Wednesday, May 12, 2010

Yang Mencuri Masaku

Baru awal tahun ni, saya post this entry..

Baru lima bulan, dah mungkir janji.

Setiap hari, ada je yang SMS, bila lagi? bila lagi? Yang paling tak tahan, "dok KL pun, takde fb. Aku dok kampung pun ada. Apalah kau ni kolot sangat?" Kolot sangat ke takde fb ni?

Akhirnya buka juga satu akaun dengan niat menyambung silaturrahim. Jejak kasih kawan-kawan lama.

Yang paling bosan dengan fb ni, ada je kawan-kawan yg upload gambar-gambar zaman sekolah ketika masih lagi 'free hair'. Masa sekolah menengah pulak tu. Memang le nostalgia, tapi bab ni paling teman tak suka.

Fb ni ada magisnya tersendiri. Tapi yang paling nak dielakkan seperti artikel ini 'Facebook and Old Flames: A Dangerous Mix'. Boleh baca disini.

Hopefully, tak ada kawan-kawan lama yang ahli MLM, ejen insuran, jual unit trusts ke dan yang sewaktu dengannya, susah juga nak bersilat, tepis-menepis di alam maya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...