Friday, May 29, 2009

Ini ada satu cerita (3)

Orang Barat memang banyak muslihat untuk menghina orang Islam dan kebanyakan kita selalu alpa dan tidak mempunyai maklumat mengenai muslihat yang tersirat di sebalik sesuatu kejadian/perkataan/penciptaan.

Pertama kali mengetahui perkara ini apabila membaca tulisan Faisal Tehrani di dalam Majalah Eh!. Cerita di sebalik satu pastri ini yang diberi nama: croissant. Croissant merupakan French pastri yang terkenal, dijual di bakeri dan side-walk café seperti Delifrance. Melihat kepada bentuk croissant, ia seakan-akan bulan sabit.

Menurut wikipedia, ada pelbagai versi asal-usul pastri croissant tetapi ada dua versi yang mengaitkan penciptaan croissant dengan orang Islam:

1) Dicipta untuk meraikan kekalahan tentera Islam Khalifah Ummayah didalam peperangan, Battle of Tours (atau Battle of Poitiers) oleh puak Franks (satu kumpulan etnik Jerman Barat) pada tahun 732 dan mereka mencipta croissant yang berbentuk bulan sabit melambangkan agama Islam;

Battle of Tours (October 10, 732), juga dipanggil Battle of Poitiers atau dalam Bahasa Arab, معركة بلاط الشهداء‎ (ma‘arakat Balâṭ ash-Shuhadâ’) Battle of Court of The Martyrs, adalah pertempuran di antara tentera pimpinan Austrasian Mayor of the Palace Charles Martel dan Abdul Rahman Al Ghafiqi, gabenor Al-Andalus, dimana Abdul Rahman Al Ghafiqi telah terbunuh.

2) Dipercayai dicipta di Vienna pada tahun 1683 bagi meraikan kekalahan tentera Empayar Ottoman daripada menakluki bandar tersebut dan bentuk croissant merujuk kepada bulan sabit yang terdapat pada bendera Turki.

Versi ini diperkuatkan lagi melalui fakta bahawa di dalam Bahasa Perancis, croissant dirujuk sebagai Viennoiserie dan croissant dipercayai diperkenalkan di Perancis oleh Marie Attoinette, seorang puteri diraja Vienna yang berkahwin dengan putera diraja Perancis.


Alangkah kasihannya umat Islam, dihina berabad-abad lamanya..

4 comments:

  1. InnaliLlah...
    amat kesian pada umat islam sekarang..mudah diinjak2 oleh golongan kuffar...semuanya kerana tida ilmu tentang golongan ini...kata orang, 'tak kenal maka tak benci'...mereka kenal kita lebih, sbb tu mereka benci...kita???hmm...nak benci pn xd poin...masih ramai yang ke starbuck, kfc dll yang terang2 menjadi musuh dalam menghancurkan islam...naudzubillah...mg satu hari nnti Islam kembali gemilang, amin...

    ReplyDelete
  2. a.t.u.l.a.s.c.a.
    Mencipta kegemilangan itu memerlukan perancangan & usaha yang bersepadu..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Betapa banyaknya croissant dibuat dan dijual di Mesir sehinggakan sudah sebati dalam jiwa masyarakat. Saya sendiri sudah jatuh cinta pada roti itu. Dalamnya lembut berperisa coklat luarnya rapuh.

    Aduuh!

    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. Farid Rashidi,
    Salam kembali. Saya juga suka makan croissant ni, tapi bila tahu tentang perkara ni, rasa berbelah-bagi..lastly, cari alternatif lain..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...