Wednesday, June 12, 2013

South Korea : Day 4 - Itaewon-Namdaemun-63 Building

Dari Cheongwadae kami ke Itaewon. Nak ke Exit 3, kami rasakan stesen Itaewon ni yang paling dalam underground, berlapis-lapis dengan tangga, dua, tiga escalator, tangga lagi. Memang mencabar..

Disini baru terjumpa gerai-gerai di tepi jalan yang menjual t-shirt 'I love Korea', singgah beli beberapa helai - harga KRW5,000 sehelai untuk colour putih dan kelabu. Kemudian, sambung berjalan ke arah Masjid Central Seoul dan singgah di Muree untuk makan tengahari. Dalam kedai, ramai orang Malaysia sedang makan di sini.
 

Jalan-jalan on the way to Masjid
 Jumpa Siti Sarah restoran ni dulu, baru jumpa Muree.
 
Muree
lunch dishes
Disini kami order lamb beriani, chicken pizza dan satu Korean food (tak ingat nama tapi macam sup tulang + nasi putih). Banchan (side dishes) disini OK bagi saya compared to Dongdaemun, mungkin dah improvise sikit. Total semua KRW39,000. Makanan sedap, memang puashati.

Dah makan, bergerak ke masjid. Di sepanjang jalan, memang banyak kedai-kedai orang Islam - estate agent, kedai runcit, tour agent, kedai buku, Salam bakery - gembira bertemu ramai orang Islam, saling memberi dan menjawab salam.

pintu masuk ke kawasan Masjid
pelan layout Masjid dan jalan masuk ke masjid

Masjid Central Seoul - syiar Islam di bumi Korea
sekolah agama Prince Sultan
Masa kami datang disini ada gathering untuk jemaah tabligh, kawasan masjid dipasang beberapa khemah. Terdapat juga beberapa orang Korean yang menunggu untuk masuk ke dalam masjid. Mereka nampak macam curious nak tahu tentang masjid.

suasana tempat solat muslimin
 
Tingkat 3 untuk muslimat
kelas pengajian Understanding Islam
Setelah selesai menunaikan kewajipan, berjalan semula ke subway stesen. On the way, singgah beli Turkish dondurma (ais-krim). Ada tiga kedai Turki yang menjual ais-krim ni, yang ketiga agak jauh sikit.  Penjual ais-krim ni akan buat tricks dulu, baru bagi ais-krim kepada pelanggan..ais-krimnya sedap, kurang manis..

Turkish dondurma
Kemudian kami ke Namdaemun Market untuk kali ketiga. Kali ni misi mencari t-shirt untuk anak-anak saudara. Keluar exit 6, terjumpa ahjumma jual buah-buahan ni.

Beli strawberi dan Korean melon (yg warna kuning)
Namdaemun Market pada hari Sabtu petang memang penuh sesak, ramai sungguh yang datang membeli. Jumpa juga gerai jual t-shirt, bila tanya ahjussi ni, dia cakap "tiga sepuluh" untuk warna putih & kelabu.

beli di gerai ahjussi ni
Bila tengok close-up kat t-shirt yang tergantung..ada badge bendera Malaysia dan lambang 1Malaysia..nampak sangat ramai orang Malaysia yang beli kat gerai ni..haha..

siap ada lambang 1Malaysia lagi
Sedang sibuk membeli-belah, tiba-tiba hujan turun tapi tak berapa lebat. Kami pun decided nak balik GH dengan teksi. Dah confident naik teksi, tambang cuma KRW2,400 saja, tak sempat meter nak naik. Terasa mudah dan berbaloi juga naik teksi, tak perlu naik/turun tangga subway.

Dalam pukul 6.30 petang, keluar balik untuk ke 63 Building. Masa ni hari masih hujan lagi, tapi disebabkan kekangan masa, nak juga pergi tengok Han River dari tingkat 60 seperti dalam cerita My Girl. 
63 Building (source: internet)
Laluan yang diambil: Dari Euljiro 3(sam)-ga, naik Line 2 ke Chungjeongno, transfer ke Line 1, turun di Yeouinaru station, keluar Exit 1. Stesen Yeouinaru ni lagi dalam bawah tanah dari stesen Itaewon sebab ianya di tepi Han River. Lagi mencabar..

Selepas tu, menyeberang jalan tunggu di bus stop, naik bas no. 261, 5534 atau 5633 ke 63 Building. Turun di perhentian yang kedua iaitu selepas bas corner ke kanan. Ada pengumuman dalam English. Sebenarnya ada shuttle bus ke sini tapi tak tahu tunggu di bas stop yang mana.


Bus directory
Nak tahu mana satu 63 Building ialah yang ada tulisan Hanwha di atasnya. Bangunan ini 60 tingkat, yang tiga lagi tu mungkin basement kot. 63 Building ialah bangunan pejabat, di ground floor ada shopping complex dan panggung wayang.

layout plan
Ada tiga attraction di sini - Sky Art, Seaworld dan Wax Museum. Kami cuma nak ke observation deck, kena beli tiket untuk ke Sky Art, entrance fee KRW11,000. 
 
Entrance tiket

Kemudian naik bullet lift, kalau dalam cerita My Girl, hero suruh heroin tahan nafas hingga ke level 60, bila pintu lif dibuka, baru hembus nafas sambil make a wish..hii tak sior nak buat, nak pitam. Lebih baik tengok pemandangan kotaraya Seoul dan Han River di waktu malam.

Di observation deck ada teropong kalau nak tengok pemandangan. Tetapi waktu hujan, nak snap gambar pun tak menjadi sebab titik-titik hujan melekat di dinding bangunan. Guna compact camera sahaja, takde camera canggih, so gambar tak menjadi. Takpelah, kita merancang, Allah SWT juga merancang dan perancanganNya lebih baik, redho dan pasrah.  Inilah yang terbaik, turunnya hujan dengan rahmat Allah.

art gallery
Di sini ada art exhibition. Di satu sudut ada glass floor yang transparent dan boleh see-through hingga ke jalan raya. Tapi disebabkan gelap, keterujaan tu kurang sikit. 

Setelah selesai meronda seluruh Level 60, kami pun keluar dan tunggu bas untuk ke Yeouinaru station. Sebelum turun ke stesen, mengambil angin malam di dalam kehujanan di tepi Sungai Han. Nampak ada river cruise yang masih beroperasi. Photoshoot tak menjadi, decided balik ke GH. Alhamdulillah, mission accomplished.

6 comments:

  1. Banyaknya tempat yang saya termiss kat Seoul ni... Nampaknya nak kena mengulang tapi musim yang lain pulak...

    ReplyDelete
  2. Mie,

    Banyak sangat tempat menarik di Seoul dan South Korea..memang kena repeat..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya..korea antara destinasi idaman sy. Hope tahun depan ada rezeki utk ke sana :)

    ReplyDelete
  4. Rina Avail,

    Korea Selatan sangat menarik utk dilawati, moden + tradisional..

    ReplyDelete
  5. same lah..tak tahu nak ambik shuttle bus tang mane..tapi best jugak sebab dapat naik basikal.hihi..kak, melon tu sedap ke? teragak2 nak beli sbb takut tak sedap ..dah la mahal kan.

    ReplyDelete
  6. korean melon tu sedap, mcm honeydew..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...