Tuesday, July 7, 2009

Terkenang Semasa Dulu..

Sempena Festival Kuala Lumpur 2009 (FKL09, Jabatan Warisan Negara (JWN) memperkenalkan 12 jenis permainan tradisional yang semakin dilupakan dalam Program Permainan Tradisi.

Tapi, tak sempat pula nak tengok program tersebut di Taman Tasik Titiwangsa pada 4 dan 5 Julai yang lepas.


Ia melibatkan permainan tradisi:

1) Galah panjang
2) Sepak raga ratus
3) Congkak
4) Gasing
5) Batu seremban
6) Ketinting
7) Dam aji
8) Rebut negeri
9) Tating lawi
10) Konda kondi
11) Lompat untai gelang
12) Sepak raga manggis


Rasa-rasa teman, congkak dan dam aji masih lagi popular, cuma jarang dimainkan oleh generasi muda sekarang. Yang no. 8, 9, 11 dan 12, baru pertama kali tahu ada permainan tradisional ni. Tak pernah dengar selama ni.


Galah panjang, batu seremban, ketinting & konda kondi, hmm..mengimbau kenangan manis dan pahit zaman kanak-kanak. Zaman sekolah rendah. Batu seremban tu mesti bawa gi sekolah, masa tunggu bas main batu seremban atas beg sekolah. Beg sekolah kotak. Konda kondi, permainan budak-budak kampung. Habis batang pokok ubi dipatahkan.

Permainan tradisi dilihat banyak kelebihannya: menitikberatkan interaksi sesama manusia dan juga alam sekitar; lebih menyihatkan badan dan meriangkan hati/minda disamping mengasah fikiran supaya lebih fokus dan berhati-hati.

12 comments:

  1. mainan dl2 best menguji minda..pastu blh jadikan satu senaman plak..cntohnya keting-ting

    ReplyDelete
  2. Ya, permainan yg santai dan menggembirakan..

    ReplyDelete
  3. lama benar rasanya tak main permainan diatas..huhu...masa zaman kecik2 dulu je...rinduu...

    ReplyDelete
  4. Ada lagi permainan rakyat,

    Main tuju tin/selipar dan lompat getah.

    Saya dulu kat sekolah main titik dekat buku matematik dan waktu petang main wau dan senapang peluru terung. Fus, sangat best!

    ReplyDelete
  5. Erkkk.... saya main apa ye? Main congkak, batu seremban dan lompat untai gelang kot... Itu antara yg popular saya reti la...

    Banyak lagi mainan lain, tapi mungkin guna nama lain kot...

    ReplyDelete
  6. a.t.u.l.a.s.c.a,

    budak sekarang dah tak main games tu, lebih suka melayan TV, PS2, video & computer games..

    bila dah besar ni nak duduk main permainan tradisi spt congkak, batu seremban, rasa macam boring pulak..mungkin dah tak sesuai dgn jiwa..hehe..

    ReplyDelete
  7. Eh betul la...ada mainan yang tak pernah saya dengar. Sama la kita, sementara nak tunggu bas sekolah, main batu seremban kat kantin. Hari cuti sekolah main baling selipar atau konda kondi. Penuh padang dengan lubang-lubang kecik. Main galah panjang paling riuh dengan jeritan nyaring budak-budak perempuan. Sekarang? Mcm tak mungkin je nak main semua tu melainkan kalau buat family day.

    ReplyDelete
  8. Farid Rashidi,
    Kanak-kanak zaman dulu lain, zaman sekarang byk sgt pantang larangnya, tak hygenic, gatal2 badan main tanah..

    Samalah kita, main tuju tin, main lompat getah (dah tak ingat lagu), main titik dlm buku math, main senapang peluru terung pipit nak jadi mcm vic morrow dlm cerita combat..haha..zaman kanak2 memang meriangkan.

    ReplyDelete
  9. Suara,

    Ya, byk lagi permainan rakyat, mcm2 nama yg diberi, kreatif betul.. org dulu memang kreatif, cipta permainan yg murah, dari bahan yg senang didapati dari alam sekitar..

    ReplyDelete
  10. Emblem of Purity,

    Ya sgt setuju, masa family day patut diadakan permainan tradisi, ni asyik2 main lari dlm guni, isi air dlm botol, bawa bola pingpong, kupas kulit epal, etc..

    Tapi sekrg ada game tuju botol dgn buah kelapa..rasa2 ni boleh diklasifikasikan sebgai permainan rakyat ke? boleh le kot..sendiri tanya, sendiri jawab..hehe

    ReplyDelete
  11. A'A..BEST2..BYK SGT PEMAINAN DULU2..KITA DIAJAQ EBRKAWAN WALOPUN KADANG2 BERLAWAN.

    ReplyDelete
  12. Ya, benar sekali. Berkawan & berlawan dlm semangat muhibbah..for fun only..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...