Friday, June 22, 2012

Ke Ranah Minang - Finale

Pukul 4.40 pagi, kedengaran azan subuh bersahut-sahutan di sekitar Bukit Tinggi. Memang terdapat banyak masjid dan musolla di sini. Tepat pukul 7.00 pagi, restoran dibuka untuk sarapan pagi. Food, OK dan nasi gorengnya sangat sedap. Begitu juga dengan soto nasinya. 

Nasi goreng yang lazat + keropok udang

Selesai bersarap, sementara menunggu pak supir, sempat lagi membeli-belah di pintu pagar hotel.  Ada peniaga-peniaga datang membawa telekung, baju, jubah dan macam-macam jualan. Lakulah lima pasang telekung, tak sempat nak simpan dalam bilik hotel, pak supir sudah datang, langsung terus bawa naik Kijang. 

Tempat wisata yang pertama ditujui ialah Istana Pagaruyung. Surprisingly, tiada bayaran masuk dikenakan, cuma sesiapa yang sukarela nak bagi donation, ada disediakan bekas di bawah kemah biru. *tersilap statement - ada juga yang free* malu terus tutup muka - pakai topeng..hehe..
Di pintu masuk
Istana Pagaruyung







Malangnya tidak dapat masuk ke istana ini kerana kerja-kerja baikpulih sedang dijalankan kerana beberapa bahagian telah terbakar dipanah petir.  Cuma snap-snap di luar bangunan sahaja, looking very majestic and scenic..

Dari jauh, seorang makcik berdiri di tengah-tengah panas pagi, menjual seberkas buah ciku dan keropok pijik berlado (keropok singkong - ubi kayu).  Auntie F membeli buah ciku 10,000 rupiah satu bekas, ada 15 biji. Murah, katanya berbanding dengan di KL.

Makcik menjual buah ciku dan keropok pijik (singkong berlada)





Diluar pintu pagar, ada makcik menjual buah ciku juga, kali ini boleh pilih, buah besar-besar dan tidak terlalu masak, 15,000 rupiah untuk 10 biji. Teman pun tergoda juga melihat buah2 ciku itu, beli juga beserta dengan keropok pijik berlado dan yang belum goreng.  Nak buat buahtangan, bawa balik Malaysia.  

Perjalanan diteruskan ke Danau Singkarak. Luasnya tasik ini, popular dengan ikan bilih.

Ini kedai-kedai menjual ikan-ikan salai, ikan kering dari Danau Singkarak

Danau Singkarak - luasnya
Tiada apa disini cuma menikmati angin sepoi-sepoi bahasa Minang ditepian tasik dan melihat beberapa anak muda mengail ikan di tasik. Perjalanan diteruskan ke Rumah Gadang - Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau di Pasir Panjang. *masuk adalah percuma - donation sahaja*

Pak supir meninggalkan kami disini untuk pergi bersolat Jumaat. Puas juga meneroka Rumah Gadang, mendengar penjelasan mengenai Rumah Gadang dan adat-adat Minangkabau.  Banyak gambar-gambar dan buku-buku lama tapi sebab takde mood nak baca, masa yang selebihnya sementara menunggu pak supir datang, dihabiskan dengan bersembang. Perut pun dah berkeroncong, sabar jelah..

Rumah Gadang
Pak supir datang terus ke Rumah Makan Pak Datuk - makan nasi padang lagi.  Setiap resto nasi padang, mesti ada dijual keropok kulit sapi dan keropok singkong atau keropok udang.
Perjalanan diteruskan ke Pandai Sikek untuk melihat hasil tenunan songket. Tenunan secara tradisional.  15 hari baru siap satu kain. Tapi bukan hasil tenunan yang dibeli, yang dibeli ialah sagun bakar, yang ada dijual di showroom.  Sagun bakar ni, serius sedap..borong sampai tiga peket, baru 10,000 rupiah. Teringat kawan-kawan kat office..

Showroom hasil tenunan
Sementara menunggu ahli rombongan yang lain melihat-lihat telekung Japanese Cotton yang sangat gorgeous, kami bertiga ke kedai kecil tak jauh dari showroom.  Sebab masa on the way ke showroom, ternampak ada buah limau dan buah salak dalam bakul atas meja. Kedai kampung, rasa macam dalam drama sinetron pulak..

Auntie F terus beli beberapa biji buah salak dan buah limau, sebab tekak rasa semacam makan nasi padang. Teman beli air Pocari Sweat (mcm 100 plus juga) dan sister beli kuih putu beras pulut hitam..sangat sedap.  Aktiviti sampingan..

Perjalanan diteruskan ke Puncak Lawang, lebihkurang 1,200 meter dari paras laut.  Dari Puncak Lawang, boleh nampak view Danau Maninjau di bawah sana. Beberapa paragliders sedang testing parachutes. Kabus tebal (err..jerebu sebenarnya).

Paragliders sedang testing peralatan mereka
Danau Maninjau diselaputi jerebu
Ada seorang lelaki, ketua kumpulan/trainer paragliders ni datang membetulkan penanda angin semasa kami tengah lepak-lepak atas rumput, menunggu mereka terbangBersembang sekejap, rupa-rupanya dia pernah tinggal di Jalan Raja Alang, Kampung Baru. Tanya bila nak start terbang, sebentar lagi, sebentar lagi...sampai kesudah tak terbang-terbang juga, keciwa..menunggu punya le lama..

On the way back, singgah membeli kerepek di Pusat Ole-Ole..macam-macam kerepek ada, kerepek jengkol (jering), kerepek belinjo, kerepek ubi jaga ungu, pisang salai bersalut tepung..rambang mata.  Kerepek-kerepek ini adalah hasil industri kampung masing-masing..

Tamatlah wisata di Bukit Tinggi, cuma Keluk 44 yang tak pergi. Malamnya dinner di roadside cafe, Tenda Sanjaya, yang penting makanannya enak...
Tenda Sanjaya - roadside cafe yang sedap
Hari ke-3, free and easy - khas untuk shopping di Pasar Atas dan Pasar Bawah - tiba-tiba 'blackout' di Pasar Atas, tak berganjak juga - beberapa telekung, langsir, baju sulam, T-shirts, tudung, key-chains..selamat. Ada yang naik kereta kuda pusing keliling kota - bayarannya 50,000 rupiah..

Tengahari balik hotel - tidur kepenatan (rest), kemudian sambung malamnya pulak..mencari lagi fridge magnet, keychain, T-shirts. Seperti biasa di kawasan Jam Gadang, suasana begitu meriah di malam minggu tambahan pula cuti sekolah sudah bermula di Indonesia.

Jam Gadang dan kereta kuda
The 4-star hotel - The Hills
Keesokan harinya pukul 5.30 pagi, sudah check-out dan menuju ke airport untuk flight ke KL pukul 8.30 pagi waktu tempatan.

11 comments:

  1. seronoknya jenjalan...cuma x paham part yg tersilap statement lalu malu tutup muka dgn topeng?

    ReplyDelete
  2. Rina,

    Dalam first entry Bkt Tinggi, akak ada tulis 'tempat pelancongan di Indonesia semuanya kena byr, takde yg free' rupa2nya ada jg yg masuk free, tersilap statement..

    ReplyDelete
  3. bestnye dpt jln2 dgn selesa.. salah satu bagunan yg ade kt dlm gambar tu mcm istana lama jerk.. cantik..

    ReplyDelete
  4. syoknya dapat jalan2 d negara org....huhu....emm,brapa ya tambang?

    ReplyDelete
  5. LadyBird,

    Bkt Tinggi memang selesa sbb suhu yg sejuk..ya, itu memang istana lama, tapi bukan yang asal sbb dah terbakar..itu yg dibina semula..

    ReplyDelete
  6. a.t.u.l.a.s.c.a,

    ya, seronok melihat masyarakat Islam disana..tambangnya, RM200++, kalau ada offer AA lagi murah kot..

    ReplyDelete
  7. Unik betoi bumbung istana tu yek...teringin nak p la...

    ReplyDelete
  8. Si Matatajam,

    Ya, memang unik, Minangkabau style. P la, tak mahal sgt..

    ReplyDelete
  9. betul lah jauh perjalanan luas pemandangan...cantik dan uniknya senibina mereka

    ReplyDelete
  10. Kamsiah,

    melihat kehidupan umat Islam di Bkt Tinggi..senibina Minangkabau yg unik.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...