Wednesday, June 19, 2013

South Korea : Day 6 - Jeju Island (Part 1)

Assalamualaikum...

Hari ke-enam di South Korea, pukul 4.30 pagi dah bergerak dari GH menuju ke Gimpo International Airport, flight pukul 7.20 pagi ke Jeju Island. Malam tu tidur-tidur ayam je, takut tak terjaga. Sempat buat sandwiches untuk bekalan. Untuk ke Jeju, dapat booked flight Air Busan dengan harga tiket KRW54,050 dan balik dengan Eastarjet harga tiket KRW81,600, total lebih kurang RM386.32 seorang.

Sebenarnya, decision nak ke Jeju Island ni banyak di influence oleh kdrama My Girl dan Swallow the Sun. My Girl sikit je, Swallow the Sun yang banyak sebab almost 90% drama ni shooting di Jeju (sceneries memang cantik) dan cerita ni sangat best, lain dari drama korea yang lain, action-packed, ada shooting di Las Vegas and Africa - highly recommended.

Gimpo International Airport
Lebih kurang pukul 5.30 pagi, dah sampai di Gimpo International Airport.  Airportnya besar juga, tapi interiornya design lama. Disebabkan tiada luggage untuk check-in dan boarding pass dengan barcode dah di e-mel oleh Air Busan awal2 lagi, so kami pun terus ke balai berlepas.


departure gate
berkabus
Yang bestnya Air Busan ni, masa booking flight, boleh pilih tempat duduk, free of charge. Memang pilih tepi tingkaplah, tapi cuaca pula berkabus. Lebih kurang sejam, Alhamdulillah, mendarat di Jeju International Airport. Kami terus ke Information Centre untuk booking teksi untuk lapan jam di Jeju, sebab penerbangan balik ke Seoul pada pukul 6.20 petang.


Mr Gim wth his taxi

Pilih yang pandai cakap English, sewanya KRW150,000 untuk lapan jam. Inilah taxi driver-cum-tour guide yang membawa kami di Jeju, Mr Gim. Dia ni dulu kerja dengan kapal dagang, pernah tinggal di Penang, bolehlah cakap Bahasa Melayu sikit-sikit. Kalau ada sapa-sapa nak booking, boleh terus arrange dengan dia, nombor telefon seperti di bawah (tolong promo).


Dalam teksi, kami pun bincang2 nak pergi mana.  Disebabkan Jeju ni besar, nak cover semua tempat menarik dalam masa yang terhad, memang tak sempat. Saya dah prepared awal-awal itineraries kami di sini, tunjuk kat Mr Gim. Kami plan nak ke sebelah timur, nak pergi Seopjikoji dan Seongsan Ilchubong, tempat-tempat lain boleh pergi ikut timur atau barat. Tapi Mr Gim beritahu sebelah barat lagi cantik, sekarang ni berkabus lah, dia ada tempat menarik nak tunjuk lah,..bla..bla..kami pun ikut je lah, sebab dia local lagi pun dia dah banyak kali bawa tourists, mesti betul cakap dia. 

Tempat pertama yang Mr Gim beria-ria nak tunjuk kat kami ialah Hallim Park. Mr Gim asyik cakap park ni cantik lah, dia dah bawa ramai tourists ke sini, semua cakap cantik, tak kan menyesal lah..kami pun iya je lah. On the way, singgah di sini, Hyeopjae Beach. Cantik pemandangannya. Dari jauh nampak Biyangdo Island.



icon Jeju Island
Terdapat dua patung icon Jeju Island iaitu haenyo dan wanita membawa mulheobeok - bekas air stail Jeju. Haenyo ialah wanita penyelam tanpa balang gas oksigen, mereka ni hanya ada di Jeju Island sampai sekarang. Mulheobeok pula seperti fakta dibawah.




*Selingan* dalam cerita Jewel in the Palace, ada babak yang heroin membawa 'mulheobeok' ni semasa mencari air di Mount Halla ketika di Jeju.

Kemudian meneruskan perjalanan ke Hallim Park. Entrance fee KRW9,000. Mr Gim pun turut masuk sama, jadi tour guide kami. Hallim Park ni terletak di Hallim-eup (eup=daerah) dan dibuka pada tahun 1971, dah 42 tahun park ni. Pengasasnya Mr Song, Bong-kyu. Luasnya 100 ribu meter persegi (lebih kurang 25 ekar), macam-macam ada. Jom, mari kita lihat.




dolhareubang - the grandfather stone
nicely done
Kami start dengan Subtropical Garden..ada macam-macam pokok bunga (jenis yang ada kat Malaysia), kaktus, pokok herba dan pokok buah-buahan serta binatang-binatang reptilia seperti biawak, cicak besar ada disini.



pokok betik..hihi..
pokok pisang..haha..
Sejujurnya, bila tengok macam ni, saya dah macam bengang dengan Mr Gim, setakat nak tengok pokok betik, pokok pisang, bunga kertas, bunga raya, lebih baik tengok kat Malaysia je. Yang Mr Gim ni pulak asyik cakap..very nice..very nice..tapi nak bengang lebih-lebih pun, kesian pulak sebab dia orang tua, dah berumur 65 tahun..ikut jelah..

Kemudian ke Palm Tree Avenue..haha..tengok pokok palma..di sini Mr Gim cakap "it's like your country"..macam tahu-tahu je, kami dah bengang sebab dia yang suggest tempat ni, hehe..jalan lagi ke 'Wild grass & Flower Garden"..tengok pokok bunga pula..on the way, ada batu-batu lava ni..

batu-batu lava
Aku tengah bersedih
Kemudian masuk gua lava - Hyeopjae & Ssangyong Caves - Korean Natural Monument No. 236. Gua ni pendek sahaja, menurut sejarah ianya tercipta daripada letusan Mount Halla dan stalagmite dan stalactite nya dari jenis fosil karangan laut termasuk abalone shells, maknanya kawasan ni dulu ditenggelami air.




Tak nak spoil the holiday mood, ceria-ceriakan diri sendiri. Sambung ke Jeju Stone & Bonsai Garden, di sini ada macam-macam pokok bonsai dan pelbagai bentuk batu lava gunung berapi.


batu-batan
Batu & bonsai
Bonsai
Selepas tu ke Jae-Am Folk Village, kampung tradisi Jeju. Bukanlah kampung ada orang tinggal, cuma ada beberapa buah rumah contoh sahaja.


thatch house


tempat letak bayi
Selepas Folk Village, lalu di kawasan Taman Burung, yang ni kami tak pergi sebab dah tak larat nak jalan, lagipun baru pergi KL Bird Park. Stone Exhibit Hall pun skip, rasa malas nak tengok, nak keluar cepat-cepat je, terasa banyak masa dibazirkan di sini sahaja, nak pergi tempat lain pula. On the way to the exit point, lalu di water garden ni.  Mr Gim ajak buat satu pusingan ke arah waterfall tu, dah tak larat nak jalan..akhirnya ke parking lot.


Tempat ni OK, tripadvisor bagi 4 bintang.  Tapi disebabkan dah pergi ke Garden of Morning Calm, rasa kurang berminat nak jalan-jalan kat park ni. Kalau ada masa lebih di Jeju, bolehlah melawat tempat ni, kalau tidak boleh skip saja. Bersambung ke destinasi seterusnya.

13 comments:

  1. Wah, bestnya bercuti di Korea.... Shopping sakan ya!!! Ni mesti banyak beli brooch....

    ReplyDelete
  2. Takde lah sakan, brooch pun tak beli, banyak beli fridge magnet & keychains saja..

    ReplyDelete
  3. Wah pergi Jeju balik hari je, macam balik kampung...

    ReplyDelete
  4. Mie,

    sebenarnya gi Jeju ni takde proper planning, masa tu fikir just sewa teksi, pegi tempat2 menarik mana yg sempat, then balik ke Seoul, lebih kepada nak feel berada di Jeju..

    ReplyDelete
  5. salam sis..boleh tak email sy atiqahmstp@gmail.com nak tanya pasal nak pg jejudo.. thanks sis

    ReplyDelete
  6. Anon,
    W'salam. Already emailed to you..

    ReplyDelete
  7. Assalam sis, sy nak tanya dari GH ke Gimpo Airport tu sis naik transport ape ye? tq ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..akak naik teksi, GH yg tolong booking teksi...

      Delete
    2. ok tq akak.. sbb kitorg punye flight g jeju tu pukul 7 pagi so xtau nak pegi Gimho Airport tu naik ape..mahal x teksi charge? tq akak ;)

      Delete
    3. rasanya less than 50,000 won, dah x ingat berapa...teksi charge ke airport lebih kurang sama ratenya kalau teksi biasa...

      Delete
  8. assalamualaikum sis, nak tanya.. tiket ke jeju kene beli melalui kredit kad ke atau tunai??
    Thanks atas info drp blog ni. sangat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..kalau beli online, selalunya kena bayar guna kredit kad..
      you're welcome..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...