Monday 25 January 2010

Masuk hutan

Masuk hutan memang menyeronokkan terutama bagi 'city slickers' yang tinggal di hutan batu. Setiap kali, ada program motivasi di tepi-tepi hutan, aktiviti 'jungle trekking' ni memang dinanti-nanti. Merasa suasana hutan, auranya, baunya, heningnya, tersendiri. Misteri hutan.

Ramai yang berpesan pantang-larang masuk hutan sebab hutan adalah tempat tinggal jin, orang bunian. Oleh itu jangan buat sesuka hati :jangan tegur benda-benda pelik, jangan terlampau gembira sangat, jangan buang air kecil/besar sesuka hati.

Tetapi setiap kali masuk hutan, kadang-kadang takut juga. Takut pada 'species' yang menjalar seringkali terbayang di fikiran.

Doa di bawah ini adalah doa khusus yang ampuh untuk diamalkan sebagai amalan agar diri kita aman dan selamat dari segala ancaman+serangan haiwan liar dan berbisa. Sangat sesuai diamalkan ketika hendak masuk ke dalam hutan dan di mana-mana tempat sahaja pada sebarang waktu yang mana di kawasan tersebut membuatkan kita mudah terdedah kepada ancaman dan serangan pelbagai haiwan liar juga haiwan berbisa.

Sirahnya...Pada zaman Nabi ALLAH Nuh as, sewaktu bala banjir besar yang ALLAH SWT turunkan kepada umat Nabi Nuh as yang ingkar dan berpaling dari mentauhidkan ALLAH SWT, selain dari Para Pengikut Nabi Nuh as yang beriman, sekalian haiwan-haiwan liar dan berbisa yang wujud di muka bumi ALLAH SWT juga diselamatkan oleh Nabi Nuh as dengan cara Nabi Nuh as turut menempatkan ruang untuk sekalian haiwan-haiwan tersebut berlindung di dalam bahtera Nabi Nuh as itu.

Dan apabila bala banjir besar itu mulai surut setelah selama 40 hari pelayaran, kesemua haiwan-haiwan liar dan berbisa tersebut telah berbai'ah dan berjanji di hadapan Nabi Nuh as, bahawa "Kami bersumpah tidak akan mengganggu dan mengancam sesiapa sahaja yang mengucapkan Salam Dan Kesejahteraan buat dirimu, wahai Nabi ALLAH Nuh as.


"Bacaan Inti dari Surah As-Saffat (37), ayat 79"

Bismillaahhirrahmanirrahim..




Mafhum: [79]“Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam!”
Bersama-samalah kita mengamalkannya.


Jungle rules:'Leave nothing but footprints, take nothing but photographs'

4 comments:

  1. dulu zaman sekolah rendah dan menengah memang suka ikuti aktiviti jungle tracking termasuk zaman universiti..bila masuk alam pekerjaan tak memandang langsung walaupun tugasan kadang2 memerlukan masuk ke dalam hutan...

    Kini..bila usia semakin menginjak ke akhirnya...aktiviti jungle tracking mula didekati..tapi lebih kepada menggunakan 4 roda meredah hutan banat mencari saudara sesama ukhwah yang makin ditinggalkan...

    ReplyDelete
  2. Selain haiwan liar, sebenarnya memang jin mendiami kawasan hutan belantara.. Orang bunian? Itulah jin.

    ReplyDelete
  3. ayat yang pendek
    tapi punya sejarah yang panjang..
    Insya-Allah mudah2an dgn ptongan ayat itu tadi, kita terplihara dr haiwan2 brbisa..

    ameen

    ReplyDelete
  4. @fzy fuzzy,
    Aktiviti yang baik, mengeratkan silaturrahim sesama saudara seIslam.

    @Faridrashidi,
    Hutan yg penuh misteri.

    @puteri,
    Kena amalkan & bertawakkal kpd Allah SWT, Allah Al-Muhaimin As-Samad, sebaik-baik penjaga & tempat bergantung.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!