Friday, May 8, 2009

Teloi Kanan

Saya mengaku memang tidak pernah mendengarnya sebelum ini.
Nama Teloi Kanan tiba-tiba menjadi sebutan ramai apabila Mohd. Khairul Effendi Che Wan, 17; Som Jud Muniandy, 16; dan Muhamad Fazrel Ashraf Azizan, 15, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan, Baling, Kedah berjaya merangkul pingat emas di Festival Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di Helsinki, Finland. Festival yang mempertandingkan mengenai isu alam sekitar, dianjurkan oleh Environment Online (ENO) bermula 12 hingga 18 April dan disertai 80 buah negara.

Tiga projek yang dibentangkan oleh pelajar terlibat ialah Penanaman Pokok, Perubahan Cuaca dan Kajian Kualiti Air membabitkan penglibatan pelajar di Kuala Gula, Perak. Projek penanaman pokok bakau yang disasarkan lebih sejuta pokok itu melibatkan kawasan di pesisir Kuala Gula, Perak dan Padang Salim, Kuala Muda, Kedah dan ia merupakan antara kandungan pembentangan kertas kerja tersebut.


hutan paya bakau

Paya bakau…kawasan yang berlumpur ini apakah kepentingannya dalam kitaran eco-sistem? Paya bakau antara fungsinya ialah mencegah hakisan pesisir pantai dan juga sebagai penampan untuk angin ribut. Sistem akarnya yang unik menjadi tempat pembiakan beberapa organisma & algae dan beberapa spesies air yang lain seperti ikan, udang, kerang, sotong, ketam, dll. Kayu bakau yang tahan lama dan mampu terendam dalam air sering digunakan dalam pembinaan seperti tiang jeti. Selain itu, kayu bakau juga amat sesuai untuk dibakar untuk menghasilkan arang seperti yang terdapat di Kuala Sepetang, Perak.

Kawasan paya bakau juga merupakan destinasi yang popular untuk aktiviti melihat burung (bird-watching) kerana ia menjadi tempat tinggal dan tempat persinggahan burung-burung tempatan dan yang berhijrah (migrotary birds). Burung yang berhjrah sejauh dari utara Siberia, Russia dan juga dari kepulauan utara Jepun. Burung-burung ini akan tinggal selama beberapa bulan sebelum berhijrah ke selatan ke Australia dan New Zealand dan kemudian terbang kembali ke tempat asal mereka setelah cuaca di sana kembali stabil. Antara kawasan paya bakau yang popular untuk aktiviti ‘bird-watching’ di Malaysia ialah Santuari Burung Kuala Gula dan Taman Alam Kuala Selangor.

Bukit Fraser juga destinasi utama untuk aktiviti ‘bird-watching’ menganjurkan International Bird Race setiap tahun. Bukan perlumbaan burung-burung, ya adik-adik, tetapi perlumbaan manusia untuk mengenal seberapa banyak spesies burung. Bagi seorang Muslim, mengenal lalu menginsafi kebesaran Allah yang menjadikan makhluk-makhluknya yang pelbagai.

Tiong bukan sebarang tiong
Tiong dari Kuala Tahan
Renung bukan sebarang renung
Renung menginsafi kebesaran Tuhan

Burung...salah satu haiwan yang ceritanya ada didalam Al-Quran dan juga dalam beberapa kisah nabi-nabi.

Kisah Nabi Ibrahim
“Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati.” Allah berfirman: “Apakah kamu belum percaya?” Ibrahim menjawab: “Saya telah percaya, akan tetapi agar bertambah tetap hati saya.” Allah berfirman: (Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu jinakkanlah burung-burung itu kepadamu, kemudian letakkanlah tiap-tiap seekor daripadanya atas tiap-tiap bukit. Sesudah itu panggillah dia, nescaya dia akan datang kepada kamu dengan segera.” Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Surah Al-Baqarah: 260)

* sebahagian ahli tafsir mengganti kata “jinakkanlah” dengan kata “potong-potonglah” dan kata “tiap-tiap seekor” diganti dengan “tiap-tiap bahagian” (dari burung yang telah dipotong itu). Kerana dalam ayat ini terdapat kata “Shur” yang dalam bahasa Arab bermakna jinakkanlah! atau potong-potonglah!
Kisah Nabi Sulaiman dengan burung Hud-Hud
“Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah dia termasuk yang tidak hadir” (Surah Al-Naml:20)

“Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata:”Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya: dan kubawa kepadamu dari negeri Saba’, suatu berita penting yang diyakini” (Surah Al-Naml: 22)

Dalam pengkisahan anak-anak Nabi Adam, ketika Qabil membunuh Habil, Allah telah mengilhamkan proses pengebumian menerusi perlakuan burung helang.

Burung...haiwan yang bertawakkal dengan rezeki Allah, tiada ia menyimpan stok makanan - pagi kosong, petang berisi seperti tajuk Forum Hal-Ehwal Islam pada malam Jumaat Hari Pekerja.

Akhir kalam…
“Otak burung unta lebih keeecil dari matanya……..”

15 comments:

  1. generasi muda ada yang hebat sangt membanggakan..moga terus selamat untuk memimpin dan memegang negara kelak..menyumbangkan yang terbaik untuk negara dan rakyat..

    ReplyDelete
  2. terasa bangga cz kampung saya kat baling..heheh Teloi kanan tu kat area kuala ketil..kalo akak nak tau baling adalah kawasan pendalaman yg br nak naik..pkannye kecilje...

    ReplyDelete
  3. fahana_ann,
    generasi muda harapan bangsa & negara, semoga jadi pemimpin yg baik kelak..

    Fatahiyyah,
    Akak tak pernah gi Baling, pekannya mungkin kecil tapi org mudanya berwawasan besar..

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Sebut teloi kanan, saya terkenang kampung. Ya sangat dekat dengan kampung saya. Teloi kanan itu berhampiran dengan Teloi kiri.

    Saya kurang tahu apa kertas kerja mereka sampai mendapat pingat emas itu.

    ReplyDelete
  5. Sdr Faridrashidi,

    Oh ya ke, maknanya kpg sdr dkt Baling juga. Kertas kerja mereka berkaitan dengan hutan paya bakau..

    ReplyDelete
  6. Baling itu daerahnya luas. Maka kampung saya juga di bawah empayar pemerintahan ahli parlimen Baling. :)

    ReplyDelete
  7. Baguslah..dibawah pemerintahan seorang bekas imam Masjid Negara..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum...
    saya pon rasa bangga jugak.teloi kanan tu memang kg saya....90% hidup saya kat teloi kanan.yg lagi mmbanggakn sy,umah sy belakang smktk....

    ReplyDelete
  9. salam 1 malaysia
    aqu mmg ank jati teloi kanan.....
    bannga sngat ble depa sumer nih dh bngga kan kg sndri....
    moga generasi yg akn dtg akn lbh berjaya....

    ReplyDelete
  10. Bila ada hamba allah kata tak tahu Felda Teloi Kanan.saya rasa sedihye.tapi mungkin lh tak semua orang tahu nama Felda Teloi Kanan.malah banyak lagi tempat tempat yang mereka tak tahu.
    Macam saya sudah jauh perjalanan dalam kehidupan.Oleh yang demikian banyak tempat yang sayatahu.Lain pada mereka di usia yang muda tu.Perjalanan baru bermula.Sekolah MenengahTeloi kanan adalah sekolah saya dahulu.saya masih terkenang akan perjalanan sekolah tersebut semasa saya bersekolah dahulu pada tahun 1977 sehingga 1981.Ini lah sekolah saya pada masa itu.Guru yang masih saya ingat.cik gu hasbullah,guru Ahmad Hassan,Guru Besar ketika itu.Guru Suhaimi.Guru Mamat.Guru mamat ini.beliau adalah guru disiplin.Paling Garang.Beliau pernah melempang saya.kata orang Lempang Jepun(pergi balik)Guru saya seni perubahan ialah guru India(saya lupa nama dia)Lain guru saya sudah tak ingat.Masa tahun awal persekolah han saya di sekolah Menengah Teloi Kanan.Keadaan masa itu amat susah.Harga getah sekitar RM0.45 sen sahaja sekilo.Kami pelajarsemasa itu.Bagi lelaki Seluar pendek.Dari segi pakaian itu lah yang ada perubahan dulu dan sekarang.
    Waktu itu hanya terdapat 2 bagunan sahaja.Sekarang dah banyak.Waktu sekolah yang paling suka bila seni perusahaan dan Pj.lain tak berapa minat.
    Pada masa dahulu kejayaan pelajar tak banyak.Peratusan kelulusan adalah rendah.Tak ada apa yang nak dibanggakan.maklumlah,masa tersebut alat bantuan mengajar tidak ada.tak seperti sekarang.
    Guru Guru tak ada buat teusyen.Bila saya di bandar saya lihat class teusyen penting untuk menambah kebangkitan pembelanjaran dari illmu dan kecermalnagan kelulusan.
    Pada saya seharusnya dunia internit boleh membantu.Sepatutnya ibu bapa tidak perlu sayang untuk membayar broad band atau talian stremex untuk anak celik komputer dan internit.Ibu bapa mesti memperuntukkan sebahagian pendapatan kpd pembayaran internit dan akan memudahkan anak anak belajardan mengenal dunia tampa sempadan.
    Saya selalu di internit setelah umur mencecah 47 tahun.saya pun baru kenal dunia komputer dan internit.nasib baik saya tak terlambat.Namun kawan kawan saya kebanyakan buta komputer.mungkin tiada minat dan tiada prluang.

    OK.pasal kejayaan pelajar sekolah menengah Felda Teloi Kanan telah berjaya di peringkat dunia.Umpama mengharumkan nama Malaysia Dan Teloi kanan.satu kejayaan dan tahniah untuk mereka.Mungkin tidak terlewat untuk mengucap tahniah untuk mereka.

    BAIKLAH SEMOGA TERUS BERJAYA UNTUK sEKOLAH mENENGAH tELOI kANAN DALAM APA BIDANG YANG DU CEBUTI.WASSALAM www,subkiarabi.com

    ReplyDelete
  11. dh lama baru terbaca tulisan ni...ramai juga sedara kat Teloi tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah berjalan ke sana..saya pun tak pernah sampai lagi di Teloi Kanan ni...

      Delete
  12. SMK Felda Teloi Kanan..Tempat Bangun dan Jatuh sy.. Terima Kasih atas doa semua...Alhamdulilah..syukur dgn kurniaan Nya kepada kami semua.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti banyak memori di sini..tempat jatuh lg dikenang, inikan pula tempat belajar..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...