Thursday 25 June 2009

#50 : Cerita-Cerita Panas

Akhirnya sampai juga ke entry yang kelima puluh, fuhh..mengambil masa hampir setahun juga..seperti boss saya selalu cakap 'work like a snail'...tapi tak mengapa, biar lambat asal selamat..

Entry ke-50 ni menghidangkan cerita-cerita panas..fresh from the oven. 

Dijangka akan memanaskan dunia Islam. Dua dokumentari dan satu filem berdasarkan 'true story' yang sedang dan akan ditayangkan tidak lama lagi. Samada filem-filem ini akan sampai ke tanahair, belum pasti lagi. 

Ketiga-tiga filem ini terbit di saat pergolakan politik di negara Iran. Suratan atau kebetulan, wallahu'alam..

* The Stoning of Soraya M.

 
Kisah benar yang berlaku di sebuah kampung di pendalaman Iran pada tahun 1986. Kisah yang diceritakan oleh Zahra kepada wartawan Perancis-Iran, Freidoune Sahebjam mengenai anak saudaranya, Soraya yang dikenakan hukuman rejam kerana dituduh berzina oleh suaminya.

Prolog:  

"Sekali lagi Zahra mengikat kainnya (chador) di pinggang kemudian mengorek tanah dengan tangannya sambil melutut. Tanah itu lembut dan lembab. Setelah lubang yang dikoreknya agak besar, dia mengumpul satu-persatu tulang-tulang Soraya dan membawanya ke anak sungai untuk dibasuh. Dia kemudian menanam tulang-tulang itu di kubur dan menutupnya dengan daun-daun dan ranting kayu. Seterusnya dia berdoa sambil menangis hingga mengalirkan air mata"

* Be Like Others

Mengisahkan kehidupan beberapa orang transeksual di negara Iran dan masalah-masalah yang mereka hadapi.

* Afghan Star
Mirip kepada program American Idol, dokumentari ini mengisahkan seorang peserta pertandingan nyanyian yang dianggap melanggar tatasusila kerana tertanggal tudung kepala ketika menyampaikan lagu.

Membaca ulasan filem-filem ini, membuat hati panas sahaja. Terharu pun ada untuk filem the Stoning of Soraya M. 


Apa yang dapat disimpulkan disini ialah kerana kelemahan dan nafsu serakah segelintir umat Islam menyebabkan Islam itu dipandang rendah di mata masyarakat dunia.

15 comments:

  1. kelemahan dan nafsu serakah segelintir umat Islam menyebabkan Islam itu dipandang rendah di mata masyarakat dunia. Saya setuju.....

    ReplyDelete
  2. Macam bes je filem ni..tp Islam selalu 'dikenakan' oleh pembuat filem Yahudi. Ironinya cuba tgk jg drama dan filem tempatan ?..ulas ler?

    ReplyDelete
  3. Tentu benar kata-kata tuan itu..

    Yang menghancurkan diri sendiri adalah bukan orang lain tapi diri sendiri...

    ReplyDelete
  4. Pok Li,
    Kerana kelemahan orang Islam itu, orang kafir mengambil kesempatan memperkotak-katikkan agama Islam, sungguh jahat perancangan mereka.

    ReplyDelete
  5. ikan emas,
    Ya, nampak cam best. Org Yahudi ni perancangannya licik, org Islam pula lemah perpaduan. Filem tempatan dah ramai pengulasnya dlm akhbar. Mungkin nanti..

    CIVIC Power,
    Ya memang benar. Oleh itu, tingkatkan ilmu & muhasabahlah diri kita selalu..

    ReplyDelete
  6. cerita2 di pantai timur pun ada yang memperkotak-katikkan islam...macam "perempuan berkalung sorban"...sedih apabila produksi filem sebegini cuba menyampaikan maksud tersirat-penghinaan kpd islam- dalam cerita seolah2 islami...

    ReplyDelete
  7. a.t.u.l.a.s.c.a,
    begitulah jika ilmu2 & ajaran2 agama Islam ditafsirkan oleh org yg bukan mahir, menyebabkan byk salah tanggapan oleh non-muslim..

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Saya tertarik melihat part direjam sehingga mati itu dalam video klip di atas. Boleh saya tahu, adakah benar dia berzina?

    Dan...filem ini dibuat atas dasar apa?

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Part direjam tu memang menakutkan. Mengikut sinopsis cerita ini (cerita dari ibu saudaranya, Zahra), Soraya difitnah & dianiaya oleh suaminya sendiri yg berkomplot dgn ketua kpg. Dia difitnah kerana memasak utk seorg duda. Mungkin kena tengok keseluruhan filem ini, baru boleh beri gambaran keseluruhannya.

    Filem ini dibuat atas dasar menuntut keadilan & hak2 wanita disisi undang2. Filem ini ditayang di US pd 26/6/2009.

    ReplyDelete
  10. Salam nohas,
    Tak mustahil jika selepas melihat filem tersebut, org akan mengatakan bahawa hukuman dalam agama Islam amat kejam. Ye lah... digambarkan hukuman yg cukup kejam, sedangkan yg salah sbnrnya tdk bersalah.

    Filem ini mungkin akan dianggap sebagai pembelaan terhadap wanita, tapi merosakkan pandangan luar terhadap Islam. Hakikatnya tak semudah itu untuk menghukum orang tanpa bukti oleh saksi.

    Begitu berleluasanya zina dlm masyarakat skrg, adalah kerana hukuman begitu tak dilakukan.

    Teringat filem P.Ramlee yg menunjukkan ketegasan hukuman bagi pesalah, seperti filem Semerah Padi (kalau tak silap saya la... P.Ramlee memegang watak Aduka) dan satu lagi saya tak ingat tajuknya... cuma ingat hukuman sula buat isteri yg curang dan berzina dgn lelaki lain (lakonan Normadiah dan Mahmud June).

    Ops... sori, terpanjang pulak komen ni...

    ReplyDelete
  11. Salam suara,
    Memang betul, bukan senang utk menjatuhkan hukuman melainkan mengikut lunas2 yg tlh ditetapkan syarak. Byk perkara yg perlu diteliti, diperincikan termasuk saksi-saksinya..

    Memang payah utk menerangkan pada non-Muslim hal hukuman ni apabila ilmu kita tentang bab jinayat sedikit shj, yg Muslim pun byk yg menentang..

    Tentang hukuman sula dlm filem P.Ramlee tu, tak bersetuju langsung..lagi kejam..nauzubillah.

    ReplyDelete
  12. filem tempatan kit abukan byk yg permainkan islam

    cth:filem berlari kelangit-pendakwah digambarkan sebagai jahat.pendakwah asyik cari salah org

    ReplyDelete
  13. Park Chick,
    Itulah jadinya jika yg kurang mahir tidak mendapat nasihat dari para ulama'..boleh memberi tanggapan negatif kpg agama Islam

    ReplyDelete
  14. Teringin pulak nak menonton filem nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada di internet..tringin nak tengok filem genre mcm ni..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!