Thursday 22 December 2011

Exotic Escapades II

Selesai menjamu mata di galeri lukisan, kami bertolak ke daerah Kintamani untuk makan tengahari di pergunungan. Pemandu pelancong kami lebih gemar menyusuri jalan-jalan kampung, lantas kami dihidangkan dengan panorama kampung-kampung tradisi Bali beserta teres-teres sawah padi. Kelihatan deretan bebek-bebek (itik) di batas sawah di tepian kali.



Perjalanan kami terhenti seketika kerana ada upacara keagamaan di sebatang jalan di sebuah kampung. Tidak melepaskan peluang, kami turun mengambil gambar.
Gaya pelancong asing, haha.. Di Bali, agak sukar membedakan kerana rupa, warna kulit, tuturkata serupa tapi agamanya berbeza. Deep in my heart, berdoa agar mereka ini mendapat hidayah dari Allah.

Di Bali, baju kebaya lace dengan selendang yang diikat dipinggang adalah pakaian rasmi untuk upacara keagamaan dan juga untuk ke temple. Pemandangan biasa setiap tengah bulan kerana mereka meraikan upacara Kajeng Kliwon.

Perjalanan ke gunung diteruskan. Dikiri kanan jalanraya terdapat banyak kebun buah-buahan sempena mengambil berkat kesuburan tanah disekitar gunung berapi. Semakin menghampiri kawasan pergunungan, suasana sejuk dan nyaman kian terasa. Kelihatan Gunung Batur tersergam dengan Tasik Batur dibawahnya, diapit Gunung Agung.


Selesai menjamu selera, kami singgah di sebuah agrowisata (agro-tourism) dalam perjalanan ke Tegalalang. Disini ada tanaman-tanaman herba, pokok-pokok kopi termasuk kopi luwak yang terkenal itu. Musang-musang yang menghasilkan kopi luwak sedang nyenyak tidur. Maklumlah, malam baru beraksi. Disini kami dijamu dengan beberapa jenis minuman kopi, teh dan koko. Sebagai balasan, beberapa peket kopi dan teh dibawa pulang (hmm..kena belilah sebab dah minum percuma sampai habis..)
Perjalanan ke Tegalalang juga melalui jalan-jalan kampung. Beberapa banglo-banglo mewah milik warga asing kelihatan gah di tepi-tepi sawah padi. Tujuan kami ke Tegalalang adalah untuk melihat sawah padi berteres-teres seperti dalam buku Geografi masa belajar dulu.



Selesai bergambar, kami bergegas untuk berjalan-jalan di pekan Ubud dan melawat Puri Saren Agung, tempat penginapan keluarga diraja. Tidak lama disini, kami bergegas ke Sahadewa di Batubulan untuk tidak terlepas menyaksikan Tarian Kecak, aktiviti terakhir untuk hari pertama pelancongan.

Pekan Ubud di waktu senja


Tarian Kecak yang dramatik

Aktiviti untuk hari kedua bermula lambat sikit kerana kami kena ‘check-out’ dari Sri Ratih Cottages untuk ke hotel lain pula. Selepas solat Subuh, saya dan Krabat Kramat berpeluang untuk morning walk, menyusuri Jalan Penestanan sambil snap gambar-gambar menarik. Sangat laid-back..

Jalan Penestanan

Selepas mengucapkan ‘good-bye’ kepada Sri Ratih Cottages, kami menuju ke UNESCO World Heritage site iaitu Goa Gajah. Kawasan ini menempatkan runtuhan temple Hindu & Buddha. Disini kami mendapat khidmat 'inhouse tour guide' yang membawa kami melawati keseluruhan kawasan, habis turun bukit, naik bukit, macam exercise pagi. Berpeluh-peluh..sampaikan ada yang tercabut tapak kasut..hehe..kemudian beli selipar Bali..wohaa..


Tamatlah sudah pelancongan kami di kawasan tengah dan timur Bali, bersambung..

2 comments:

  1. ada penginapan khas utk raja juga ya ... membayangkan view sepanjang jalan yg indah di bali ... ada pulak nama luak sedang nyenyak tidur ... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiranya mcm istana hinggap le kot..hmm..jln2 di kpg tepi sawah padi, view cantik..

      musang yg tgh tido nyenyak tu..ke luwak tu musang..entahlah, tapi kopi tu dipanggil kopi luwak..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!