Thursday, March 19, 2009

Dah tua pun, nak juga bertattoo..

Hai entahlah apa nak jadi dengan perempuan ni, dah tua pun nak juga bertattoo. Baju seksi, letak pula tattoo kupu-kupu di perut...ada 40 tattoo pelbagai jenis, memang merbahaya, membawa budaya kurang sopan betul. Budaya kuning. Umur dah 50 tahun, ni mesti ada 'midlife crisis'. Totally stylin' konon. Entah kenapa ramai sangat kanak-kanak perempuan suka sangat kat dia ni, yelah, dah tua pun, kulit masih tegang, muka masih comel, badan masih ramping..tapi itu semuanya plastik..plastik semata-mata, Barbie, Barbie..apakah ada agenda tersembunyi?? Kebebasan untuk mengekspresi diri...ahhh alasan..


Yang mana satu pilihan kalbu?
Bukankah lebih baik berpakaian sopan seperti Fulla, a girl's dream doll. Nama pun indah, dipetik dari species bunga jasmin yang hanya boleh ditemui di negara kelahiranmu, Syria. Anggun bertudung, menutup aurat dan menunjukkan nilai-nilai anak gadis Muslim yang baik, sopan dan manis.
"Fulla bukan seorang anak gadis yang seksi tetapi dia seorang yang jujur, pengasih dan mengambil berat serta menghormati kedua-dua orang tua, iaitu sifat-sifat yang semua ibu bapa mahukan terhadap anak-anak mereka."

Rupa-rupanya ada lagi saudara-maramu di negara-negara Islam yang berpendirian sepertimu, menjunjung agama, mendaulatkan syariat.
Moroccan Barbie - Maghribi
Razanne - US & UK
Dara & Sara - Iran





Walaupun alat permainan kanak-kanak sangat penting untuk proses pendidikan anak-anak dan perkembangan mental, terdapat juga pro & cons dan 'the hoo-hahs' mengenai kesan sampingannya. Seperti kata-kata ibarat 'cantik seperti anak patung', kanak-kanak dikuatiri berimaginasi terlampau untuk memiliki kesempurnaan fizikal seperti anak patung kesayangan mereka. Tenggelam dalam dunia kecantikan. Fulla atau Barbie, dua-duanya sama saja..Ahh..memang sukar untuk memenuhi kehendak semua orang...


Atau kokeshi dolls, any takers? Wow, artistic & aesthetic..




4 comments:

  1. wah..info yg bagus..sy baca 2 kali cz nk phamkn yg ada barbie yg berpakaian muslim..dan namanya lain..cute sgt..

    ReplyDelete
  2. Masa untuk berubah tapi Fulla takde dijual di M'sia lagi..

    ReplyDelete
  3. Ingatkan maksudnya kepada orang betul. Rupanya anak patung ye. Bahaya kalau kanak-kanak main patung begini, terpengaruh dengan anasir tak sihat bila lihat style dan cara pemakaian.

    ReplyDelete
  4. Betul tu, memang tak bagus utk kanak-kanak, tak dijual di M'sia. Pengaruh Barbie doll memang kuat & hebat..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...