Wednesday 14 November 2012

Penulis Pojok dan Drama Korea



Membaca ruangan Kucing Jantan – Bro Tompok di dalam slip Pancaindera pada hari Ahad lalu, menjentik rasa dan minda, di dalam santai dan kelakar, terdapat kebenaran di alam realiti masa kini.  Kerana drama Korea, suami kesepian.  Penangan drama Korea.

Ada kenyataan di dalam pojok tersebut yang menyatakan perempuan suka tonton drama yang boleh mengalirkan air mata sahaja, cerita-cerita kononnya perempuan dianiaya atau dikecewakan oleh lelaki. Perempuan tak suka drama yang kena berfikir – macam drama ‘Ghost’.  Betul ke? Entahlah, mungkin ya, yang saya tahu ramai perempuan yang suka cerita romantic-comedy..cerita ringan dan kOsOng..

Drama Korea yang paling saya suka ialah Sungkyunkwan Scandal, a historical drama atau sageuk, cerita di zaman Dynasti Joseon. Kenapa saya suka drama ini? Sarat dengan pelbagai message, menontonnya menggembirakan hati dan minda mengenai perjuangan seorang wanita untuk menuntut ilmu pada zaman di mana hanya golongan lelaki dan bangsawan sahaja yang boleh belajar di university..

Watak utama, Lee Seon Joon (LSJ), anak Second State Councillor (kiranya macam PM). Walaupun seorang bangsawan, not a spoiled brat tetapi seorang yang berprinsip dan berpendirian teguh serta sentiasa menegakkan kebenaran, sehingga digelar ‘upright and uptight’. Kata-kata yang sering diutarakannya semasa menyatakan kebenaran:

“Saya tidak kisah jika awak membenci saya kerana kata-kata saya, tetapi jika awak mengatakan saya salah, saya tidak boleh bertolak-ansur”

Watak ini saya suka dari awal lagi kerana beliau tidak percaya dengan tangkal, jampi untuk berjaya dalam peperiksaan (kes kena baling dengan telur dan kumpul rambut). Beliau juga dapat mengenalpasti kebolehan Kim Yoon Shik (KYS) di dalam bidang literature dan berusaha sedaya upaya supaya KYS menduduki peperiksaan untuk memasuki Sungkyunkwan kerana percaya di atas kebolehan KYS.  KYS adalah seorang yang miskin (golongan Namin). Beliau merasa gembira ada seseorang yang excellent di dalam literature dan inginkan persaingan yang sihat di Sungkyunkwan.

Dialog diantara Raja dengan KYS dan LSJ semasa pengumuman keputusan peperiksaan menggambarkan aspirasi dan cita-cita anak muda untuk masa depan negara mereka dan Raja yang berjiwa besar dan berpandangan jauh.

Dialog diantara KYS dan ibunya juga menyentuh perasaan..”Saya memasuki Sungkyunkwan kerana ingin terus hidup menjadi manusia. Saya tidak mahu menjadi perempuan yang hanya berharga 100 nyang”.  Very good reasons, girl.

Beberapa message yang boleh dipelajari dari drama ini:

Perasaan empati kepada golongan miskin
Babak dimana kuih KYS dilempar ke lantai semasa Welcoming Ceremony.  Saya suka babak ini, banyak dialog yang tersirat lagi mendalam maknanya.
"Senior adalah benar. Ini bukan makanan, ini adalah apa yang diperlukan oleh Senior ketika diterima masuk ke universiti iaitu ‘the hardship of the citizens’.  Sungkyunkwan menjadi tempat belajar diatas usaha keras rakyat bawahan, jika Senior tidak bersetuju dengan kenyataan ini, kami pelajar baru tidak akan mengiktiraf Senior”

  •  Pada zaman Joseon, cuma golongan bawahan yang membayar cukai kepada kerajaan, golongan bangsawan dikecualikan.  Cukai ini digunakan untuk membiayai pelajar-pelajar di Sungkyunkwan

“The upper class is now disgraced already but the rules of being a man have not been disgraced”, dialog ketika LSJ memakan kuih yang telah dilempar ke lantai. True blue. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Lecture yang pertama
“A hero is not a vessel of limited capacity, a hero that is dedicated to pursuing the truth, cannot be closed mind and be blocked by biases.  The brain is originally lively and adaptable, used it to learn the truth because you’re no longer the prodigy from your local school and you’re no longer the nerds that stay in the house. You’re are the future leaders of the country, Sungkyunkwan scholars”

Satu motivasi yang berkesan untuk lepasan sekolah bagi menghadapi pembelajaran di university, no more spoon-feeding.

Tanggungjawab pelajar yang mendapat biasiswa melalui cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat bawahan
Peluang untuk belajar di sini diberikan kepada kamu dengan darah dan kudrat rakyat bawahan, awak mesti belajar bersungguh-sungguh untuk membayar balik kepada mereka. Pertama: Untuk masa depan yang lebih baik kepada rakyat, kita mesti membina Joseon yang baru, ini adalah tanggungjawab kita sebagai Pegawai.  Jangan menghampakan mereka yang telah memberi kemudahan/makan kepada kita semua. Belajar bersungguh-sungguh.

Lecture yang pertama ini memang memberi inspirasi.

Kehidupan di university:
Nasihat Moon Jae Shin (MJS) kepada LSJ ketika melihat LSJ tidak mahu keluar outing bersama pelajar-pelajar freshie yang lain dan hanya mahu membaca buku sahaja:

“Kehidupan di university tidak hanya untuk lulus periksa sahaja. Jika inginkan pengetahuan, boleh upah tutor peribadi. Dengan otak yang geliga, membaca sahaja sudah menggembirakan awak.  Ini Sungkyunkwan, tempat pelajar-pelajar berkumpul. Jika ingin lulus Imperial Exam, awak perlukan points, jika ingin jadi official, awak perlukan kawan”

Tapi ada empat perkara yang sangat menarik hati dan minda:

1)    Ketika LSJ mengajar KYS beberapa exercise untuk persediaan belajar memanah

Menonton babak ini membuatkan saya rasa nak belajar memanah.  Teringat semasa pertama kali belajar memanah di PULAPOL satu ketika dulu. Memanah merupakan salah satu sukan yang dianjurkan oleh agama Islam. Nasihat MJS kepada KYS mengenai ‘the feeling of tightening’ sebelum melepaskan busar pemanah. Ya, the right moment.

 2)   Ketika Raja memberi hadiah kompas kepada LSJ

Raja telah quote satu Islamic saying iaitu “selagi mana jarum kompas bergerak, kompas itu tidak pernah salah” bermakna sentiasa mempunyai mindset yang betul ketika berhadapan perkara yang menyalahi undang-undang walaupun dengan keluarga dan diri sendiri.  First time, ada dialog macam ni dalam drama Korea..

3)  Ketika LSJ menjadi saksi kepada dua rakan sebilik yang dituduh melakukan ‘homoseks’

Penyaksian yang diberikan LSJ sangat berilmiah dan mengandungi nilai moral yang tinggi selaras dengan ajaran Islam.

4)  Kod rahsia Geum Deung Ji Sa - ‘where the learning is headed, where the nation begins”

Sangat simbolik - Sungkyunkwan tempat terpelajar cuma dipisahkan dengan sebuah pintu daripada masyarakat paling miskin di Banchon. Selama ini saya memandang pintu rumah tiada apa-apa perasaan, tetapi selepas menonton drama ini, saya melihat pintu dengan pandangan yang berbeza.  Apabila masuk kerumah dan menutup pintu, dunia kita serta-merta berubah dan berbeza.

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang boleh dipelajari daripada drama ini diantaranya mempraktikkan ilmu yang kita pelajari, keharmonian di antara parti politik, aspirasi anak muda untuk membuat perubahan di dalam masyarakat, jujur dalam berkawan dan keberanian menegakkan kebenaran walaupun terpaksa berdepan dengan bapa dan keluarga sendiri.

Abaikan bab-bab yang kurang penting, saya mengesyorkan drama ini untuk ditonton. Sarat dengan pelbagai message, menarik dan tidak menjemukan.

9 comments:

  1. M dah lama x layan korean drama ni..

    ReplyDelete
  2. Eloklah begitu, nanti addicted..cuma tgk satu, dua drama, yg OK to the mind..

    ReplyDelete
  3. drama korea yg romantic komedi sy suka full house

    drama korea yg bagus..bermesej cerita jewel in the palace..sis penah tgk x? kisah ms zaman joseon juga..watak utamanya mmg ada dlm sejarah cuma dlm drama ni dah diubahsuai..sbb dlm sejarah sebut sedikit shj ttg dia


    kalau sis belum tgk..wajib tengok..best sgt..sy dgn hubby smpi x tido mlm sbb sambung-sambung tgk (kami tgk cd donload)

    ReplyDelete
  4. oh ye sy teringin nk tgk drama yg sis syorkan ni..sedang ditayang di saluran mana eh? ke blh donload dr internet?

    ReplyDelete
  5. Rina,
    Memang nak tgk Jewel in the Palace, suka tgk cerita perempuan yg bersemangat waja dan suka historical drama esp yg zmn Joseon.

    Saya tengok cerita diatas, copy dari kawan, dia dah download from internet, just copy in pendrive n saved dlm laptop tapi dlm website pun ada..

    ReplyDelete
  6. wah mendalam sekali your interpretation of the drama. Funny how I didn't notice these important aspects being delivered by the characters in the drama when I was following it tapi thanks to your post I am now a bit literated bout those hidden meanings behind their pretty faces :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. really enjoyed this drama, both visually and mentally...sarat dgn pengajaran..

      Delete
  7. baru tengok drama ni di KBS World. menarik dramanya. paling suka Joong Ki dan watak perempuan jadi lelaki :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka bromance antara Joong Ki dan Yoo Ah In..mmg sgt menjadi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!