Saturday, May 12, 2012

Restart-revamp-rebrand..

Apa yang nak direstart? revamp? rebrand ni?  Blogs and blogging..baru nak memotivasikan diri untuk aktif semula...semoga dapat istiqomah..

Mula-mula sibuk nak berblog pada Julai 2008..berjanji sama Kerabat Keramat, nak buat blog. Memang bersemangat masa tu, blog is like a baby, setiap hari kena belai, tukar layout lah, tukar template le, insert tu, insert ni..godek sana, godek sini...berjam-jam cari template yang best-best di internet..install adverts..nuffnang le, google le...kongsi-kongsi ilmu macamana nak letak link, nak upload photo, video, animasi..satu proses pembelajaran untuk celik IT..

Kerabat Keramat laju (baca: banyak idea), entry dah banyak, saya belum pun mencapai angka 100...kura-kura dengan arnab...Dari belasan entry (2008) naik ke puluhan (2009), kemudian merudum ke belasan balik di tahun 2010, tahun 2011 paling kurang, less than 10...the rate of diminishing return..

Nawaitu untuk berblog ni sebenarnya untuk mencari tabung akhirat dengan menulis apa-apa sahaja tentang ilmu yang menjurus kearah itu, mengambil peringatan dari perkara kedua dari hadis Rasulullah SAW berikut:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi  faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati. (ehsan dari blog tazkirah)

Tapi nampaknya telah tersasar jauh, walaupun ada sikit-sikit menyelitkan entry-entry seperti ini - tapi sebenarnya lebih banyak menulis hal-hal keduniaan, maklumlah, ilmu sedikit didada tapi kalau nak, boleh berusaha, hendak seribu daya..

Walau apapun genre penulisan, sematkan etika dalam menulis and juga memberi komen:

1) Jangan menghina/mencaci/berkata-kata kesat
2) Jangan menyebarkan fitnah..selidik dahulu informasi yang diterima.
3) Jangan mendedahkan aib orang lain
4) Menghormati tuan rumah (blog) - jangan buat macam blog komuniti, blog sendiri  

Alam cyber ini adalah dunia tanpa sempadan.  Sesiapa pun boleh masuk, blogwalking dan berselindung di sebalik kuncikata 'anonymous'. Kata-kata tanpa suara ni kadang-kadang lebih merbahaya..kadang-kadang mengundang salah tanggapan orang lain, peringatan untuk diri sendiri. Yang baik dari Allah SWT, segala kelemahan dari diri saya sendiri.  Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Wallahua'lam.

- saya suka blogwalking -

10 comments:

  1. INSYALLAHHH.. all the genres tu antara yang i titik beratkan dalam my blog.. Just about myself, my frens, my travel, family and food..

    sharing is ccaring kann..

    ReplyDelete
  2. Ya, benar..sharing is caring. Berkongsi pengalaman, pengembaraan, kisah hidup, kdg2 boleh memberi inspirasi, informasi, contoh tauladan kepada org lain. Keep up a good work

    ReplyDelete
  3. segalanya bermula dengan nawaitu awal kita kan...inshaAllah, banyak benda yang kita nampak keduniaan dapat jadi ibadah (dapat pahala) dengan betulnya niat kita dalam melakukannya...semuanya dilandaskan keranaNyA...:)

    p/s~sy pun sama, sdg istiqamahkan diri menulis semula...moga segalanya dimudahkan dan diberkatiNyA...AMIN

    ReplyDelete
  4. urm...
    Selamat berBLOG!

    hehehe..

    macam wish untuk newbie je kan?
    :D

    kite pun lame jugak dah ni tak belai2 baby kite. hoho!

    ReplyDelete
  5. a.t.u.l.a.s.c.a

    Semoga kita sentiasa dilorongkan menulis untuk mencari redhaNya..

    Semoga terus istiqamah menulis..biar lambat asal ada..entry..

    ReplyDelete
  6. puteri,

    Selamat berBLOG semula untuk kita...buat comeback (mcm artis le pulak)..

    ReplyDelete
  7. hehehehehe..terkenang kisah lama nampak???..
    selamat berblogging kembali
    saya pun mcm malas2 gak.

    ReplyDelete
  8. fzy fuzzy,

    Terkonang masa mula2 buat blog dulu..kecohh, excited habis..lama2 dah boring..warm2 chicken shit shj, baru nak ambik mood balik..

    ReplyDelete
  9. blog pun adik tolong buatkan harap sendiri xnye reti maklum dh lama ketinggalan waktu mujur tau juga nk mengisinya dgn bantai klik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul tu, kdg2 kena bantai2 klik, baru dapat belajar..kalau silap boleh delete/undo..OK kak, teruskan menulis..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...