Wednesday 2 September 2009

Laut itu duniaku..

Pertama kali melihat gambar-gambar kaum Bajau Laut dibawah ni, hati terdetik, alangkah gembiranya mereka. Hidup serba ringkas, dikelilingi laut nan biru, setiap hari berinteraksi dengan alam ciptaan Allah S.W.T. Laut itu dunia mereka, tempat tinggal mereka, lubuk rezeki mereka, padang permainan mereka.

Lihatlah laut yang biru/hijau, begitu cantik sekali..
 







  Sebenarnya di dalam bulan Ramadhan ni, sudah dua kali saya menonton dokumentari mengenai kaum Bajau Laut. Pertama kali, di dalam program Enigmatic Malaysia di Discovery Channel dan keduanya, program Jelajah Ramadan TV9.

Kaum Bajau Laut tinggal di perairan Semporna, Sabah. Didalam kedua-dua dokumentari, kaum ini didapati tinggal di Pulau Mabol, Pulau Gaya dan Pulau Omadal. Kebanyakan mereka tinggal di rumah-rumah yang dibina diatas tiang di laut. Ada juga yang masih tinggal di dalam bot. Bayangkan tujuh orang sekeluarga tinggal di dalam bot. Sedihnya tapi ramai juga yang telah berhijrah  ke tanah, membina rumah di pesisir pantai dan di daratan.

Dokumentari di Discovery Channel lebih banyak mengupas suka-duka kaum Bajau Laut ini. Masalah dari segi kewarganegaraan, pendidikan, masa depan kanak-kanak, pencemaran sampah-sarap dan lain-lain topik dikupas. Tapi yang paling menggembirakan ialah walaupun berada di tengah-tengah laut, mereka ini beragama Islam. Dokumentari Jelajah Ramadan TV9 memaparkan suasana Ramadan kaum Bajau Laut di Kampung Bangau-Bangau.

Melayan kedua-dua dokumentari ini menyebabkan saya terfikir masih ada lagi penduduk Malaysia yang masih lagi nomad, berpindah-randah, hidup dalam keadaan serba kekurangan begitu. Saya sebenarnya tak tahu adanya kaum ini di Sabah  Yelah selama ni cuma tahu kaum Bajau yang menunggang kuda itu saja.

Kudos to both documentaries.

10 comments:

  1. Selepas 46 thn adakah teropong pembangunan tertutup utk mereka ATAU adakah mereka snd yang selesa mnjd nomad ,budaya tradisi.Cuba lihat mereka jg berhubung dgn dunia luar.

    ...teringin nak p resort kat sipadan tu..

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan..
    Ramai juga kaum mereka yg sudah established di daratan. Naluri manusia, inginkan kehidupan yg stabil, rumah yg tetap, esp. bila dah berkeluarga & mempunyai anak.

    Sipadan, sungguh cantik pulaunya.

    ReplyDelete
  3. Salam nohas...
    Cemburunya melihat kehidupan yang dikelilingi oleh alam semulajadi. Ringkas, mudah dan tenang. Tak payah nak pikir pasal meeting dan keje yang menimbun...huk..

    ReplyDelete
  4. Salam suara,
    Kita melihat laut sebagai satu tempat berehat, menenangkan fikiran tapi bagi mereka laut adalah kehidupan mereka.

    Rasa kesian pd kanak2 itu, bagaimana masa depan mereka, pelajaran mrka, tersisih dari arus pembangunan.

    ReplyDelete
  5. jgn ckp ini gambar yg ko amek kerana aku akan jeles dan mintak nak belajar..huhu

    ReplyDelete
  6. Gambar2 tu dicurik dari pemanduteksi.blogspot. Teman ni tangkap gambo skill tu memang kureng..

    ReplyDelete
  7. Banyak lagi suku kaum yang mempunyai cara hidup yang terus-terusan begitu. Mereka diikat dengan tradisi dan kepercayaan yang sukar dirungkai. Kita rasa mereka 'derita', tapi hakikatnya mereka 'bahagia'.

    ReplyDelete
  8. Ya, betul tu Pok Li. Mereka gembira dengan cara mereka tersendiri.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, mereka bahagia dengan cara mereka yang tersendiri... Satu yang unik, mereka ini sangat berbeza dengan manusia normal yang lain... ada dokumentari berkenaan Bajau Laut nie, mereka boleh menyelam dalam laut lebih lama tanpa mengunakan tabung oksigen... siap berjalan-jalan lagi di dasar laut tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka bahagia dgn cara hidup mereka...ooo..ya ka, mungkin dari kecik dah training dlm laut..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!