Friday, April 23, 2010

Ada apa dengan Iran?

Memang jarang buat entry tentang makanan.

Bukan apa, malas nak snap photo, sebab kalau ternampak orang ambik gambar makanan sebelum makan, hati mesti berkata-kata.."ni mesti blogger"...

Tapi semalam snap juga gambar my lunch @ MMU Cyberjaya. Ternampak gerai Iran ni, tiba-tiba rasa nak cuba makanan Iran, `gastronomical adventure' macam Anthony Bourdain..


Ramai juga pelajar2 Iran (I assumed) kat MMU ni, memang bertali arus datang ke kedai Iran ni. Yang jaga kedai pun orangnya juga, ada nasi, piza, sandwiches, kebab, yoghurt drink, lemon juice, roti, dll.

And this is my lunch, nasi beriani 2 rasa, 2 colours, nafsu-nafsi..



Apa namanya, teman pun tak tau. Tanya kat pekerja yang ceduk nasi, dia kata yang kuning tu nasi beriani, yang sebelah tu pun nasi beriani juga tapi ada sayur & daging, dia pun malas nak cakap kot, sebab saya ni orang Melayu, kalau cakap pun bukannya faham..

Nampak banyak..ni pun dah suruh buang separuh. Ada acar timun + tomato, ayam bakar & tomato bakar (overdone, depan OK, tengok belakang dah jadi Dayang Senandung)..
Tapi nasinya selembut sutera, begitu nyaman sekali..

Overall verdict..quite tasteless (tekak orang Melayu), kurang masinnya..cuma acarnya saja ada rasa masin sikit...tapi lemon juice nya tersangatlah sedapnya, sesuai diminum di hari panas...

Tengok dua orang mamat Iran yang handsome kat meja sebelah, makan nasi beriani sayur + daging tu saja (kosong), takde tambah apa-apa pun..yelah, dah makanan ruji mereka..



Yang ni kedai Mecca Corner namanya, jual makanan Arab & Yemen, yang menjual pun orang Arab juga..tadi dah try kebab ayam..wah terasa macam makan kebab kat Mekah..memang lain dari kebab yang dijual di pasar-pasar malam..habis pukul Melewar kebab..Kyros kebab..

Tapi yang dua ni tak terasa nak try pulak, walaupun HALAL..tak tergamak rasanya..

sumber & maklumat disini


Di Mecca Corner jual yang ni!




sumber & maklumat sini

Yang ni pula produk Iran..


Apa-apa pun lemon juice juga sedap. 100%. Belum try lagi yoghurt drink.

Maybe one fine day.

13 comments:

  1. perenggan ke2 tuu...
    memang pun akan terfikir mcm tuuu...

    lapar!!!!!!

    ReplyDelete
  2. err...tuh la kan..mmg tak terpikir nak minum walaupun halal..

    ReplyDelete
  3. ikan emas,
    kdg2 kelakar juga tengok..siap tengok kiri kanan lagi..

    Hanafana,
    entahlah, kenapa nak jg guna nama 'beer', sungguh sensitif..

    ReplyDelete
  4. Pernah ke Iran suatu ketika dulu, pernah jumpa minuman dlm botol camtu tapi tak berani nak cuba..:)

    ReplyDelete
  5. sungguh macam air arak, kannns

    salamm,

    ReplyDelete
  6. Abd Razak,
    Betul tu, tengok botol pun dah rasa cuak. Tak faham betul umat Islam ni, nak sangat tiru org kafir.


    tunbegia,
    salam, sungguh bagai dikata, botol & colour pun dah sama, cuma non-alcoholic, whatever..

    ReplyDelete
  7. depa ni tak terfikir ke bila orang menyalah guna. Dekat luar tulis non-alcoholic tapi isinyaa......pikir-pikir kan la.

    ReplyDelete
  8. Nak tergelak baca "ni mesti blogger". Saya ingat saya je yang terfikir macam tu. Ayat "terasa macam makan kebab kat Mekah" tu, tiba-tiba terasa macam tak sabar nak rasa.

    ReplyDelete
  9. fzy fuzzy,
    nak sgt tiru negara Barat, entah apa-apa..

    eL,
    Kebabnya memang sedap, tak yah guna mayonis pun, tapi nak gi Cyberjaya tu yg letihh..

    ReplyDelete
  10. Makanan arab sedap tapi tak ada ulam. He he

    ReplyDelete
  11. Corrupted Gang of 13,

    Kalau ada ulam, nak ada sambal belacan pulokk..hehe

    ReplyDelete
  12. Air apa tu? Berbuih semacam ja.

    ReplyDelete
  13. Faridrashidi,
    Beer tanpa alkohol..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...