Tuesday, June 16, 2009

Laguna

Melayari internet di waktu pejabat memang menyeronokkan. Apatah lagi melawat 'websites' destinasi pelancongan di dalam dan luar negara. Memang mengujakan hati dan minda. Sejak dua bulan yang lepas, saya terikat dengan tugasan 'research' ini untuk satu projek pelancongan di Malaysia.

Laguna Phuket ini merupakan destinasi pelancongan bersepadu yang pertama di Asia. Kawasan seluas 600 ekar ini ialah sebuah lombong bijih timah dahulunya. Kini telah dimajukan dan dibangunkan dengan enam hotel bertaraf antarabangsa seperti Banyan Tree Hotel, Sheraton Grande Laguna Phuket, Dusit Thani Laguna Phuket dan Allamanda Laguna Phuket.


Di sini juga terdapat satu padang golf dan empat spa village. Apa yang menarik di sini terdapat lagoon dan pulau-pulau buatan manusia membuatkan destinasi ini begitu unik untuk pelancong-pelancong.



Bercakap mengenai 'pulau-pulau buatan manusia' dan juga reclaimed land ni, saya teringat dengan seorang klien yang sering menuturkan 'man can make man but man cannot make land' dalam hujah beliau untuk nilaian tanah. Yes, man can make land too, but not in similar term with Allah S.W.T. the Creator.

"Earth provides enough to satisfy every man's need, but not every man's greed."


9 comments:

  1. percutian...langkah terakhir mengawal stress...:) bestnya dapat bercuti ngan famili...

    ReplyDelete
  2. Bercuti memang best, esp. ke oversea, dapat gak tengok negara org..tapi dlm negeri pun belum habis jelajah lagi..

    At least tgk dlm website pun kira OK, virtual tourist, hehe..

    ReplyDelete
  3. hihihi... sy suka tul tengok pemandangan cantik. Yer la, jadik virtual tourist pun okay gak

    ReplyDelete
  4. SharHanah,
    Yelah, nak pegi physically, ongkosnya agak kurang,..sakuku rata..

    ReplyDelete
  5. Manusia juga berasal dari tanah. Saya juga suka melancong, tapi 'pitis' kuranglah pulak.

    ReplyDelete
  6. Pok Li,
    Simpan sikit-sikit, nanti boleh gi melancong..

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah,
    ziarah ke laguna?
    ia jg lokasi tragedi 2004.

    kalau tak dpt p kat Phuket..(skrg virus H1N1) mai la kat Laguna PD..

    ReplyDelete
  8. ikan emas,

    Ziarah dlm alam maya sahaja..betul tu, Phuket kena teruk masa tsunami 2004..

    Kat PD, the Avillion Village Resort termasuk dlm 'research list'. Tapi utk bercuti, Laguna PD pun OK gak, Avillion quite expensive..trimas..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...