Friday 3 April 2009

Mertua vs Menantu

Tiada yang lebih menggembirakan bagi pasangan yang berkahwin apabila diri diterima oleh keluarga dan sanak-saudara pasangan. Menerima sebagai ahli keluarga tanpa syarat atau konflik. Konflik di antara menantu dan mertua merupakan isu yang sentiasa hangat diperbincangkan terutama krisis antara menantu perempuan dan ibu mertua.

Langkah yang boleh diambil jika mengalami konflik dengan mertua atau menantu

1. Berdamai dengan diri sendiri. Bermakna anda menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dan membuang pelbagai fikiran negatif yang muncul. Antara caranya ialah jangan terlalu kerap atau langsung tidak berjumpa antara satu sama lain. Alihkan fikiran kepada hal lain yang lebih positif, misalnya berkaitan anak atau cucu, suami, rumah, pekerjaan dan ibadat.

2. Menilai diri sendiri. Apabila perasaan tenang dan dapat berfikir dengan lebih waras, periksalah diri mengapa timbul konflik. Tanyakan pada diri anda sendiri apakah selama ini anda selalu mencari kebenaran atas segala tindakan yang anda lakukan terhadap menantu (mertua) daripada melihat suatu masalah secara objektif. Tidak adakah hal positif atau masa indah yang dilalui bersama-sama? Apakah untung ruginya jika hubungan demikian berterusan.

3. Belajar untuk memahami beberapa hal. Setiap keluarga mempunyai budaya masing-masing. Begitu juga antara menantu dan mertua memiliki budaya keluarga yang berbeza termasuk didikan, peraturan, kebiasaan dan nilai yang berlaku dalam suatu keluarga. Semua itu tentu saja membentuk karakter, sikap dan pembawaan individu dalam kehidupan sehariannya dan dalam menghadapi masalah.

Ini bererti ada hal yang harus tetap dijaga dan kedua pihak tidak boleh saling memaksa kehendak antara satu sama lain. Haruslah disedari untuk sampai pada tahap seperti itu pasti perlukan masa untuk saling menyesuaikan diri dan saling memahami.

4. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata atau gosip pihak ketiga. Jika mendapat aduan dari pihak ketiga mengenai mertua (menantu), ingatlah bahawa besar kemungkinan ada kata-kata yang tidak benar atau ditambahkan menyebabkan maklumat itu tidak kesampaian dari maksud sebenarnya. Oleh itu, lebih baik bertanya sendiri kepada pihak terbabit.

5. Berhati-hati berkongsi masalah dengan orang luar. Pastikan anda berkongsi masalah dengan individu yang benar-benar dapat dipercayai. Jangan sampai apa yang anda luahkan pada orang itu akan tersebar ke pihak lain. Jika anda tidak mempercayai keluarga atau teman anda, maka carilah individu yang arif seperti kaunselor perkahwinan atau psikologi yang boleh membantu menyelesaikan masalah anda.

10 comments:

  1. perkahwinan itu indah kan..tp kdg2 bl ad masalh ngn mak mertua..x seronok lakan..kdg2 tu mak mntua ok..mnantu la plak

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Mungkin nanti saya boleh jadikannya pedoman:)

    Link blog sudah berubah..

    ReplyDelete
  3. MaRdHatiLLah(Fatahiyyah),
    Setiap org mengharapkan perkahwinan yg bahagia tapi bila dilanda masalah esp. melibatkan mertua, ipar duai, aduhai..pening2..

    MDFarid,
    Salam. Betul, betul, panduan secara am sahaja..

    ReplyDelete
  4. Panduan yg bagus...tp klu dah setiap hari dok di asak dgn kata2 yg menyakitkan....sabra pun ada batasnya

    ReplyDelete
  5. Anon,
    ya, begitulah realiti kehidupan, takde manusia yg suka dihina, diherdik setiap hari, dipendam-pendam, lama2 meletus juga..

    ReplyDelete
  6. tertarik dgn artikel nohas ni masalah antara kita dgn yg dekat n yg jauh sentiasa ada perlu bijak cari jln penyelesaiannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, berurusan dgn manusia kena bijak..

      Delete
  7. elakkan tinggal sebumbung dgn mertua . jgn cari pasal . selebihnya , sabar je la ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...benda2 kecik pun boleh jadi sebab gaduh jika tinggal sebumbung..

      Delete
  8. Mertua sama tarafnya dengan ibu dan ayah kita... kita sebagai anak, perlu hormat mereka sebaik mungkin... sebagai anak, kita perlu berlapang dada berdoa kepada Allah semoga mereka di beri petunjuk untuk menjadi yang lebih baik lagi...

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!