembu betina disembelih (Ayat 67) tetapi kaum Bani Israil ini terlampau banyak songeh, bermacam-macam pertanyaan diajukan kepada Nabi Musa (Ayat 68 - 71) sehingga begitu terperinci sekali syarat-syarat lembu betina yang dikenakan keatas mereka. Hampir sahaja mereka tidak dapat melaksanakan perintah penyembelihan itu disebabkan lembu betina seperti yang disyaratkan sukar diperolehi (Ayat 71). Sedangkan dalam Ayat 68, setelah diterangkan syarat pertama lembu betina tersebut iaitu tidak tua dan tidak muda (pertengahan), sudah diwahyukan supaya mengerjakan apa yang diperintahkan kepada mereka tetapi mereka masih lagi bertanya. Memang mereka bangsa degil dilaknati Allah.

Kisah lembu betina
Pada zaman Bani Israil terdapat seorang hamba Allah yang soleh, dia mempunyai seorang anak kecil lelaki dan seekor anak lembu. Anak lembu inilah saja satu-satunya harta yang dimilikinya.

Pada suatu hari hamba Allah yang soleh itu telah pergi ke hutan bersama dengan anak lembu yang dipeliharanya untuk dilepaskan ke hutan. Sebelum anak lembu itu dilepaskan maka dia berdoa kepada Allah s.w.t.: "Ya Allah, aku lepaskan anak lembu ini kepadaMu untuk anakku bila dia besar nanti."

Selang beberapa lama maka hamba Allah yang soleh itu pun meninggal dunia, maka anak lembu itu pun membesar di dalam hutan dengan mencari makanannya sendiri. Anak lembu ini kalau melihat ada orang datang ia akan bertindak liar dan melarikan diri.

Anak kecil yang tidak berbapa ini membesar dengan kasih sayang ibunya, dan dia juga sangat menyayangi ibunya dan taat kepada segala perintah ibunya. Dia juga menggunakan masanya 1/3 untuk mengerjakan solat, 1/3 untuk menjaga ibunya dan 1/3 lagi untuk tidurnya.

Setiap pagi anak muda ini akan ke hutan untuk mencari kayu api, apabila di memperolehi hasil dari menjual kayu api maka dia akan membahaginya kepada 3 bahagian. 1/3 akan diberikan kepada ibunya, 1/3 akan disedekahkannya dan 1/3 untuk makan.

Suatu hari ibunya telah berkata: "Wahai anakku, ayahmu telah mewariskan seekor lembu kepadamu, dia telah melepaskannya di hutan untuk dipelihara oleh Allah. Oleh itu kamu pergilah ke hutan dan berdoalah kepada Tuhannya Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s., Nabi Ishaq a.s. dan Nabi Ya'qub a.s. semoga Allah s.w.t. mengembalikan semula lembu itu."

Ibunya berkata lagi: "Wahai anakku, tanda lembu itu ialah berwarna kuning berkilauan dan kulitnya bagaikan emas apabila terkena cahaya matahari."

Setelah pemuda itu mendengar segala pesanan ibunya maka dia pun pergi ke hutan, sesampai di sana dia melihat lembu yang dikatakan oleh ibunya itu sedang memakan rumput kemudian dia berdoa: " Wahai lembu, aku memanggil kamu dengan nama Tuhannya Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s. , Nabi Ishaq a.s. dan Nabi Ya'qub a.s. oleh itu hendaklah kamu datang kepadaku."

Sebaik sahaja pemuda itu selesai berkata demikian maka lembu tersebut berlari mendapatkan pemuda itu dengan berkata: "Wahai pemuda yang taat kepada ibunya naiklah kamu ke atas belakangku untuk meringankanmu."

Kata pemuda itu: "Wahai lembu, ibu tidak menyuruh aku berbuat demikian sebaliknya ibuku hanya menyuruh aku memegang lehermu sahaja"

Kata lembu itu: "Demi Tuhannya Bani Israil, sekiranya kamu hendak mengenderaiku sudah tentu tidak dapat kamu lakukan, tetapi kalau kamu memerintahkan bukit untuk berpindah sudah tentu bukit-bukit itu akan berpindah disebabkan taatnya kamu kepada ibu kamu itu."

Setelah itu pemuda itu pun membawa lembu pulang, sampai dirumahnya ibu pemuda itu berkata: "Wahai anakku, sekiranya kamu berasa susah untuk mencari kayu setiap pagi dan merasa sukar untuk bangun malam maka eloklah kamu jual lembu ini."

Lalu pemuda itu bertanya ibunya: "Wahai ibu, katakan kepadaku dengan harga berapakah harus saya menjual lembu ini?"

Kata si ibu: "Wahai anakku, kamu juallah lembu ini dengan 3 dinar dan jangan kamu kurangkan atau lebihkan dari tiga dinar sebelum kamu bertanya terlebih dahulu dariku."

Kemudian pemuda itu pun membawa lembu itu ke pasar untuk dijual, untuk menguji ketaatan pemuda itu kepada ibunya, Allah s.w.t. telah memerintahkan Jibril a.s. menyerupai seorang pemuda bertemu dengan pemuda tersebut.

Jibril a.s. yang menyerupai seorang pemuda bertanya kepada pemuda tersebut: "Wahai pemuda berapakah harga lembu ini?"

Kata pemuda itu: "Lembu ini berharga 3 dinar dengan izin ibuku."

Kata malaikat Jibril a.s. : "Aku sedia membeli lembu ini dengan harga 6 dinar dengan syarat kamu tidak memberitahu ibumu itu."

Harga lembu sememangnya 3 dinar sahaja pada masa itu.

Kata pemuda itu: "Wahai orang muda, kalaulah kamu berikan kepadaku emas seberat lembu ini sekalipun aku tidak akan menerimanya tanpa mendapat izin dari ibuku."

Setelah berkata demikian pemuda itu pun pulang dengan membawa lembunya, setelah menceritakan kepada ibunya segala yang berlaku maka ibunya pun berkata: "Wahai anakku, kini aku izinkan kamu menjual lembu ini dengan harga 6 dinar."

Pemuda itu pun pergi ke pasar dan bertemu dengan orang yang hendak membeli lembunya itu dengan berkata: "Kini aku sedia menjualkan lembu ini dengan harga 6 dinar dengan izin ibuku."

Kata malaikat Jibril a.s. yang menyerupai seorang pemuda: "Aku sedia membeli lembu ini dengan harga 12 dinar dengan syarat kamu tidak memberitahu ibumu."

Kata pemuda itu: "Aku tidak dapat menjual lembu ini dengan harga 12 dinar tanpa mendapat izin dari ibuku."

Setelah itu pemuda itu pun kembali memberitahu ibunya tentang harga yang hendak dibeli oleh pemuda tadi.

Kata ibunya: "Wahai anakku, sebenarnya orang yang bertemu dengan kamu itu adalah seorang malaikat untuk menguji kamu, oleh itu hendaklah kamu tanya dia apakah lembu ini perlu dijual atau tidak."

Kemudian pemuda itu pun pergi semula ke pasar dan bertemu dengan malaikat itu, lalu dia berkata: "Ibuku bertanya apakah lembu ini perlu dijual atau pun tidak?"

Maka malaikat Jibril a.s. berkata: " Janganlah dijual lembu ini sehingga terjadi perintah Allah s.w.t. ke atas Bani Israil untuk menyembelih lembu ini, apabila Bani Israil mencari lembu yang mempunyai syarat yang ditentukan maka tidaklah ada lembu yang dapat memenuhi syarat tersebut melainkan lembu ini. Untuk mendapatkan lembu ini, mereka akan membayar harga lembu ini mengikut berat badan lembu dengan wang dinar. Ini adalah anugerah Allah s.w.t. ke atasmu disebabkan ketaatan kamu kepada ibumu."

-di petik dari Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan 1

Monday 1 June 2009

Hari Ibu @ Brisdale

Alhamdulillah, pada pagi Sabtu, 30 Mei 2009, saya sempat menghadiri sambutan Hari Ibu anjuran PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan di Hotel Brisdale, Jalan Haji Hussein..


Peserta-peserta yang hadir


Pegawai PERKIM negeri, Encik Jogi menyampaikan hadiah kepada ibu bertuah



Dalam Slot 1: Ibu Mithali Inspirasi Ummah, Ustazah Norhafizah Musa memaparkan ciri-ciri ibu lemah vs ibu kuat..

Ciri-ciri ibu lemah
  1. Tidak tahan diuji/sempit dada/tidak luas fikiran/emosi sering tidak terkawal
  2. Tiada motivasi atau semangat yang tinggi untuk menggiatkan amal soleh
  3. Senang dengan dunia lebih dari akhirat, lebih pentingkan pandangan manusia dari pandangan Allah
  4. Berjiwa kotor - hati berpenyakit

Bagaimana membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan diatas:

  1. Kekuatan solat
  2. Kekuatan mujahadah
  3. Kekuatan rahmah (kasih sayang)
  4. Kekuatan doa
Solat yang bagaimanakah menjadi benteng kepada segala kemaksiatan hati dan fizikal:
  • Tabiat solat di awal waktu
  • Terbit dari rasa takut/harap/kasih kepada Allah
  • Untuk memenuhi tujuan zikrullah seperti dalam Surah Toha, ayat ke-14
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.


Slot 2: Wanita dari kacamata lelaki oleh Ustaz Fauzi Mustafa, pengacara program Al-Kuliyyah TV3 dengan siapakah wanita dan sepuluh 'P'.
  1. Wanita sebagai Peneman hidup lelaki
  2. Wanita sebagai Pembantu lelaki
  3. Wanita sebagai Pengurus hidup suami
  4. Wanita sebagai Pentadbir rumah tangga
  5. Wanita sebagai Penyeri hidup lelaki
  6. Wanita sebagai Pelengkap kepada lelaki
  7. Wanita sebagai Penawar kepada lelaki
  8. Wanita sebagai Penasihat kepada lelaki
  9. Wanita sebagai Pendengar yang baik
  10. Wanita sebagai Pembakar semangat lelaki

Selama seminggu bergelut dengan tuntutan kehidupan seharian, santapan rohani ini benar-benar 'a food to the soul & mind'...