Wednesday, August 19, 2009

Balik kampung

Semalam saya balik kampung. Tapi bukan kampung saya. Kampung orang lain. Kampung ni pertama kali saya jejaki pada akhir tahun 80'an. Masa tu belajar di Damansara Utama, naik bas Sri Jaya, lalu Taman Tun. Kampung tu letaknya di hujung Taman Tun, penuh dengan hutan-hutan menghijau. Dulu di kampung ni ada perkampungan Al-Arqam. Kampung Sungai Penchala.

Pertama kali mengenali Al-Mathurat di kampung ini. Ketika usrah dengan isteri warden asrama..berterabur baca, sebab sebelum ni tak pernah tengok dan baca (tak pernah tahu pun juga). Naqibah dah biasa, baca laju..last-last, saya 'miming' sahaja..pengakuan benar...


Terasa ingin berlari berkaki ayam, bergolek-golek di atas rumput (yang sebelah kiri sahaja)..macam dalam Little House on the Prairie


Terasa ingin bersantai-santai di tepian kali..hehe..airnya bersih, dong

















Terasa ingin kembali ke zaman kanak-kanak, berlari-lari sambil menerbangkan layang-layang kertas..

Sudah penat berimaginasi. Berhenti mengharap.

Sekali-sekala menjejakkan kaki ke kampung tradisi di Bandaraya Kuala Lumpur ni terasa berada di kampung sendiri. Rindu itu datang bertamu. *sigh*

17 comments:

  1. Wahhh!!! Kalau tau Little House On The Prairie...maknanya sekapal la kita ye. Terbayang budak pompuan terkedek-kedek berlari turun Prairie tu.

    Rasa tenang mata tengok kawasan kampung. Tapi kampung abah saya, macam gersang je sekarang bila tengok rumput-rumput tak lagi menghijau.

    Kalau kampung mak saya, masih lagi hijau sebab dekat dengan hutan Taman Negara.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Patutlah lama menyepi. Rupanya balik kampung.

    Kampung nampak bersih lagi, tak tercemar apa-apa yang mencemarkan. Tali air itu ke sawah ye?

    ReplyDelete
  3. bukan kampung je tercemar..org kg pun ramai dah tercemar.marilah sama2 kita lakuakn pemuliharaan.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    elok kita amalkan Al-Mathurat tu tiap hari kan...

    ReplyDelete
  5. Emblem of Purity,

    Hati muda, jiwa muda, hehe..

    Kawasan hijau di Kpg Sg Penchala ni pun dah mula berkurang, SPRINT highway dah melintang diatasnya. hmm..nothing is certain in life except death..

    ReplyDelete
  6. Faridrashidi,

    Salam. Sibuk sangat lately, bukan balik kpg. Gi Kpg Sg Penchala ni pun atas sebab kerja, kena tengok & ambil gambar lot tanah.

    Bukan tali air, cuma anak sungai yg telah dibuatkan longkang konkrit. Cuma tanah ni je yg masih kosong, tanah keliling dah dibina bangunan.

    ReplyDelete
  7. @Park Chick,

    Cegah sebelum parah. Merosakkan lebih mudah dari memelihara.

    @ikan emas,
    Ya benar. Al-Mathurat, doa-doa yg baik.

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadhan nohas...
    Ramadhan kembali lagi...?
    Tak lah.
    Ramadhan datang dan pergi
    Tapi tak pernah kembali.

    Jom... kita kejar gandaan pahala yang Allah janjikan... kita gandakan amalan kita di bulan penuh keberkatan...

    p/s: Waaaa.... nak balik kg!!! Huaaa.... (hati tgh meraung ni...)

    ReplyDelete
  9. Salam Ramadhan. Semoga Allah mengurniakan kita kesihatan yg baik utk melipatgandakan ibadah di bulan ini..

    ReplyDelete
  10. Salam Ramadhan. Raya ni balik kampung. Ada rancangan perjumpaan keluarga secara besar-besaran. Tengoklah nanti berapa besar. He he he

    ReplyDelete
  11. Salam Ramadhan to Pok Li. Selamat berkumpul bersama sanak-saudara.

    ReplyDelete
  12. Kita duduk kat kampun gak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, Kg Bukit Baru. Sekarang dah tak jadi kampung, sudah tukar jadi Pangsapuri Bukit Baru.

    Salam dari orang temerloh.

    ReplyDelete
  13. Salam kembali utk org temerloh..kpg kat KL ni semakin pupus, ramai org asing yg duduk, esp. Kpg Baru..

    ReplyDelete
  14. Zuan@cheng@fl4m3zMarch 24, 2010 at 1:49 AM

    Eh,ni mcm dkt uma mmbe ku atan anak suhaimi ni. . Bhahaha. .

    ReplyDelete
  15. Saya tahu ada kampung nama sg penchala . tapi tak tau kampungnya macam ni . selalunya klu kg dekat dgn bandar , dah ada transformasi ... bila tgk lembu2 tu , mmg suasana kg .ada bukit lagi ... suasana di pagi hari sebelum matahari terbit mesti best ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kpg Sungai Penchala mcm nilah rupanya dlm tahun 2009, tapi ada bahagian yg ada transformasi...sekarang dh lain sikit rasanya..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...