Thursday 6 June 2013

South Korea : Day 3 - Petite France

Sambungan dari sini

Sampai sahaja di Nami wharf, kami terus ke Information Centre untuk bertanyakan dekat mana nak tunggu bas Gapyeong City Tour sebab perancangan kami nak pergi ke Petite France dan kemudian ke the Garden of Morning Calm. 


Lokasi Nami Island, Petite France & the Garden of Morning Calm
Kami diberitahu tunggu tepi 7-Eleven dekat jalan besar. Rupanya bas sudah bertukar nama kepada Ecopia Gapyeong, bas Hops On Hops Off, yang tambangnya cuma KRW5,000 satu hari.
re-branding
Tepat pukul 2.15 petang, bas datang tetapi disebabkan kesesakan lalulintas yang teruk, bas ni tidak terus ke Petite France sebaliknya ke Gapyeong Terminal dahulu, kemudian baru pergi ke Petite France. Perjalanan boleh tahan jauh juga dan berbelok-belok sebab naik bukit.

dalam bas
Akhirnya sampai juga ke Petite France, a French Cultural Village as a tribute to a French novel, Le Petit Prince (1943) oleh Saint-Exupery dan juga youth training centre. Entrance fee ialah KRW8,000. Masa kami sampai, tourists memang sudah ramai, kawasannya kecil sahaja, menyebabkan nampak sesak. Ada persembahan live band di Amphitheater, di bahagian tengah Petite France.

Petite France



Disini ada 16 buah French-style buildings yang menempatkan French culture seperti makanan, pakaian dan household products. Kami cuma berjalan-jalan sambil snap2 gambar.
 
French design
Colourful houses
more houses
Scenic view overlooking Cheongpyeong Lake




Sebelum balik, singgah di souvenir shop sebab my sis nak beli fridge magnet. Kemudian, keluar tunggu bas Ecopia tadi untuk ke Garden of Morning Calm.  Di hentian bas, punyalah ramai yang tunggu nak naik bas, dua-dua belah, yang nak ke arah Nami Island ramai, yang nak ke arah GOMC pun ramai.  Bas untuk kedua-dua arah dah tidak 'on time', disebabkan 'traffic jam' di Nami wharf.  

Masa ni pukul 3.30 petang. Bila dah pukul 4.00, bas tak kelihatan juga, mulalah rasa nak cancel je pergi GOMC tapi fikir balik, bila lagi nak gi, dah dekat, tunggulah juga. Tapi bagi condition, kalau bas ke Gapyeong datang dulu, naik je, terpaksa cancel ke GOMC. Akhirnya, sebelum pukul 5.00, bas ke GOMC menjelma, apalagi semuanya berebut nak naik bas. Dah takde nak berdisplin-displin, nak beratur bagai, rebut gila-gila nya. Memang dah lama tak buat kerja macam ni, zaman belajar dulu, zaman takde kenderaan sendiri, selalulah juga..hehe. Bila dah ada dalam bas, rasa lega, Alhamdulillah, walaupun kena berdiri.

Bersambung...

2 comments:

  1. Saya cuma sempat ke Nami Island.. huhu

    ReplyDelete
  2. Boleh repeat lagi, South Korea memang best..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!