Friday, July 31, 2009

Lebih Bijak

source: Flickr 284/88

Pelbagai pihak tidak berpuashati dan bimbang mendengar berita 31 peratus saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dikuasai oleh firma pelaburan berpengkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd. Bernas telah memeterai perjanjian konsesi dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri sebagai pembekal dan pengimport tunggal beras negara.

Diantara banyak-banyak komentar yang terdapat di dada akhbar, antara yang saya rasa lebih bijak dan relevan kepada rakyat umum ialah komentar oleh Datuk Muhammad Salleh Majid, bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang juga Felo Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia.



Komentar beliau di dalam Berita Harian, 3o Julai 2009:


Beliau menggesa kerajaan mengkaji semula dasar penyenaraian syarikat strategik khususnya berkaitan barangan makanan dan utiliti di Bursa Malaysia bagi mengelak konflik antara keuntungan dan kepentingan awam. Katanya lagi ia bagi mengelakkan saham syarikat itu dikuasai pelabur asing.



Kita sudah lihat konflik antara keuntungan dan kepentingan awam berlaku pada syarikat bekalan elektrik, bekalan air dan konsesi tol. Adalah wajar syarikat sedemikian dijadikan syarikat persendirian milik kerajaan.



Selain itu, beliau juga bimbang konflik antara pemegang saham dengan kerajaan mungkin berlaku seperti yang terjadi pada Pantai Holdings Bhd.

Bekalan makanan utama, air, elektrik dan jalanraya begitu juga pendidikan/ persekolahan dan hospital tidak sepatutnya diniagakan dan meraut keuntungan berganda-ganda. Yang mengeluh adalah rakyat jelata, the end user, yang terpaksa menyerap peningkatan kos. Kami tiada pilihan lain.



Biarlah Bernas seperti asalnya iaitu Lembaga Padi dan Beras Negara, tidak usah dikorporatkan, diswastakan, disenaraikan di bursa saham. Ia membabitkan keselamatan makanan dalam negara, makanan ruji bangsa utama di Malaysia.



"Sebiji nasi adalah hasil keringat para petani yang tumpah ke bumi"

2 comments:

  1. tu laa..terkejut pun ada.tak tau pulak rupanya BERNAS ni bukan milik penuh kita...sian.

    Benar kt Salleh majid tuu

    ReplyDelete
  2. Yelah, bila dah ada di BSKL, udah terbuka pasarannya ke seantero dunia..bila ada yg membeli, mesti ada yg menjual,siapakah yg menjual saham yg byk itu??

    Memang betul katanya tapi adakah pihak itu akan mendengarnya? Wallahua'lam..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...