Tuesday, June 19, 2012

Ke Ranah Minang - Day 1

Assalamu'alaikum, bersuo kembali...

Empat hari den berwisata ke Ranah Minang, Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Percutian kali ini telah lama dirancang, semenjak September 2011.  Perkara biasa bagi mereka yang merebut tiket-tiket murah Air Asia.

Lebih kurang 9 bulan menunggu, tepat pukul 7.50 pagi Khamis 14 June 2012, flight AK 1371 terbang meninggalkan bumi Malaya menuju ke Bandara Minangkabau di Padang, Indonesia. 45 minit di udara, udah sampai di tanah seberang. Jam di Padang baru pukul 7.45 pagi, kerana mereka lewat satu jam dari Malaysia.

Pak supir-cum-tourist guide kami, Pak Suhendra sudah sedia menunggu di airport dengan Kijangnya. Kami langsung ke Bukit Tinggi, jalanrayanya bukanlah highway, cuma selorong sahaja.  Kalau ada lori, terpaksalah berdikit-dikit, bumper to bumper..layan pemandangan yang menarik..Lembah Anai.

Singgah di Air Terjun Lembah Anai di tepi jalan, kena bayar 3,000 rupiah untuk pergi ke kawasan air terjun ini secara legal.  Ada juga yang parking illegally tepi jalan, panjat pagar tapi kena jerit dengan penjaga parking.  Ikut ajerlah..

Air terjun Lembah Anai
Sampai di Bukit Tinggi, nak check-in hotel, masih awal lagi.  Langsung keTaman Panorama, berdekatan bandar Bukit Tinggi. Kena bayar 3,000 rupiah juga. 

 
Rujukan para wisatan di Taman Panorama
Taman ni biasa sahaja tapi boleh tengok view Ngarai Sianok.  Ngarai Sianok ni ibarat Grand Canyon Sumatra, kesan dari gempa bumi. 

Ngarai Sianok -gambar ehsan Wikipedia












Kemudian ke Lobang Jepang dekat Taman Panorama juga. Nak masuk ke kubu Lobang Jepang ni, kena bayar 5,000 rupiah lagi.

Lobang Jepang

Pintu masuk
Menuju 40m ke bawah tanah
Guide sedang bercerita mengenai Lobang Jepang


































Kami masuk ke kubu pertahanan dibina oleh tentera Jepun pada masa Perang Dunia ke-2. Awal-awal lagi guide diatas ni beritahu bayaran untuk servis dia RM7.00 seorang. Minta dalam Ringgit Malaysia lagi. Takde yang free di Indonesia ni..

Selesai meneroka terowong bawah tanah sambil mendengar kisah dari mamat ni, perut dah berkeroncong. Apalagi, santap the authentic nasi padang di Padang.  Kami singgah di Rumah Makan Simpang RayaKemudian baru check-in di Gallery Hotel.

Gallery Hotel
Selepas berehat dan solat, kami dijemput oleh pak supir untuk aktiviti seterusnya - pre-shopping di Pasar Atas. Ingatkan nak tengok-tengok, survey-survey barang-barang dulu, hmm..ahli-ahli rombongan terus sambar telekung dan baju sulam di kedai isteri pak supir.  Damage done - more than 1juta rupiah..menjana ekonomi saudara muslim..

Pasar Atas
Pasar Wisata
Orang mudo menjual cincin



Aktiviti malam dimulai dengan singgah di spa - House of Beauty untuk sesi urut badan.  Kemudian menjamu selera di Al-Kafi roadside cafe - order mee goreng ayam dan jus alpukat. Terbaik..

Jam Gadang
Jam Gadang - sungguh meriah di waktu malam, ibarat pusat aktiviti di Bukit Tinggi - macam-macam jualan ada...

bersambung

12 comments:

  1. Salam...

    Terpikat hati ni nak pergi juga..:)

    ReplyDelete
  2. Semua cari wang untuk hidup. Ada yang sanggup mati jugak kerana wang.

    ReplyDelete
  3. ..bestnya dapat melancong gitu...hilang stress bekerja :))

    ReplyDelete
  4. Sdr Abd Razak,

    Tak banyak belanja kalau pegi 4-5 org, semua boleh share, bilik hotel, sewa van, supir, dll.

    Kalau pegi ikut tour, lagi mahal..

    ReplyDelete
  5. Pok Li,

    Lain padang, lain belalang. Ikut shj tapi membebel jg, nak tengok alam semulajadi pun kena byr.

    ReplyDelete
  6. sis intan,

    masa melancong, hilang stress, tapi balik M'sia, stress balik..duit surut, kerja byk..

    ReplyDelete
  7. piko pink,

    lepas exam, boleh pegi..

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah, Rina..syok borong telekung, boleh buat bisness..

    ReplyDelete
  9. salam tuan admin, blh tak tlg emelkan no. tel pak supir tu ke programmercokia@gmail.com.. hrp dpt membantu saya n family utk ke sana next year. syukran..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...