Friday, June 7, 2013

South Korea : Day 3 - the Garden of Morning Calm

Masih lagi di hari ketiga.

Pemandangan di sepanjang jalan dari Petite France ke Garden of Morning Calm memang cantik, memaparkan kehidupan luar bandar di SoKo. Bas memasuki Cheongpyeong, sebuah pekan kecil dan berhenti di stesen bas tetapi tiada penumpang yang turun, kemudian meneruskan perjalanan ke stesen keretapi Cheongpyeong. Disini ramai penumpang yang turun, bas kosong, Alhamdulillah, boleh duduk, tak sia-sia berebut macam nak rak tadi.

pemandangan selepas pekan Cheongpyeong
Garden of Morning Calm ni terletak di kawasan lembah pergunungan, Chung Nyeong Mountain sebab tu bila dekat nak sampai, jalannya dah le kecik, corner baring sebab naik bukit. Alhamdulillah, sampai akhirnya.

Pemandangan di hadapan entrance
Sedikit info mengenai GOMC: Taman ini telah direkacipta oleh Professor Han Sang-kyung dari Gardening Department, Universiti Sahmyook semasa beliau bertugas sebagai exchange professor di USA. Beliau mempunyai visi agar taman ini menjadi taman yang popular di dunia. Inspirasi untuk taman ini ialah dari puisi yang dicipta oleh a great Indian poet, Sir Tagore, dimana beliau telah melawat Korea di zaman Dynasti Joseon dan mengganggap Korea sebagai "the Land of Morning Calm".

Taman ini ada 20 tema dan jika datang semasa musim bunga, memanglah haven, a photographer's paradise and a feast to the eyes, heart and mind. Jom kita tengok, bayaran masuk KRW8,000.

signboard - gambar wajib
datang masa spring - ada spring festival
Masa spring festival, ada bunga daffodils, tulip, royal azaleas, cherry blossoms dan bridal wreathes.  Tapi masa kami datang, cherry blossoms dah takde..huhu..

jalan masuk
Bonsai Garden
wild flower
Di dalam 'wildflower garden', ada pelbagai jenis bunga liar dari Chukryung Mountain dan Baekdu Mountain. Di sini terdapat 110 jenis bunga liar dan 20 jenis pokok hutan. Memang menarik dan tertarik..

pokok-pokok di wildflower garden
Hometown garden
flowers everywhere
Morning Plaza - the carpeted grass with a scenic view of Chung Nyeong Mountain

more flowers
The verdict: breathtaking view, like heaven on earth, memang berbaloi-baloi datang ke sini, walaupun bukan peminat bunga tegar.

 Kami takdelah jalan-jalan keseluruhan taman yang ada, cuma yang dekat-dekat sahaja. Ada banyak lagi garden - Eden Garden, Sunken Garden, Korean Garden, Moonlight Garden, Heaven Garden.  Ramai Korean datang bawa famili berehat-rehat dan piknik di sini, sebab public holiday. Di sini ada juga jual pokok-pokok bunga.

flower shop
flower pot at the exit point
Dalam pukul 6.30 petang, kami pun berjalan keluar dan menunggu bas untuk balik ke Cheongpyeong. Ramai juga yang menunggu bas tapi tak seramai di Petite France, berebut juga dan tak dapat tempat duduk, penumpang jenis cop tempat duduk untuk kawan-kawan, ciss..duduk dekat tangga bas, bersama sorang ahjumma..

Cheongpyeong station
Sampai di Cheongpyeong station, tengok orang berlari-lari ke platform, kami pun ikut berlari sama. Tiba-tiba teringat tiket ITX belum beli lagi, turun balik, tap keluar sebab mesin tiket ada di luar. Rupa-rupanya mesin tiket di Cheongpyeong ni takde dalam bahasa Inggeris. Tapi Alhamdulillah, ada sorang ahjumma ni lepas dia beli tiket, mungkin dia cakap dengan sorang noona, suruh tolong kami beli tiket. Noona tu yang tegur kami, nasib baik dia pandai cakap English, so senang le komunikasi. 

Mula-mula tersilap beli tiket, terbeli yang pukul 11.00 malam punya sebab keliru diantara no. keretapi dengan masa, semuanya start dari 20. Tapi boleh return balik tiket, noona tu yang buatkan. Kemudian beli tiket pukul 8.06 malam, tambang KRW2,700 untuk berdiriMasa tunggu train ITX, ada dua train biasa ke Sanbong lalu, tengok penumpang penuh sesak, sendat dan padat. Dalam hati dah terfikir, ITX pun mungkin macam ni juga. Memang betul firasatku, ITX padat, kena berdiri sampai ke Cheongyangni station. Ramai yang duduk bersila atas lantai. Bertabah untuk 34 minit untuk sampai ke Cheongyangni.

Sampai di Cheongyangni station, singgah di Lotteria, nak beli shrimp burger, tapi mereka dah berkemas-kemas nak tutup. Lalu ambil Line 1 ke Dongdaemun station and then, Line 4 ke Myeongdong. Tak habis jalan lagi, singgah di Myeongdong untuk suasana malam pula..di negara orang, kena gigih kata Supermeng..

Myeongdong at night
Myung dong mural
Di sini dapat juga beli shrimp burger dekat 24-hour Lotteria, harga KRW2,000, dinner for tonite.  
memang sedap tambah sos cili dari M'sia

 Then, jalan kaki balik ke GH, end of Day 3 adventures at Gapyeong-gu.

6 comments:

  1. seronok ye jalan...so luas la pemandangan..and lg tajam pemikiran..plus...much idea

    ReplyDelete
  2. fzy fuzzy,

    Ya memang seronok jalan di Korea ni, melihat culture negara maju..

    ReplyDelete
  3. A'salam.....cantik tempat ni...menarik!

    ReplyDelete
  4. PuTrimaRyam,

    W'salam..garden ni memang cantik waktu spring and summer..pelbagai jenis bunga..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. singgahlah kesini kalau ke South Korea..mmg menarik..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...