Monday, May 27, 2013

South Korea : Day 1 - the Departure & Arrival

Assalamualaikum, semua..semoga sihat walafiat. 

Alhamdulillah, saya dan my sister selamat pulang dari berkelana, mengembara selama 8 hari 7 malam ke negara Korea Selatan, dari 15 Mei hingga 22 Mei 2013.  Syukur kehadrat Allah SWT, perjalanan kami berjalan lancar, tiada perkara buruk, marabahaya yang berlaku. So, entry ni dan entri2 berikutnya, In shaa Allah, adalah mengenai catatan perjalanan saya dan kakak ke Korea Selatan. Sebagai coretan kenangan peribadi dan panduan.

Memang pada mulanya rasa cuak juga samada boleh on ke tidak trip ni disebabkan  sepanjang bulan April, South Korea dan North Korea asyik berperang mulut, yang NoKo nak bom Seoul dengan bom nuklear, suruh foreigners keluar dari Seoul sebab dah nak perang sangat2 tapi Alhamdulillah, masuk bulan Mei, keadaan beransur reda dan tiada lagi kedengaran warning2 yang menggerunkan dari 'the fat boy from the North'..baru senang sikit hati, kalau tidak asyik dok fikir, kalau ada kat Seoul, tiba2 perang, kena bom ke, bom nuklear pulak tu..tiap2 hari cakap dengan my sis, dia diam je..bengang dgn aku kot..dgn ofismate, dgn boss pun tak cakap nak gi mana, *rahsia* takut kena cancel..huhu..

OKlah, statement diatas adalah history. Perancangan untuk ke SoKo bermula sebelum pergi ke Bandung. My sis saja2 klik to Seoul dalam AA website, tiba-tiba dapat RM7++ returned tiket, bila nak key-in, komputer 'hang' pula. Bila OK, dah tak dapat harga tersebut, terpaksalah berpuashati dengan RM1,116/- returned inclusive of meals, luggage and skybus.

Bermulalah pencarian untuk penginapan dan juga flight tiket to Jeju Island. Motto trip ni ialah 'to cover as many places of interests as possible'. Sebab tu masuk juga itinerary ke Jeju, walaupun pegi tak sampai pun satu hari. Tamak halobanya trip. *Bila lagi nak gi* mcm tulah my sister's remarks.  

Melalui Agoda buat reservation di Kimchee Myeongdong Guesthouse (dahulunya Downtown Guesthouse Seoul) untuk 7 malam sekaligus. Baca review di Tripadvisor, semua bagi good review. Untuk flight ke Jeju pula, pergi dengan Air Busan dan balik dengan Eastarjet. Maka, saya yang kena buat itinerary mula merangka dan buat research selama 4 bulan. Macam-macam blog dihadam, blog dalam negeri, luar negara dan blog rasmi kerajaan Korea Selatan, akhirnya terhasillah 4 pages itinerary.

Selama lebih kurang 5 bulan pergi ke Korea Selatan secara maya melalui wikimapia, Google Earth dan Seoul interactive map, everything dah settle (duit dah tukar, bekalan makanan, semua dah print, download, save dlm tab/hp), maka pada malam 14 Mei, kami memulakan perjalanan ke SoKo dengan transit di Myhotel@Sentral di Brickfields, check-in pukul 10malam, bagi memudahkan untuk naik Skybus di KL Sentral ke LCCT. Flight kami pukul 9.00 pagi. Sebab taknak menyusahkan orang lain untuk hantar ke LCCT dan juga takut nak keluar rumah dan ambik teksi pukul 4, 5 pagi. Nak book Tune Hotel di LCCT, mahal benor chargenya.  Myhotel@Sentral ni belakang Public Bank, dekat sangat dengan entrance ke Skybus di KL Sentral, cuma cross main road saja.

Pukul 4.30 pagi bertolak ke LCCT, pun ramai penumpang, budak2 kecik pun sanggup bangun pagi nak gi travel. Sampai di LCCT pukul 5.45 pagi, kaunter dah dibuka, terus check-in luggage dan terus ke immigresen. Sebab nak solat Subuh di surau di waiting area, tak sesak macam surau di luar.
 
Dah dibuka
Pukul 8.00 pagi, announcement dibuat untuk masuk ke dalam bilik menunggu. Passengers semakin ramai, flight penuh. Selepas makan nasi lemak Pak Nasser, mulalah mata layu. Lama-lama hanyut, tersedar bila ada turbulence di ruang udara Taiwan. Lepas tu kembali normal, Alhamdulillah. Pada pukul 4.20pm waktu Seoul, selamat mendarat di Incheon International Airport, the best airport for 8 consecutive years.

Flight AA ni mendarat di Concourse Level, so kena naik shuttle train ke Terminal building. Just follow the crowd and end up at imigresen. Di imigresen, kena ambik gambar dan scan dua-dua jari telunjuk. Kenapa jari telunjuk, wallahua'lam. Selalunya, ibu jari sebab dalam pasport ada cop ibujari, entahlah ikut je lah.

Semua berjalan lancar dan ambil bagasi, keluar ke pintu, ada beberapa pemandu teksi yang approach, tapi bila cakap thank you, mereka takde lah push.  Then, beli T-money di 7-E, top-up 30,000w. Nampak beberapa customer dok pegang susu pisang tapi keadaan sesak sangat dalam 7-E tu, so tak jadi nak beli. Lain kali, banyak masa lagi. Diskus dengan my sis, decide nak naik AREX ke Seoul. Boleh naik Airport Limo, tapi nak jalan ke GH, jauh sangat.  Nak ke AREX,ikut signboard Airport Railroad, In shaa Allah, tak sesat.  

Di level ni, ada dua prayer rooms tapi bila check, hanya untuk agama Buddha dan Kristian sahaja.  Masa ni nak solat jamak Zohor dan Asar, ada sekumpulan adik-adik dari Malaysia yang nak solat juga, mereka solat di ruang tersorok di celah dinding. Circulation area di bahagian ni memang luas dan kawasan ni tak ramai yang lalu lalang kerana sudah dihujung bangunan. Selesai solat, terus ke stesen normal train.

Tanda arah - In shaa Allah, takkan sesat
Untuk ke Kimchee Myeongdong GH, kami kena ambil normal Airport Rail, transit di Hongik U station dan ambil Line 2, turun di Euljiro-sam ga station. Station untuk Airport Express Rail di sebelah kanan, yang normal train di sebelah kiri. Train express ini cuma berhenti di Gimpo Airport dan Seoul Station sahaja.

On the way to Airport Railroad
Nak naik train atau subway di Seoul ni, dengan kad T-money macam naik LRT di KL saja, tap di tiang sebelum palang masuk and off you go. Bila dalam train, baru teringat takde subway map, nak check bila nak exit.  Announcement ada dalam tiga bahasa, tapi tak berapa jelas. Alhamdulillah, dah download Seoul Metro Apps dalam hp dan tab, boleh buat semakan. Semasa nak keluar di Euljiro-sam ga station, saya mengalami satu kesulitan. Dah tap di tiang, handbag tiba-tiba terjatuh dan palang secara automatik tak berfungsi. Yelah, tak biasa, dengan handbag, backpack dan bag troli, tempat nak keluar pulak kecik. Bila tap sekali lagi, keluar 'error', nasib baik ada tampal kat situ, dalam English, maksud 'error' tersebut.  Dalam kekalutan, ada seorang ahjumma ni tunjukkan, kat tepi sekali ada tiang untuk tekan butang 'help', lepas tu 'tap' T-money kat tiang tu dan glass door tu boleh dibuka. Ahjumma tu yang tolong bukakan. Korean hospitality yang pertama diterima di Seoul ini.  Maknanya, sapa-sapa yang bawa beg besar dan takut tersangkut kat palang, kena lalu di glass door tersebut. Walaupun tak nampak pekerja di situ, tapi di subway station ni banyak sungguh CCTV, besar-besar gedabak pulak tu..

Kemudian keluar ikut Exit 2, sampai sahaja diatas, belum habis lelah naik tangga, baru nak berpijak di bumi nyata, map pun belum dikeluarkan lagi, tiba-tiba berdiri disebelah kami, seorang ahjussi. Mungkin dia nampak kami dengan beg-beg besar, dia pun nak tolong. Bila sebut nama guesthouse, dia pun macam blur juga. Kemudian berhenti seorang oppa, dia pun berkerut-kerut dahi bila dengar nama GH, geleng2 kepala, kemudian terus turun ke subway.  Bila keluarkan map, barulah ahjussi ni tahu, laa..jalan sebelah je. Dia pun tunjuk arah ke GH di tepi jalan, suruh kami jalan straight je. Lepas cakap 'kamsahamnida', first time cakap Korea dengan orang Korea, ahjussi ni pun pergi. Kemudian, seorang ahjumma pula tiba-tiba berjalan sebelah kami sambil tunjuk-tunjuk ke arah GH dan dia dulu berhenti di depan pintu masuk ke GH. Terpana kami dengan Korean hospitality. Sekali lagi cakap Korea, 'kamsahamnida' untuk ahjumma ni.

Selesai urusan check-in dan merehat-rehatkan diri, mandi segala, buka bekalan dari Malaysia iaitu nasi impit, makan dengan canned rendang ayam 'Adabi'. Dinner for tonite. Dalam pukul 8.30 malam, keluar berjalan kaki ke Cheonggyecheon Stream, cuma lima minit dari GH. Ramai juga Seoulites yang duduk bersantai-santai di tepi tebing dan juga berjalan menyusuri anak sungai ni. Ramai juga salarymen dan salarywomen yang masih berbaju pejabat duduk bersembang-sembang, tak balik rumah lagi. Udara sungguh nyaman, tak berapa sejuk dan tak berapa panas.

Cheonggyecheon Stream
Seoulites sedang beristirehat

Landmark utk GH dari jauh dah nampak

Kemudian berjalan-jalan di kawasan sekitar berdekatan dengan bangunan2 pejabat, tengok ramai juga pekerja-pekerja pejabat yang masih berkeliaran dengan briefcase dan beg2 kerja walaupun jam sudah pukul 9.45 malam. Mungkin budaya mereka, minum-minum kopi dulu sebelum balik.  Pukul 10mlm, kami pun called it a day, balik GH dan tidur.

12 comments:

  1. saya pegi 10mei 6hari 5malam ajer....huhu

    ReplyDelete
  2. 6 hari pun Ok, dah sampai SK..kalau ada rezeki boleh repeat...

    ReplyDelete
  3. Jom nohas...nk follow grng jalan2 buleh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, boleh..tapi tak tahu bila nak pegi lagi...boleh plan..

      Delete
  4. salam :) you pergi dalam 8 hari ehh ?? you buget berat luggage you sorang berapa yer ?? hhehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..ya, 8 hari..luggage ms pergi 20kg, balik 25kg..

      Delete
  5. Assalamualaikum...dah beberapa hari sy baca blog ni...sgt padat dan menarik. im going to korea on this november...and as usual, mmg study ikot blog2 je.. so nk tau jugak la...berapa keseluruhan kos..termasuk yg kecik2... sbb sy ada jugak baca entry pasal bajet tu...but still nk tau jugak...sy pegi 9 hari....agak lama jgak la...huhuhuh... thx sudi berkongsi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...thanks, mengenai budget, keseluruhannya lbh kurang RM4,000/-. RM2,000 utk flight tickets (to Seoul and Jeju) dan hotel untuk 7 malam. Yang selebihnya transport, foods, entrance fee & shopping. Majoritinya utk transport - T money, teksi di Jeju, teksi ke airport dan jg ambik local tour ke DMZ.

      Kos yg kecik2 tu sebenarnya bergantung pd itinerary dan minat masing2..boleh control...ada yg suka shopping, ada yg suka try makanan2 korea, ada yg pergi skiing..

      Anyway, enjoy your trip to Korea this autumn..

      Delete
    2. tq..tq..tq... =)
      ok....rm4000 tu termasuk or tak termasuk flight? sbb sy pegi lebih kurang 9 hari....and tix dah bli lama dah... so in case sy bawak rm2000 je..cukup x utk cover penginapan, transport and food? sy still blur2 lg ni....dlm byk2 blog yg sy baca....ni la antara blog yg SANGAT complete and details.... sy siap print kot nk amek line ape,,,tuko train ape...hahahah.... kang ade yg sesat barat nti! hehehe

      Delete
    3. RM4,000 dah termasuk flight...utk penginapan, kami buat full payment sebelum fly, so duit RM2,000 tu cuma utk perbelanjaan harian di sana..tapi kalau sdr Adib bawa RM2,000 utk penginapan, transport and food..saya pun x brp pasti cukup ke tak, sbb kena tolak duit penginapan lagi..kalau berjimat cermat, In shaa Allah, cukup..

      memang kena print dan study Seoul subway network...In shaa Allah, bila dah ada disana, boleh survive..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...