Friday 27 March 2009

Ini ada satu cerita (1)

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. 

Setiap kali menjelang 1hb April, gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. 

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan. 

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. 

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Petikan drpd Risalah Fikrah "Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu"  

Sangat sedih membaca cerita di atas. Lagi sedih bila melihat umat Islam yang gembira menyambut April Fool ni. Just for fun, ahh alasan. Membodoh-bodohkan diri sendiri.

Penyelidikan seterusnya dan terjumpa fakta ini: Penduduk-penduduk Islam dan juga bangsa Yahudi dipaksa supaya menukar agama mereka ke agama Kristian (Katolik) atau meninggalkan Sepanyol di dalam episod yang dipanggil Reconquista ini. Jika tidak, mereka akan dibunuh, diseksa atau dipenjarakan. Umat Islam yang menukar agama di panggil morisco. Mereka yang menukar agama Islam tetapi secara rahsia masih menjalani hidup sebagai Muslim di panggil crypto-Muslim. 
"Ternyata, hampir semua buku tentang Sejarah Eropah yang ada di pasaran menyembunyikan sejarah Andalus kerana ia terlalu buruk, keji, jelek mengatasi binatang, pada imej kaum Kristian yang sangat hina pada masa itu. Pope hari ini sudah memohon maaf kepada Yahudi atas perlakuan kuasa Kristian kepada Yahudi ketika itu, tetapi hingga kini, beliau masih sombong untuk memohon maaf atas kematian umat Islam yang mencecah ratusan ribu malah jutaan orang. - Saifulislam.com

8 comments:

  1. macam tu la bila org2 mesia especially beragama islam dengan bangga mengucapkan happy valentine dulu dan sekali dengan bangga menjadikan 1hb April sebagai hari untuk diperbodoh-bodohkan.....

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Benar tu, oleh itu tak usahlah menghabiskan masa meraikan sesuatu yang diamalkan oleh orang kafir.

    http://ibnurashidi.blogspot.com/2009/03/satu-tinjauan-pemuda-hari-ini-pemimpin.html

    ReplyDelete
  3. satu info yang menarik thanks..sebelumni sy x tau pun sejarh ttg april ful ni..huhuhu sedih btul jahil pasal sejarah Islam..tp memg x pernah pun sambt April fool..mcm x eloknye dengan mengenakan org..even skdr suka2

    ReplyDelete
  4. Salam singgah,

    Terima kasih tuan diatas peringatan yang berharga ini. Teman tahu tapi tak tahu sejarah asalnya.. terima kasih kembali..
    Teman link blog tuan

    ReplyDelete
  5. To: fzy fuzzy,

    Biasalah org Melayu ni kan suka ikut-ikut, kalau tak join, nanti dicop tak sporting le, tak up-to-date le, tak urban le, kampung le ..biar kolot, jgn jumud fikiran..

    ReplyDelete
  6. To: Ibnurashidi,
    Betul tu. Umat Islam ada perayaan sendiri yg lebih bermanfaat.

    To: MaRdHatiLLah(Fatahiyyah),
    Dulu akak pun tak tahu juga. Pernah juga terkena masa time sekolah dulu.

    To: Civic Power,
    Thanks for visiting & the link. Ilmu yg sedikit dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  7. Benda-benda yang tak elok nie la ramai yang mengikutnya... Benda yang baik, tak nak pulak dema tu ikut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok ngikut..dulu akk pun ada jg buat..hehe..tapi sekarang ni mcm dah takde orang buat..dah lama tak dengar org sebut April Fool..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!