Monday, February 8, 2010

Godaan Berterusan

Rasulullah SAW telah menyoal iblis, sabdanya: "Wahai iblis, ketika umatku berdiri melakukan sembahyang, bagaimanakah hal engkau?."

Jawab iblis: "Masa itulah yang paling susah bagi aku, seluruh badan aku akan menggeletar dan lemah. Lalu aku menyuruh sekalian bala tentera aku yang terdiri dari syaitan supaya menggoda orang yang hendak sembahyang. Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan, setengah pada anggotanya supaya umatmu merasa malas."

"Setengahnya akan masuk ke dalam hati supaya umatmu merasa was-was serta terlupa akan rakaatnya dan akan bimbang terhadap pekerjaan dunia serta akan segera keluar dari sembahyang dan setengahnya akan masuk ke dalam mata lalu menjadikan hatinya tidak senang. Akan datang pula syaitan duduk di belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk di tahiyat dan di dalam hatinya berkehendakkan supaya sembahyang itu habis cepat."

"Dengan ini ia akan mengurangkan pahala sembahyang. Sekiranya sekalian syaitan itu tidak dapat menggoda maka akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu."

10 comments:

  1. moga2 kt dapt melakukan solat yg sempurna...dan Moga Allah terima segala ibadah

    ReplyDelete
  2. kenali syaitan

    http://puteri88.blogspot.com/2010/02/kenali-syaitan.html

    ReplyDelete
  3. Dari bermula penciptaan Adam a.s sehingga bumi terbelah, matahari berkecai dan gunung-ganang hancur menjadi debu syaitan tak pernah letih dari melakukan kerjanya.

    Kita pula perlu cari pertahanan sekuat mungkin.

    ReplyDelete
  4. @Fatahiyyah,
    Ya berusaha sekuat mungkin utk kusyuk dlm solat.

    @tunbegia,
    menginsafkan

    ReplyDelete
  5. @puteri,
    dah kenal, kena berhati-hati, kuatkan iman.

    @Faridrashidi,
    itulah janjinya, menggoda & menyesatkan anak Adam.

    ReplyDelete
  6. rmai yg ckp bnci syaitan
    tp rmai jgk ikt jjak lgkh syaitn

    ReplyDelete
  7. gdaan dr mnusia kpd mnusia pun hbt jgk.. hue...

    ReplyDelete
  8. @puteri,
    tak rela digoda..haha (gelak macam org jahat)..hehe..fitrah manusia sukakan keindahan, kesenangan, kemewahan sebab tu ramai yg ikut jejak langkah syaitan..

    ReplyDelete
  9. syg, syg..

    Ya Allah, golongkanlah kami dalam golongan orang2 yang sedikit. Ameen

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...