Friday, January 30, 2009

Once upon a time

"Kuala Lumpur
senyumanmu di pagi ini
sungguh bererti
kerna cinta bersemi lagi
setelah kemarau panjang " - Alleycats


Berjalan-jalan di pagi hari bersama fzyfuzzy menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman ibarat walking back to history. Minda pantas menggambarkan kotaraya Kuala Lumpur pada kurun masehi ke-18. Deretan rumah-rumah kedai yang dibina sebelum perang dunia pertama menggambarkan betapa kukuhnya binaan bangunan yang berusia lebih 100 tahun.

Sebelum tahun 1884, rumah-rumah kedai di Kuala Lumpur dibina oleh pedagang-pedagang Cina dengan beratap nipah sebagai premis perniagaan mereka yang kebanyakannya berniaga untuk pelombong-pelombong bijih timah. Kejadian banjir dan kebakaran menyebabkan residen British untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federation of Malay States) iaitu Sir Frank Swettenham memerintahkan rumah-rumah kedai dibina menggunakan batu-bata dan beratap genting. Rekabentuk rumah kedai ini diadaptasi dari rekabentuk rumah kedai yang terdapat diselatan negeri China.

Sir Frank Swettenham

Ciri-ciri tipikal rekabentuk rumah kedai:
* dibina berderet dengan mempunyai lorong belakang (back lane)
* dindingnya terdiri daripada load-bearing wall
* 2-tkt bgn : tingkat bawah utk premis perniagaan & tingkat atas utk penginapan
* mempunyai lubang udara (air-well) untuk pencahayaan dan pengudaraan semulajadi
* mempunyai kaki lima di tingkat bawah (bahagian hadapan)
* bhg depan tkt satu mengunjur diatas kaki lima & berfungsi sebagai atap utk kaki lima
contoh rumah kedai pre-war
gambar dicuplik dari fzyfuzzy

Kuala Lumpur di zaman Jepun - wikipedia
Kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah penempatan terawal bagi orang Melayu, India Chettiar dan juga India Muslim yang mana dahulunya tinggal di Java Street (Jalan Tun Perak). Legasinya masih terdapat di jalan ini, Jalan Melayu dan Jalan Masjid India.

Jalan Melayu, off Jalan Tun Perak
Semoga sejarah ini tetap kekal untuk legasi generasi akan datang...
"Selamat Hari Wilayah"

Thursday, January 15, 2009

Suara Hati

Petikan ucapan wakil pelajar HAMAS, Sdr Omar...

Assalammualaikum, saya menyampaikan salam saudara seIslam di Semenanjung Gaza, tanah yang subur untuk para syuhada'.

Peperangan dengan Yahudi Laknatullah bukanlah perkara baru, ianya adalah pertembungan yang lama antara hak dan batil. Peperangan kali ini benar-benar menapis siapakah umat Islam yang benar-benar beriman dan menyokong perjuangan menentang musuh-musuh Islam.
Realiti umat Islam di bumi Palestin kini, ditindas oleh tentera-tentera Israel, dari darat, udara dan laut. Ketika pihak HAMAS memperjuangkan dua perkara iaitu:
1) menegakkan syiar Islam di Palestin;
2) mengambil balik hak mereka yang dirampas oleh Yahudi,
namun sikap dan pendirian pemimpin-pemimpin Arab adalah sangat mendukacitakan. Tekanan demi tekanan, serangan demi serangan daripada pihak zionis, namun pemimpin-pemimpin Arab masih berdiam diri.
Keadaan di Semenanjung Gaza adalah sangat melarat ketika ini, kami terputus makanan, air bersih, elektrik dan juga ubat-ubatan. Ditambah pula dengan musim sejuk melampau, bantuan masih belum tiba. Kami adalah umat yang tertindas dan ditindas, namun sunnah perjuangan Islam, mereka yang tertindas dan ditindas akan bangkit dengan jihad yang tinggi supaya dapat mati syahid.
Hikmah dari peperangan ini, mengejutkan sahabat-sahabat di Semenanjung Gaza berkumpul dan bersolat subuh berjemaah, ramainya seperti solat Jumaat. Kanak-kanak bercita-cita untuk mati syahid dan ulama'-ulama' sangat bekerja untuk perjuangan Islam. Kami yakin dan optimis dengan kemenangan untuk umat Islam. Kami ada Allah dan mereka, Yahudi Laknatullah itu tidak datang ke Gaza untuk menang tetapi mereka berkumpul untuk mati.
HAMAS akan menentang kamu, HAMAS, HAMAS - beruntunglah umat Islam di Gaza, pesta jihad menentang zionis.
Ketika pemimpin-pemimpin Arab enggan membantu Palestin, kami terperanjat dengan kebangkitan seluruh dunia mengecam keganasan Israel, baik orang Islam dan juga bukan Islam. Kami sangat memerlukan pertolongan anda - doa, harta benda, jiwa kerana keadaan di sana sangat daif. Rumah mereka hancur, tiada makanan sehingga terpaksa mencabut rumput-rumput dan direndam dalam air untuk dimakan. Semoga kalimah Allah "LailahaiLLah" tetap kekal di bumi Palestin.
Marilah sama-sama kita menghayati satu hadis Rasulullah s.a.w. "Bandingan orang-orang yang beriman itu seperti satu badan, jika sakit salah satu anggotanya, semuanya akan merasa sakit".
Sebutlah isu Palestin ini di mana-mana saja kamu berada, di pejabat, di rumah, di waktu siang, di waktu malam, semoga ianya terus hangat dan menjadi doa bagi kami di Palestin. Semoga kita sama-sama dapat bersolat di Semenanjung Gaza dan di Masjidil Al-Aqsa..Allahu Akbar..

Tuesday, January 13, 2009

Dengki



Perasaan dengki yang dibenarkan:

Pertama, ketika melihat orang berilmu dan gemar mengamalkan ilmunya, giat berdakwah dengan penuh keikhlasan, dan kita pun menginginkan untuk berbuat sedemikian.

Kedua, ketika melihat orang kaya yang sering membelanjakan hartanya di jalan Allah dan berbuat kebajikan, lantas kita menginginkan berbuat hal serupa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...