Wednesday 4 November 2009

Artikel Panas di Hari Yang Dingin

Sekarang ni hari selalu hujan. Alhamdulillah, menyuntik rasa dingin di celah-celah kepanasan mengejar dateline yang menghimpit. Baru terjumpa artikel ini, dah seminggu akhbar berada di atas meja. Bacalah dengan hati dan fikiran yang terbuka, adakah..adakah..ia bersangkut paut dengan diri anda??

Cuba perhatikan wanita di sekeliling kita. Berapa ramai yang gemuk, berapa ramai bertubuh langsing. Mana lebih cantik, tentu sekali jawapannya memihak kepada si langsing. Berapa ramai pula, semasa anak dara bertubuh genit tetapi kini badan alahai lemak bergumpal-gumpal. Mungkin inilah wajah wanita Malaysia. Gemuk dan gempal seperti tradisi turun-temurun selepas berkahwin dan beranak.

Punca utamanya, tidak menjaga pemakanan. Kedua, malas bersenam. Pakaian dan aksesori berjenama menjadi keutamaan sedangkan badan terus dibiar mengembang. Faktor kewangan selalu menjadi alasan. Tetapi joging itu gratis, berjalan-jalan itu percuma.

Kalau pun malu bersenam di luar rumah, gerakan senaman seperti aerobik boleh dipelajari dan diikuti di depan televisyen. Mudah dan murah. Makanan pun mereka yang beli dan sediakan. Kesimpulannya mereka MALAS. Maka jalan pintas bukan semula jadi ditempuh seperti menyedut lemak dan menelan pil-pil pelangsing yang sudah tentu ada risiko.

Kalau benar dikata langsing itu cantik dan cantik membuatkan lelaki lebih sihat, apakah tawaran lain yang boleh diberikan oleh wanita Malaysia?

Cuba pula lihat wanita Jepun. Apa agaknya rahsia rata-rata wanita Jepun bertubuh langsing. Sukar sekali berjumpa wanita Jepun yang gemuk dan gempal. Tentu ada petua yang mereka amalkan.

Sepatutnya semakin meningkat taraf pendidikan dan ekonomi wanita Malaysia, semakin tinggi tahap penjagaan kesihatan mereka. Belajarlah daripada wanita Jepun.
-nuranilelaki@yahoo.com (Utusan Malaysia: 26 Oktober 2009)

True blue. Janganlah melihat siapa yang berkata tapi lihatlah, renunglah apa yang dikata. Cermin-cerminlah diri..alahai terkena juga den..

Tapi ada orang berkata wanita jadi gemuk kerana lelaki. Bukankah untuk memikat suami melalui perutnya?? Selalunya lelaki mencari isteri yang pandai memasak. Nah, isteri-isteri selalunya berusaha untuk memasak makanan yang sedap-sedap untuk keluarga. Mana nak sedap kalau asyik makan sayur bening, pindang,... mesti ada kari, masak lemak, sambal belacan. Ya, bila sedap, makan banyak. Bila makan banyak, ada yang mengembang..hehe..teori domino..

Ikutlah sunnah Rasulullah SAW, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Kenyang berlebih-lebihan melemahkan minda dan membuat kita malas untuk beribadah. Jadikan sihat itu modal berniaga dengan Allah SWT.

21 comments:

  1. so true!
    kene jage kesihatan kan..
    sok2 takde la menyusahkan ahli keluarge.. :)

    ReplyDelete
  2. @noin, jaga kesihatan utk diri sendiri..sihat itu cantik.

    ReplyDelete
  3. Kita sudah ada sunnah Rasul yang cukup terbaik. Tak perlu cari petua lain dah

    ReplyDelete
  4. menarik sekali artikel yang dikongsi...wanita di malaysia selalu dilabel 3G (gebu,gempal,gemuk)...lagi tinggi tahap pengajian,lagi meningkatlah 3G...sy sebenarnya kurang bersetuju kerana apa kita nak jadi ditentukan oleh kita sendiri...dimana ada kemahuan disitu ada jalan...sejauhmana nak amalkan sunnah Rasul dalam amalan pemakanan dan penjagaan kesihatan adalah terpulang pada individu...betul x? yang penting, badan yang sihat dapat menjamin keterlangsungan ibadah yang baik...

    ReplyDelete
  5. @Pok Li, ya betul. Ramai yg tercari-cari petua menguruskan badan tapi meninggalkan sunnah Rasul SAW.

    @atulasca, ya betul, we are what we eat. Kena tingkatkan pemahaman tentang pemakanan sihat, teori & praktikal.

    ReplyDelete
  6. kita datang kepada makanan dengan keyakinan bahwa Allah yg memberi kekenyangan,
    Kita datang kepada minuman dengan keyakinana bahwa Allah yg menghilangkan kehausan

    ReplyDelete
  7. @Park Chick, Allah Al-Muqiitu, kepadaNyalah kita sandarkan segala harapan..

    ReplyDelete
  8. so malam ni nak makan ape ek?

    piza? banned!
    garlic bread? banned!
    kuey tiaw goreng? hurmmm lame tak usik ni. haha

    ReplyDelete
  9. lelaki-lelaki di Mauritania suka istrinya berbadan besar nampak lebih seksi..anak perempuan mereka sejak kecil dipaksa makan banyak supaya badannya gemuk...

    ReplyDelete
  10. @noin, makan sup gear box..hahaha..

    @orang muo, manusia ni pelbagai ragam, ada suka yg kurus, ada suka yg tembam..satu tanda kekuasaan Allah SWT..

    ReplyDelete
  11. salam..herm,artikel yg menarik,mmg buat diri terfikir2.hehe.biarlah yg sdg2 saja, x kurus, x gemuk.yg penting sihat,berat bdn ideal =)sendiri kena jagala kan.

    ReplyDelete
  12. That's the word. MALAS. Terkena juga. Teringat Erik, menang The Biggest Loser smlm.

    ReplyDelete
  13. @jalinan1621, salam kembali. Yang sedang2 tu memang sedap mata memandang.

    @eL, kalau dah terkena penyakit M ni, memang payah. Nak tengok the Biggest Loser versi M'sia pulak, kalau S dpt slimkan badan, saya tabikk..

    ReplyDelete
  14. thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me itteww.. ehehe

    ReplyDelete
  15. oh..saya memerlukan petua menambah berat badan... bagemana?

    ReplyDelete
  16. @en_me, thanx kembali. Blog en_me yg kelass itteww..

    @saya lah, sonang bonar soalannya. Lots of carbo, protein, Appeton Weight Gain..hehe..jgn jadi mcm pegusti sumo, udahlah...

    ReplyDelete
  17. hehe...

    to noin-->>
    goreng2 manyak minyak lorr..
    kne mkn sup2 je.. rbus2..

    he.he

    ReplyDelete
  18. Kebiasaannya Wanita nie sinonim dengan makanan... Sebagai contoh, lihat lelaki, bila dah lunch its consider done. Tapi kalau wanita, akan ada menu berikutnya seperti goreng pisang atau cekodok... Sebenarnya, faktor pemakanan lah yang menyebabkan kebanyakkan wanita Malaysia berisi atau gempal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..hehe..lepas makan mesti nak mengunyah...bersenam kurang..jadilah 3G..gemuk, gempal & gebu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!