Thursday, December 24, 2009

Hutang Oh Hutang

source dari sini

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati


Begitu indah sekali seloka pantun ciptaan cerdik pandai dahulu. Tapi realitinya belum tentu seindah butir bicara. Hutang emas mungkin terkandas dipajak gadai. Hutang emas mungkin dibayar 10 kali. Hutang budi dibalas budi juga..seperti kes minta sponsor hadiah untuk company annual dinner..terpaksalah please the client.

Kunci kata dalam pantun yang famous itu ialah hutang. Manusia berhutang mengikut tingkatan keperluan dalam hidup. Tingkatan keperluan dalam kehidupan seseorang itu berkisar kepada perkara dharuriyyat (sangat perlu), perkara hajiyyat (memudahkan) dan perkara tahsiniyyat (aksesori).

Perkara dharuriyyat merangkumi perkara-perkara asas seperti membeli makanan, pakaian, perubatan untuk menyelamatkan nyawa. Perkara hajiyyat seperti membeli kereta dan rumah. Manakala, perkara tahsiniyyat yang banyak dilakukan oleh manusia, iaitu bermewah-mewah dalam menghias diri, rumah, kereta, dll.

Bijaksana dalam menguruskan keperluan hidup menjadi asas penting seseorang itu akan dapat menikmati kebahagiaan hakiki.

Artikel berikut yang diambil dari e-mail boleh dijadikan pedoman.

Hadith: Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” [Riwayat al-Baihaqi ]

Pengajaran hadis:
i) Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Pepatah ada mengatakan “ Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”.

ii) Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat ‘qanaah’ iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan. Amalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan kepapaan.

iii) Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa bagi orang yang tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau bagaimana kecilpun hutang tersebut. Hal ini termasuk juga hutang yang berlaku dengan orang yang bukan Islam serta seseorang yang berhutang tetapi telah meninggal dunia dan belum sempat membayar hutangnya. Maka ahli waris si mati hendaklah berusaha untuk melangsaikannya.

iv) Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil sebagai saksi. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan penganiayaan.

v) Sesungguhnya melepaskan hutang orang menghutangi kita adalah suatu perbuatan yang mulia. Ganjaran yang besar menanti iaitu berupa naungan Arasy di akhirat kelak.

Hidup bahagia tanpa HUTANG...

10 comments:

  1. hu.. susah bab hutang2 ni..

    susah kalau si pengutip hutang xsmpai ati nk kutip hutang dari pnghutang.. tp pngutip hutang prlukn wang..

    lagi susah kalau si pghutang buat2 xigat yang dia sbnrnya berhutng..

    Hu..

    Tingat dlm stu crita rsnya.. psl pnghutang yg lwt byr hutangnya..

    apa kata si pengutip hutang?

    "kalau takde duit, jangan pinjam!"

    Yelah.. btol jgk.. mmg kita meminjam sbb kita takda wang yg mncukupi. tapi kalau rasa2 xmmpu nk byr.. lbh baik jgn pnjam..

    kn?

    ReplyDelete
  2. hidup tak bahagia kalo tak bagi HUTANG ~ kata ahlong tewww.. ahaks

    ReplyDelete
  3. Tak sabarnya nak habiskan hutang ^_^

    ReplyDelete
  4. @puteri,
    Memang susah nak kutip hutang, terpaksa tebalkan muka, nak cakap pun terpaksa susun ayat betul2, tak nak jatuhkan maruah pemiutang. Memang payah..

    Perkara life & death, terpaksalah pinjam kan.

    ReplyDelete
  5. @en_me,
    Ah long bukan nak tolong..makan munge..

    @eL,
    Sikit2 lama habis juga..sabarr

    ReplyDelete
  6. Percayakah anda bahawa manusia baik mampu berbohong kerana HUTANG?

    ReplyDelete
  7. Hutang... mmg meresahkan.
    Saya harap sangat org tak akan berhutang dgn saya sbb saya segan nak mintak hutang. Kalau saya tak dapat halalkan nanti sapa yg susah? Saya dan mereka yg berhutang tu la... kan? Pernah tertipu dan cukuplah sekali... masih memujuk hati untuk menghalalkan apa yg pernah diberi kerana kebodohan sendiri. Bukan rezeki namanya tu kan?

    Dan sy sendiri... Tak nak meminta dan tak nak berhutang dgn sesiapa, kalau boleh dgn bank pun tak nak tapi terpaksa sbb saya tak mampu nak beli rumah dan kereta dgn tunai. Semoga Allah berikan rezeki yang membolehkan saya bayar bank cepat dari masa yg ditetapkan.

    ReplyDelete
  8. semalam dalam kelas, semasa ustaz nak bagi satu contoh.. ustaz mengggunakan contoh 'da-in' dan 'madin' yang brmaksud pghutang (penerima) dan pemiutang atau pengutip hutang (pemberi)..

    kemudian ustaz memilih beberapa orang secara rawak,dan bertanya kepada mereka, seorang-seorang...

    "kamu berhutang? dengan siapa dan berapa"
    (sy translitkan dari B.Arab ke B.Melayu)
    ada yang mnjawab.. hutang dgn ptptn.. hu..

    kemudian tiba-tiba tringat..
    ops.. saya ada hutang rm15 dkt kwn sy, dia tlong sy bei buku.. dan dia pun ada dlm kls yg sama dgn sy masa tu..

    apalgi.. cpt2 sy byr..

    kawan saya yang itu dan beberapa orang yang duduk berdekatan dgn dia ketawakan saya, sambil konon2 mmberitahu ustaz.. "ustaz, ni haa da-in dalam kls ni.."

    he.he...

    ReplyDelete
  9. @faridrashidi,
    Ya, saya percaya sbb pernah terkena. Tak disangka. Dari segi psikologi, menipu utk selamatkan diri.

    ReplyDelete
  10. @suara, kdg2 kita ikhlas nak menolong mereka dlm kesusahan tapi mereka pula yg buat perangai..ujian berat, mencari keredhoan itu..hmm..kita manusia biasa..

    @puteri, haha..jadi bahan bukti..Alhamdulillah, hutang dah dibayar on the spot..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...