Friday, December 23, 2011

Enchanting Bali

Kami meninggalkan kawasan Ubud dan bergerak ke kawasan bandar iaitu Kuta melalui highway di tepi pantai. Ada highway rupanya. Kami ke Krishna Mall untuk shopping souvenirs dari Bali. Tempat yang complete untuk shopping souvenir, bilang pemandu pelancong kami. Apalagi, shopping spree..fridge magnets, keychain, yang pertama dicari sebagai souvenirs untuk sahabat handai.

Ada kemudahan musolla, Krabat Kramat sempat solat berjemaah dengan tourists (suami-isteri) dari Indonesia. Suaminya jadi imam. Musolla cuma satu sahaja, tiada tempat khas untuk wanita, tiada penghadang pula. Kami kiranya bernasib baik kerana tidak ramai yang solat lagi ketika itu. Sebaik sahaja melangkah keluar untuk sambung shopping semula, segerombolan pelancong Indonesia mula
masuk ke surau untuk solat. Alhamdulillah.

Pukul 2.00 petang, kami dibawa ke sebuah warong murah di Kuta untuk makan tengahari. Warong yang menyajikan masakan tanpa MSG, kegemaran pelancong-pelancong asing. Majoriti yang makan di kedai ini ketika kami sampai ialah mat saleh, tapi takdelah murah sangat..Masakan OK, macam di rumah sebab takde MSG. Dapatlah merasa nasi beras Bali yang ditanam di lereng-lereng bukit, macam beras pulut hitam. Tasteless but good for your health..


Minuman - coke & teh botol



Harga RM6.50 - RM7.00 untuk makanan sahaja ye..

Aktiviti seterusnya ke Uluwatu. Perjalanan ke Uluwatu yang terletak di selatan pulau Bali agak perlahan sedikit kerana trafik yang banyak, macet teruk juga. Nak masuk kawasan temple Uluwatu, dinasihatkan tidak membawa handbag, cuma bawa kamera sahaja kerana banyak monyet-monyet berkeliaran. Monyet-monyet ini pintar mencuri barang-barang.


Monyet-monyet sedang bersantai

Tiada apa yang menarik di sini cuma kawasannya yang tinggi mengadap laut
menghidangkan pemandangan yang indah. Disini terkenal dengan pertunjukan Tarian Kecak tetapi memandangkan kami sudah menyaksikannya semalam di Batubulan, kami terus bergerak ke Jimbaran Bay untuk melihat ‘sunset’.




Didalam perjalanan, kami singgah di Blue Point, tempat yang terkenal untuk ‘surfing’. Tidak langsung ke pantainya kerana sudah tidak larat untuk turun naik tangga yang memang curam. Nampak juga Padang-Padang Beach, salah satu lokasi filem Eat Pray Love. Terus bergerak ke Jimbaran Bay dan sempat menikmati sunset di tepi pantai dan seafood untuk dinner.



Sunset di remang-remang senja



Seafood spray

Akhirnya, aktiviti membeli-belah di Pekan Kuta ketika malam mula menjelang. Bermula di Hard Rock Café di akhiri di Matahari Mall. Seperti biasa membeli-belah souvenirs untuk diri-sendiri dan juga saudara-mara dan sahabat-handai.


Suasana malam di Pekan Kuta


Lebihkurang pukul 10.00 malam, kami ‘check-in’ di Hotel Grand Shanti di Denpasar. Hotelnya ada dua bangunan berasingan. Kami bernasib baik kerana bangunan yang didiami ada kemudahan lif berbanding dengan bangunan yang satu lagi, di seberang jalan. Cuma ada tangga, ya ampun.


The Grand Shanti Hotel

Keesokan pagi, seperti biasa, aktiviti 'morning walk' selepas breakfast. Denpasar, ibu negeri Bali, mula sibuk di pagi hari dengan deruan motosikal dan skuter. Rupa-rupanya the Grand Santhi ini terletak di kawasan komersil dengan beberapa bank-bank utama dan shopping mall. Ada Matahari Mall, Denpasar Junction (kembar Maju Junction).



Morning walk di Denpasar




Denpasar Junction

Selepas ‘check-out’ dan sebelum berangkat ke airport, kami dibawa untuk ‘city tour’ di dalam MPV sahaja. Banyak juga tempat menarik disini, ada masjid di tengah-tengah pusat bandar. Hmmm..nampak gayanya kena datang lagi..InsyaAllah.

* credit to Krabat Kramat and Syed Nahar for some of the photos, taken with DSLR..

15 comments:

eL said...

Mana keychain dan fridge magnet saya?

nohas said...

Haha..ada lagi, nanti one fine day I will give you, InsyaAllah. Simpan especially for you.

fzy fuzzy said...

ingat minggu depan nak ke Bali balik!!! Ada satu job. Berangan nak ke Tanah Lot..
Sekali tak jadi sbb client kena p europe 3 bulan...
alahai! melepas.....
tp, insyallah..hujung bulan ni ke semporna...island hoping (5 pulau)..

nohas said...

Wah..bestnya, kerja sampai ke Bali..

Pegi Semporna pun best juga, enjoy yourself..

atulasca said...

bestnya dapat kenal tempat orang....:)

Pok Li said...

selamat melancong dan selamat kembali

puteri said...

suka tgk gamabr222

nohas said...

atulasca, Pok Li & puteri,

Inilah first time pergi ke Indonesia, Alhamdulillah, company sponsor..

puteri said...

heheee best3

puteri said...

lagi gambar lainnnn

k. nohas, ceritalah lagi....!

LadyBird said...

gambar monyet tu lady suka..

nohas said...

puteri,
nantilah, kena tunggu dtg idea nk tulis apa, nmpaknya semua dah tulis..


LadyBird,
Thanks for visiting. Monyet2 yg sdg menunggu mangsa..

puteri said...

tgok iklan jalan2 cari makan..

tringat gmbr2 k.nohas..

hehehe

Azian Elias said...

Salam kenal..

Bali ni is like my kampung. I have been here almost 7 times. SUka dan suka lagi utk pegi..Esp Ubud..

nohas said...

To Azian,

Memang x puas pergi Bali, berhantu sbb byk pura kot..panggilan pulau..

Agreed with you, Ubud memang best, belum smpat jalan2 di pekannya mcm Julia Roberts..