Wednesday 13 May 2009

Duduk

Oleh: KH Abdullah Gymnastiar

Rasulullah S.A.W. bersabda, bermaksud: "
Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka hendaklah memperhatikan bagaimana kedudukan Allah di dalam hatinya. Maka sesungguhnya Allah menempatkan (mendudukkan) hamba-Nya, sebagaimana hamba itu mendudukkan Allah di dalam hati dan jiwanya

Saudaraku,

Yang termahal dalam hidup adalah keyakinan diri kepada Allah. Semakin kuat dan mendalam keyakinan itu, maka semakin beruntung hidup kita. Ketika itulah kita memiliki barang termahal dalam hidup. Apalah ertinya kita memiliki kekayaan melimpah sedangkan hati kita miksin daripada mengenali Allah. Apalah ertinya kita dikenali ramai jika kita tidak mampu mengenali Allah. Apalah ertinya kita berjawatan tinggi, jika kedudukan kita rendah di sisi Allah swt.

Intinya, semua yang ada selain Allah adalah cubaan dan fitnah belaka. Walau memiliki dan menguasai dunia sekalipun, kedudukan kita akan rendah apabila tidak mengenali Allah.

Ada tiga ukuran untuk mengetahui tinggi rendahnya darjat seseorang di sisi Allah, iaitu:

Pertama;
Sepanjang 24 jam waktu kita lalui setiap hari, berapa jam kita mengingati Allah. Sewaktu solat, adakah kita ingat Allah atau ingat yang lain. Ketika makan, adakah kita ingat pada Zat yang mengurniakan makanan itu atau malah mencela makanan.

Sewaktu ke tempat kerja, apakah kita sudah berniat sebagai jalan untuk beribadah atau sekadar mencari wang. Di dalam perjalanan, misalnya, apakah kita sibut berzikir serta membaca ayat suci Al-Quran atau mata kita berkeliaran. Bila hati kita selalu menyambung kepada Allah dalam apa keadaan sekalipun, maka sesungguhnya Allah telah meninggikan darjat.

Kedua:
Tinggi rendah darjat kita di sisi Allah dapat terlihat daripada senang tidaknya kita melakukan amalan yang dicintai Allah dan Rasul-Nya. Allah menyukai solat berjemaah kerana pahalanya 27 kali ganda daripada solat bersendirian.

Apakah kita termasuk orang yang akan segera ke masjid tatkala azan berkumandang, atau semakin sibuk dengan urusan dunia? Allah menyukai sikap menderma tapi apakah kita termasuk golongan dermawan?

Allah menyukai hamba yang dekat dengan Al-Quran. Apakah kita bersungguh-sungguh berinteraksi dengan Al-Quran? Semakin kita gigih “menyenangkan” Allah dengan melakukan amalan yang dicintaiNya, InsyaAllah darjat kita akan tinggi di sisi-Nya.

Ketiga:
Sejauh mana kegigihan kita menghindarkan diri daripada maksiat. Salah satu ciri dekatnya seorang hamba dengan Allah, terlihat daripada kesungguhannya menjauhi maksiat.

Hakikatnya, manusia biasa tidak akan pernah luput daripada dosa. Namun, orang yang berkedudukan tinggi di sisi Allah, akan segera bertaubat ketika dia terjerumus ke lembah maksiat. Dia menyesal, kemudian berazam untuk tidak mengulangi kesalahan dan menggantinya dengan lebih banyak amalan kebaikan.

Sebaliknya, orang yang jauh daripada Allah berasa cukup seronok berbuat dosa, tidak memiliki penyesalan dan sentiasa mengulangi perbuatan itu pada lain kesempatan.

Saudaraku,

Jangan ada yang ditakutkan dalam hidup ini, kecuali takut tidak dapat mengenal Allah. Harta, pangkat, jawatan atau ketampanan/kecantikan paras rupa sama sekali tidak bernilai apabila hati kita jauh daripada mengingati Allah.

Mulai sekarang, kita harus mengubah cara hidup iaitu menjadi orang yang bermanfaat kepada manusia dan berkedudukan tinggi di sisi Allah.

7 comments:

  1. betul2..hidupni akan lebih bermakna jika semuanya kerana Allah

    ReplyDelete
  2. artikel yang memberi makna

    ReplyDelete
  3. Fatahiyyah:
    Sesungguhnya hidup & matiku hanya utk Allah, itulah ikrar kita 5 kali sehari..

    Pok Li,
    Sekadar peringatan bagi manusia yang selalu lupa..

    ReplyDelete
  4. sukarnya nak menghindarkan diri dari maksiat mata...bahan2 yang mengotorkan mata jelas2 terpampang di TV, Surat Khabar, Majalah dan sebagainya...naudzubiLlah...

    ReplyDelete
  5. a.t.u.l.a.s.c.a.,
    Benar bagai dikata. Maksiat hadir dlm pelbagai bentuk, kdg2 tidak mampu menepisnya, istiqfar & zikrullah ubatnya..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ini... semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang dikurniakan keberkatan... aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin..delete dosa, upload doa, upgrade ibadah..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!