Wednesday 10 March 2010

Hayati Akhlak Mulia

Selak-selak buku-buku lama, ada banyak nota-nota yang terselit sana-sini. Sebelum melupuskan kertas-kertas tersebut untuk menjadikan bilik sedikit 'paperless', baiklah mengabdikan coretan-coretan tersebut di alam maya. Nak buang begitu saja, rasa sayang pula. Nak simpan, rasa malas. Semoga ada manfaat.

Umat yang berjaya adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri akhlak mulia. Umat yang sedemikian akan dapat membangunkan tamadun yang tinggi dan dihormati sebagaimana terbukti di zaman Rasulullah SAW. Masyarakat yang menghayati dan mengamalkan ciri-ciri akhlak mulia akan hidup dalam keadaan aman dan menikmati kestabilan politik, kemantapan ekonomi dan kesejahteraan social.

Ahmad Shauqi, seorang pujangga Arab pernah mencipta kata-kata bidalan, “kemuliaan bangsa bukanlah dari binaan-binaan yang indah, bila akhlak dan budi mereka rosak terdedah.”

Imam Al-Ghazali memberi takrif akhlak sebagai "suatu sifat yang tertanam dan sebati dalam jiwa seseorang yang melahirkan tingkah laku dengan mudah secara spontan, yakni tanpa berhajat kepada pemikiran. Jika yang lahir itu tingkah laku yang baik dan terpuji menurut akal, itulah akhlak yang mulia."

Menurut Islam, dasar akhlak itu hendaklah bersumberkan tiga perkara:
* Pengajaran dan teladan daripada kitab suci Al-Quran
* Pengajaran dan contoh teladan daripada Rasulullah SAW
* Segala perbuatan baik menurut pertimbangan akal fikiran yang sihat berdasarkan tempat, keadaan dan waktu serta tidak bercanggah dengan dasar-dasar agama.

Tujuan tertinggi agama dan akhlak ialah mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Agama Islam adalah sumber terpenting bagi akhlak Islam dan faktor terpenting yang mempengaruhi pertumbuhannya.

Konsep akhlak dalam Islam terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
* Akhlak terhadap Allah SWT
* Akhlak terhadap sesama manusia
* Akhlak terhadap makhluk selain daripada manusia

Manusia yang baik adalah individu yang berakhlak, bermoral serta beradab mulia. Ia dapat dilahirkan menerusi pendidikan Islam.

Sumber: JAKIM & YPEIM

8 comments:

  1. Walaupun ia kertas lama. Tapi kandungannya tetap baharu.

    ReplyDelete
  2. budi bahasa budaya kita..

    bio tak come muka
    jgan tak come peel.

    ReplyDelete
  3. sungguh insaf kannns,

    salamm,

    ReplyDelete
  4. @Pok Li,
    isi kandungannya tetap relevan sepanjang masa.

    @puteri,
    ya betul, budi yang baik dikenang juga.

    @tunbegia,
    semoga ada manfaat.

    @Faridrashidi,
    akak juga bersetuju dgn artikel ini sebab tu rasa rugi nak lupuskan begitu saja.

    ReplyDelete
  5. salam ziarah dari bumi badawi,artikel yang menarik..teruskan menulis...erm, marilah sama-sama membaca dan menyampaikan ilmu, semoga bermanfaat. http://www.faridrashidi.com

    ReplyDelete
  6. nampaknya kita sama2 suka mengumpul dan menyelitkan di mana-mana kata-kata yang bermotivasi dan membuat kita berfikir :-)

    ReplyDelete
  7. @faridrashidi,
    Syukran, cuma sibuk sikit kebelakangan ini.

    @eL,
    Ya, benar. Sebab tu buka satu lagi blog in English, nak tulis semula interesting artikel, quotes yg telah lama tersimpan tapi malas juga, hehe..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!