Sunday 29 July 2012

Bagaikan Bertemu Kekasih


“Selamat datang bulan yang akan membersihkan kami, bulan yang didalamnya semuanya baik, puasa siang harinya dan bangun malamnya, sedekah dalam bulan ini sama dengan membelanjai perjuangan jihad fisabilillah”
Begitulah kata-kata aluan Sayidina Umar Ibnu Khattab bila menyambut kedatangan fajar Ramadhan.  Gembira dan rindu serta terharunya hati orang-orang soleh menunggu kedatangan Ramadhan dengan penuh debar kerana mereka masih lagi berpeluang menghirup udara Ramadhan yang penuh berkat.
Sesungguhnya syurga telah diperhias setiap tahun ketika masuk bulan Ramadhan.  Pada malam pertama Ramadhan, datang angin dari bawah Arasy yang bernama ‘Al Mutsirah’ menggoyang-goyangkan daun-daun syurga dan menggerak-gerakkannya sehingga terdengar oleh bidadari dari jendela atas syurga dan berseru:
“Siapakah yang meminang kepada Allah untuk dikahwinkan dengan seorang dari kami?”
Kemudian bidadari itu bertanya kepada malaikat Ridhwan.
“Ya Ridhwan, malam apakah ini?”
Jawab Ridhwan, “Inilah malam pertama dari bulan Ramadhan”
Kemudian Allah berfirman: “Ya Ridhwan, bukalah pintu-pintu Syurga untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad SAW”.
Dan Allah berfirman pula kepada malaikat Malik: “Ya Malik, tutuplah pintu-pintu Neraka Jahim untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad SAW.”
Itulah diantara kelebihan bulan Ramadhan yang di dalamnya terdapat amalan puasa.  Puasa ibadah yang dituju khusus kepada Allah sebab ianya merupakan rahsia batin. Seseorang itu boleh meninggalkan makan minum dan tidak menurut hawa nafsunya bila tidak dilihat orang, tetapi melalui puasa seseorang itu sanggup meninggalkan makan, minum dan mengekang nafsu walaupun bersendirian.  Oleh sebab puasa merupakan amalan kebatinan yang menuntut keikhlasan melakukannya untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah sebagaimana firmanNya:
“Semua amal anak Adam dilipatgandakan dari sepuluh sampai tujuh ratus, kecuali puasa. Maka puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, ia meninggalkan syahwat, makan dan minum keranaKu dan puasa itu sebagai perisai”
Bulan Ramadhan juga bulan yang dirindukan kerana setiap amalan yang dilakukan di dalam bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya oleh Allah.  Amalan sunat yang dilakukan di dalam bulan ini akan diberi pahala menyamai pahala fardhu pada bulan yang lain dan setiap amalan fardhu yang dikerjakan didalam bulan yang mulia ini akan dilipatgandakan menyamai pahala 70 fardhu pada bulan yang lain.
Berpuasa mendatangkan kegembiraan, ketenangan dan kelapangan hati disamping mendapat pahala keampunan dari Allah SWT sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan.  Kegembiraan pertama ketika masa berbuka puasanya dan kegembiraan yang kedua ialah ketika menemui Tuhannya.”

Sumber: Buletin Qariyah 1996, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya

14 comments:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Salam Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa, moga beroleh takwa...aamiin

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan juga kita menemui Lailatul Qadr. Ramadhan Kareem

    ReplyDelete
  3. semoga ibdah puasa kita tahun ni diterima oleh Allah s.w.t


    salam ramadhan sis :))

    ReplyDelete
  4. Sdr Abd Razak, Pok Li & Rina,

    Salam Ramadhan Al-Mubarak..

    Semoga puasa kita diterima Allah SWT, beroleh takwa dan bertemu dgn Lailatul Qadar..aamiin.

    ReplyDelete
  5. syurga itu indah..nice article

    ReplyDelete
  6. Park Chick,

    Perlukan pengorbanan nak dapatkannya.

    Mana blognya, Park Chick?

    ReplyDelete
  7. perlu mujahadah yang sangat kuat untuk dapat Lailatul Qadr....moga kita sama2 dipilihNYa untuk beroleh malam lailatul Qadr....aminnn

    ReplyDelete
  8. http://parkchick.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. a.t.u.l.a.s.c.a.
    Ya, semoga beroleh rahmatNya utk bertemu dgn malam yg penuh berkah itu..

    Park Chick.
    Syukran.

    ReplyDelete
  10. Salam Ramadhan juga kak nohas!

    Sejuk mata dan hati membaca entry ini :)

    ReplyDelete
  11. puteri,
    Salam Ramadhan utk 10 hari terakhir..

    ReplyDelete
  12. itulah kehebatan bulan ramadhan.. tetapi kini hanya tinggal beberapa hari jerk lagi.. :(

    ReplyDelete
  13. LadyBird,

    Meningkatkan amalan utk hari2 terakhir Ramadhan..

    ReplyDelete
  14. salam aidilfitri dan maaf zahir batin sis :))

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!