Tuesday 28 April 2009

Panas Hati

Saya sudah terlepas. Terlepas menontonnya di kaca televisyen dan dalam Berita Harian semalam, dalam ruangan Rakan BH, saya membacanya..
Apa motif TV3 siarkan Kingdom of Heaven dalam slot Mega Movie Jumaat lalu? Panas hati. Pada yang menonton, khasnya orang Islam, ada terfikir apa-apa tak? [CTIEYZ:BHA14020]

Kingdom of Heaven…. filem epik arahan Ridley Scott ini berjaya menarik minat saya untuk memiliki yang original dan ternyata cinematografinya sangat menarik..

Pertama kali menontonnya lantaran mendengar ceramah seorang ustaz yang berkata “amat jarang filem barat mempamerkan Islam sebagai agama yang cintakan kedamaian. Salahuddin Al-Ayubi (Saladin) digambarkan sebagai pemimpin Islam yang bertoleransi..”

Kali kedua menontonnya setelah membaca entry di Saifulislam.com bertajuk Medieval Europe: Selesai pada November 2007 dan tertarik dengan klausa ini..
Paling penting, mengapakah Barat begitu aktif mengkaji Crusades sedangkan Muslim tidak begitu? Hal-hal ini memerlukan kepada kesediaan kita untuk mengembara, membongkar kembali banyak bahan yang tercicir dari mainstream.
Kali ketiga menontonnya setelah membaca beberapa review mengenai filem ini di Internet seperti Memorable Quotes for Kingdom of Heaven (2005) dan Kingdom of Heaven (Wikipedia) bagi memantapkan pemahaman mengenai filem ini.

Bila terbaca komen rakan BH diatas, saya terfikir adakah orang Islam terlupa sejarah? The Crusades memang ada, Perang Salib memang ada. Pembebasan Kota Jerusalem oleh Salahuddin Al-Ayubi memang benar.
Filem itu berkisar di zaman the Crusades pada abad ke 12. Disebabkan filem ini, filem terbitan barat maka filem ini lebih banyak memaparkan usaha pihak Kristian mempertahankan Jerusalem dari ditawan oleh tentera Islam. Kebanyakan dari watak-watak dalam filem ini adalah benar berdasarkan sejarah zaman itu, seperti King Baldwin IV yang menghidap sakit kusta, Guy of Lusignon dan Salahuddin Al-Ayubi (Saladin).

Apa yang menarik tentang filem ini ialah ia menggambarkan Islam sebagai agama toleransi yang dipaparkan dalam babak ketika penawanan kota Jerusalem di antara Balian dan Saladin. Saladin menawarkan Balian menyerah Jerusalem kepadanya dan Saladin akan memastikan orang Kristian Jerusalem selamat dalam perjalanan ke tanah Kristian. Balian ragu-ragu lantas memberitahu semasa the Crusaders menawan Jerusalem beratus tahun dahulu, mereka telah membunuh penduduk Islam Jerusalem dengan kejam tetapi Saladin menegaskan bahawa dia adalah lelaki yang bermaruah dan berpegang pada janji lantas memberi laluan selamat kepada Balian dan orang-orangnya untuk meninggalkan Jerusalem.


The Alcazar of Seville


Di dalam filem ini juga memaparkan the Alcazar of Seville iaitu sebuah istana diraja di Seville, Sepanyol. Dibina oleh Kerajaan Almohades merupakan satu contoh mudejar arkiteksur. Mudejar merupakan gelaran untuk orang Islam yang tinggal dibawah jajahan orang Kristian di Sepanyol selepas episod Reconquista sebelum dipaksa tukar agama atau dihalau dari negara Sepanyol. Didalam filem ini, Ridley Scott telah menggunakan courtyard di the Alcazar sebagai salah satu lokasi bagi istana untuk King of Jerusalem yang memakai topeng itu.
Semoga dengan menonton filem ini, menyuntik semangat kita untuk mengenal sejarah Islam di zaman Medieval Europe seperti saranan saifulislam.com.

8 comments:

  1. Bila terbaca komen rakan BH diatas, saya terfikir adakah orang Islam terlupa sejarah?

    Orang Melayu bukan bangsa yang rajin mengkaji dan menyimpan dokumentasi dengan gigih seperti orang Barat. Budaya kita mungkin juga tidak sehebat bangsa Eropah atau Arab yang memiliki pengetahuan yang panjang berhubung keturunan dan sejarah keluarga, komuniti dan negara mereka. Apatah lagi hal-hal yang diluar lingkungan mereka, termasuk sejarah Islam itu sendiri. Mungkin keperluan untuk membina budaya bangsa yang menghargai dan mengkaji serta merakamkan sejarah yang berasaskan tokoh-tokoh pejuang Islam di nusantara melalui filem perlu dimulakan.

    ReplyDelete
  2. Ya, sangat bersetuju dgn pandangan Pok Li. Saya dulupun tak tahu juga, maklumlah, dulu belajar nak lulus periksa. Takde 'inquisitive mind', bila dah bekerja, lagilah rasa tak perlu nak ambil tahu hal mcm ni..mungkin ia juga berpunca dari mentaliti & sikap bangsa Melayu yg kurang membaca & mengkaji bahan2 ilmiah..

    ReplyDelete
  3. kat mane nak dpt dvd ori cite ni? sbb dah 2weeks dok mencarik, tp x jumpe2 la.

    ReplyDelete
  4. addrick, saya beli CD shj, itu pun dah lama,in 2007. Boleh try kat Speedy Video or beli online..good luck

    ReplyDelete
  5. saya tengok slot mega movie tuh. tapi tak berapa nak faham sebab tak tau sejarah tuh nenonenoneno...

    ReplyDelete
  6. To AyunasiA,
    Saya pun first time tengok tak faham juga, kena tengok byk kali dan baca review kat internet, baru faham...

    ReplyDelete
  7. Orang Islam tak ramai yang suka mengkaji sejarah...kalau ada pun, info itu hanya terpendam dan tidak kembangkan dalam bentuk ilmu... kebanyakkan negara barat suka mengkaji... sebab itu mereka lebih jauh ke depan dalam apa jua bidang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 tk byk access kpd maklumat2 mcm ni tp sekrg dah byk info dlm internet..mngkin org Islam fikir hal2 sejarah mcm ni tk mndtgkan apa2 makna dlm hidup mereka..trmasuklah saya..huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!