Thursday 8 October 2009

Yang Zahir, Yang Batin


Suasana Aidil Fitri masih meriah lagi terasa di negara ini. Jemputan jamuan Aidil Fitri bertalu-talu ditampal di papan kenyataan (old skool style) di pejabat. Walaupun negara jiran dan beberapa negara lain di dunia ini dilanda musibah, gempa bumi, ribut-taufan, tsunami, sambutan Syawal dan jamuan AidilFitri di negara ini masih lagi berterusan.

Walau dimana kita tinggal, di rumah pangsa, apartment, rumah teres, banglo, masing-masing ingin mengadakan ‘open house’ dengan cara tersendiri. Rumah ‘flat’ dengan cara rumah flatnya, susun kerusi meja di koridor (ini common property la, bukan harta persendirian, huh). Tetamu yang datang ambil makanan ikut giliran sebab ruang sempit…jiran-jiran yang tak kenal tak dijemputnya, walaupun tinggal di tingkat yang sama, pandang dari jauh jelah. Rumah teres, rumah banglo lagi gah..ada yang pasang khemah, guna khidmat ‘caterer’, ada entertainment…

Jamuan Aidil Fitri, ‘open-house’, apakah hala tujunya? Selain mengeratkan silaturrahim, ia juga medan untuk berkenal-kenalan, beramah-mesra, bertukar-tukar fikiran. Ia sebenarnya ‘testing our socialising skill’. Baik untuk hos (tuan rumah) dan juga untuk tetamu yang hadir.

Ramai dari kita merasa sedikit gentar/cuak untuk hadir di majlis keramaian mereka yang tidak dikenali. Macam-macam pertanyaan berlegar di minda, apakah tuan rumah itu peramah? atau dia buat tak tahu sahaja? apa topik perbualan? ada ke orang yang kenal? yang boleh diajak bersembang? sebagai satu escapism? Manusia sebenarnya tidak suka dilihat seperti ‘kera sumbang’. Makan sorang-sorang atau anak-beranak di satu sudut, tuan rumah entah ke mana, tidak dipedulikan, tidak diendahkan, tiada sapaan.. Dah ramai, pandai-pandailah bawa diri.

Hos yang baik ialah tuan rumah yang boleh membuat tetamu (tak kira yang kenal ataupun yang baru dikenali) merasa selesa, merasa diterima (bukannya tetamu tak diundang), ‘feel at home’, macam dah lama kenal. Walaupun sekadar bersalaman dan bertanya nama (bagi tetamu yang tidak dikenali). Kebanyakan kita kurang gemar bertanya nama, nak tanya ‘siapa nama’ terasa macam formal le pulak. Kadang-kadang bersembang macam nak rak, bila berpisah namapun tak tahu, lupa nak tanya. Hmmm…masuklah kita dalam orang-orang yang zalim.

Tetamu yang hadir juga sepatutnya berusaha berkenal-kenalan di antara tetamu-tetamu. Walau sekadar berbasa-basi. Bukannya hanya bersembang dengan group masing-masing. Kawan pejabat satu group, saudara-mara bersembang satu group, jiran-jiran satu group. Inilah masanya untuk test the act of small talk, the conversation starter dan keupayaan mengembangkan topik perbualan, bukannya asyik mengomel, komplen, takde cawan, makanan lambat, makanan tak sedap…the conversation killer…oh so politically incorrect..

Teringat-ingat ‘home-made pumpkin soup’ yang sedap masa ‘open-house’ lama dulu, terkenang kebaikan tuan rumah walaupun saya, a total stranger..

9 comments:

  1. Salam, betul tue. kita cma m'bual dgn org yang kenal jea. tapi kdg2 kta cb tegur org yg kita tak kenal. Ada bg respon, ada gak yg wt don't know. hehehe.. mnusia mmg unik. :)

    ReplyDelete
  2. Salam kembali. Begitulah sikap kebanyakan dari kita, kadang2 nak senyum pun payah, apatah lagi nak menyapa. Makan sajalah..

    ReplyDelete
  3. Setiap kali orang jemput kalau tiada aral saya akan hadir. Saya tak kisah sangat orang layan tak layan ni. Lepas saya makan saya akan balik. Senangkan macam makan kat kedai aje..... ha ha ha. Kalau ada orang nak bersembang saya boleh bersembang .. no hal la..

    ReplyDelete
  4. sini pun tak banyak open house. tapi perasan tak tahun ni memang kurang sangat open house. orang yang selalu buat pun, tak sampai hati nak tanya buat ke tak sebab faham keadaan sekarang kan.

    ReplyDelete
  5. @Pok Li,
    saya pun suka kalau pergi open-house macam tu. Makan2 lepas tu balik. Tapi kdg2 kalau dah satu meja, nak senyum pun payah..tak tau nak cakap macamana..

    @eL,
    zaman berjimat-cermat, ada yg buat secara kecil-kecilan sahaja.

    ReplyDelete
  6. tuan rumah tu dah pindah johor la...tak merasa la kita pumpkin soup tu kan...hehehehehe

    ReplyDelete
  7. @fzy fuzzy,
    kena belajarlah buat pumpkin soup tu..

    ReplyDelete
  8. Open house tu dah jadi budaya rakyat Malaysia... Bagus, selain dapat merapatkan silaturahim dan kemesraan antara kita... dapat juga mengenali makanan masyarakat lain di Malaysia nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila buat open house boleh ajak ramai tetamu sekali harung, dapat beramah-mesra, mengerat silaturahim...mcm2 makanan ada..itu yg best..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!