Monday, June 11, 2012

Voile, voila!!

Assalamu'alaikum, salam ceria di malam Isnin..

Puan-puan, saudari-saudari, kakak-kakak, adik-adik..masih ingat lagi tudung bawal? Yang popular zaman dulu-dulu, bawal kelas pertama, kelas kedua. 

Dah takde koleksi tudung bawal dalam almari?? Dah bagi pada orang? Dah jual lelong? Seringgit satu? Macam adik saya jual tudung bawalnya seringgit satu..

Semenjak revolusi tudung awning yang easy-peasy lagi anggun (pakai sarung je di kepala), melanda Malaysia, tudung bawal semakin terpinggir. Leceh..nak kena gosok, susah nak pakai..

Tapi masih ada yang setia..tudung bawal eksklusif..takde sulam-sulam dah macam dulu..Tudung bawal jenama AidiJuma oleh Datin Norjuma..
































Pagi tadi, pertama kali ke KL Festival City, shopping complex di Danau Kota, Setapak untuk mencari tudung bawal AidiJuma sempena sambutan majalah Intrend ke-7.

Pergi pagi-pagi, lepas tu rambang mata masa nak parking kereta sebab banyak yang kosong, mesti nak parking dekat lif..



Kenapa dipanggil bawal ye?? Bawal kan nama ikan? Sebenarnya, menurut artikel dalam majalah Intrend bawah ni..jenis kain untuk tudung ni dipanggil 'voile'. bawal berasal dari loghat kelantan 'bok voile'..maknanye 'mintak Voile'..wallahua'lam..

Intrend  - June 2012
Booth AidiJuma jadi tumpuanModel tudung bawal AJ
Bawal AJ
Pilih-pilih
Tudung AJ yang sempat disambar

Yang ini pun terbeli juga di House of Leather - buy one free one





Tudung bawal ni breathable sebab tu saya setia memakainya. Nak solat pun senang, tak diganggu oleh awning. Cuma bila travel, susah sikit, nak kena iron, kena bawa brooches, cermin mesti ada..oleh itu, kena ada dua jenis tudung..voila!!

14 comments:

  1. salam. berapa harga beg tu? :)
    sekrg ni tak sempat nak pakai tudung bawal...mahu 15 min dpn cermin tak siap2 lg :D

    ReplyDelete
  2. Salam kembali..

    Beg tu harganya RM299, dpt luggage bag & cabin bag.

    Ya, betul tu, tapi tudung bawal AJ, senang dibentuk, dah try hari ni.

    ReplyDelete
  3. oh la bok voile ke asal-usul nama bawal tu hihi


    sy dulu pakai tudung bawal tp sejak ada shawl sy suka shawl sbb x yah gosok dan x payah pakai brooch sgt dan yg penting x yah ironnn hihi tp xla jual bawal sy..mujur juga sbb skang dah in semula kan


    tudung awning tu sy x gemar lak

    ReplyDelete
  4. xtau pulak nama asalnya macam tu.. hehee..

    tapi kdg2 saya masih pakai lagi, sebab sedap dan selesa kot..

    ReplyDelete
  5. Rina,
    Shawl pun fesyen kegemaran sekarang..style Hana Tajima

    fiezaradzi,
    tudung bawal memang selesa sbb breathable dan tak panas.

    ReplyDelete
  6. lady masih meminati bawal..
    still cantik.. tp memang malas nak gosok..

    ReplyDelete
  7. LadyBird,
    Part nak kena gosok tu, yg memang malas sikit, tak dapek nk nolong..

    ReplyDelete
  8. Shopping dua benda shj, yang lain 'window shopping'..

    ReplyDelete
  9. Pok Li,

    sejuk mata memandang, bertudung & berpakaian sopan..

    ReplyDelete
  10. bertudung labuh senang nk solat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, benar..takyah nak cari telekung..

      Delete
  11. ini bikin demen para tante tante betah jalan jalan lamaObat Sakit Pinggang

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...