Saturday, June 5, 2010

Recycle - Sekadar Peringatan

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling "Cuaca buruk je akhir2 ni ye.. "

Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!


Bukankah bebelan2 tu lebih baik digantikan dengan doa:
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).Hakikatnya, hujan itu rahmat.


"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang
mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)


Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
4. Ingat kepada mati


Ini sikit je senarai kebaikannya. Ada byk lagi. Cuma terfikir, kenapa orang selalu bad mood bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Mcm biasa dengar
ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best.
Kesian hujan.


Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah
pesan, bila hujan turun, doa mustajab.Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia2
di saat pintu2 langit sedang terbuka?


"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah" (al-Qamar : 11)


Maka, BERDOALAH.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf (dan ilmu2 fardhu Ain lain pun ada jugak) mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Tak payah kita tentukan, tak perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, kenapa perlu hujan, dan banyak mana/lama mana nak diturunkan hujan.

Contoh, bila kita makan buah epal hijau, masam.. pastu kita kata "Eii, masamnya buah ni!" kita kritik sapa tu? Kalau kita tak suka epal masam tu, lain kali beli epal merah. kalau dpt yg tak elok jugak, agaknya kita yg tak elok, sbb tu yg tak elok tak elok mai kat kita (leh terima
ke?).


Ini kena ngaji bab redha, sehingga kita sanggup terima apa saja, sebab yakin itu semua dari Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu, bahawa
Allah turunkan hujan lebat kat kita sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air tu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah SWT.


"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya."
(al-Hijr : 22)


Semoga ada iktibar utk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

source: e-mail

17 comments:

  1. Salam...

    SALAH satu sifat Tuhan apa yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia
    Sama ada yang kecil mahupun yang besar Yang halus mahupun yang kasar
    Sama ada mengikut pandangan manusia
    jijik atau menakutkan Semuanya berlaku dengan hikmah

    ReplyDelete
  2. Allah Maha Pencipta dan ciptaanNya penuh dengan kesempurnaan..

    ReplyDelete
  3. Memang sungguh benar, hujan itu rahmat Allah tapi kita selalu lari dari hujan. Kita mengelak dari kena hujan. Teringat mandi hujan masa kecik. Dah tua2 ni mandi jugak tapi masa bersihkan balkoni bahagian atas rumah hehehe

    ReplyDelete
  4. eL, bila hujan mesti le lari..kalau x, jadi mcm Brooke Shields, melekat & melekap...nanti ada pulak yg nyanyi.."I saw you walking in the rainnnn..."

    ReplyDelete
  5. teringat pula satu jenaka:

    "buat apa nak takut hujan..hujan ini air je pun.."

    wah..bagaimana agaknya kalau hujan itu bukan air??

    ReplyDelete
  6. Komen mcm tu selalunya kes2 terdesak..terpaksa redah hujan..hehe..

    Kalau hujan tu mcm salji, boleh bersukaria..buat snowman, main snowballs...

    ReplyDelete
  7. bila ikut kem...
    hujan...
    yey! alhmdulillah..
    xyah wat snaman
    n xyah jggle tracking

    he.he,he

    ReplyDelete
  8. puteri, yg x best habis brg2 dlm khemah basah..huhu..tinggal sehelai sepinggang..

    ReplyDelete
  9. membasah dalam hujan xper ghiteww.. uhuhu

    ReplyDelete
  10. Bertemu kembali..

    Mana bolehh..en_me..

    ReplyDelete
  11. alamak.. kem xduk dlm khemah.. duk dlm chalet or hstel.. he.he.he

    ReplyDelete
  12. seronok le pergi kem mcm tu..mcm gi bercuti..

    ReplyDelete
  13. "Hujan pun turunkan bagaikan mutiara" Mungkin lirik lagu Sudirman tu tak menyifatkan itu buruk.

    ReplyDelete
  14. Pok Li,
    Indah sungguh liriknya..mutiara itu sgt berharga..

    ReplyDelete
  15. uihh

    lamo beno eden takleh nak masuk blog niiii

    ReplyDelete
  16. Blog ni pun dah lama x diupdate, tuan punya blog tgh busy tahap gaban..

    ReplyDelete
  17. aiyoo...
    xpe2.. nnt free2 update la :)

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...