Thursday 27 June 2013

Lebuhraya Purbakala

Assalamualaikum..take a break from cerita jalan-jalan ke Korea, sikit lagi nak wrap-up. Copy paste artikel ni dari Berita Harian hari ini. Untukmu, Palestin..

Lebuh raya  1,800 tahun ditemuiBaitulmaqdis: Pakar arkeologi berjaya menemui satu lebuh raya purba, dipercayai dibina pada era pemerintahan Rom di Baitulmaqdis, kata pihak berkuasa.

Agensi Antikuiti Israel (IAA) berkata lebuh raya berkenaan dipercayai berusia 1,800 tahun ditemui di kejiranan Palestin di Beit Hanina di utara Baitulmaqdis, lapor media tempatan. 

Ini adalah kali pertama kami menemui sebahagian jalan purba di Baitulmaqdis yang dijaga dengan baik, kata pengarah kerja arkeologi berkenaan David Yeger. Beliau berkata, lebuh raya yang baru ditemui itu adalah salah satu rangkaian jalan yang dibina kerajaan Rom, menuju ke Baitulmaqdis dari arah pantai. 

 Guna batu leper

Lebuh raya itu mempunyai keluasan lapan meter dibina menggunakan batu leper yang besar dan dilekatkan antara satu sama lain, untuk memberi keselesaan kepada pengguna yang berjalan kaki. Sebahagian daripada batu itu sudah rosak teruk dan ia memberi isyarat bahawa ia digunakan dengan kerap selama bertahun-tahun dan turut mengalami beberapa kerja baik pulih, katanya.
 
Kerajaan Rom memerintah wilayah Mediterranean dan sebahagian daripada Eropah pada abad pertama sebelum Masehi hingga kejatuhannya pada tahun 476. 

Bergerak pantas, selesa

Pentadbiran Rom di Baitulmaqdis membina banyak jalan raya bertujuan memenuhi keperluan kerajaan, tentera, ekonomi dan orang awam yang mahu pergerakan pantas dan selesa. 

Pembinaan dan penyenggaraan lebuh raya ini dilakukan oleh unit tentera, tetapi orang awam turut mengambil bahagian, dalam kerja yang diwajibkan kepada mereka oleh pihak pemerintah, katanya. 
AGENSI

2 comments:

  1. kejuruteraan lebuh raya org dulu2 mmg sgt mengagumkn sbb ide mrk ilham Allah total solid...

    ReplyDelete
  2. Ya, benar. Tanpa teknologi dan peralatan moden, mereka mampu membuat benda yg mengagumkan spt piramid, ukiran batu di Petra, Jordan, dll..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!