Monday 24 June 2013

South Korea : Day 7 - Gangnam

Assalamualaikum...salam Nisfu Syaaban..

Sambung kisah di hari ke-7 di South Korea.

Selepas seharian di Jeju-do semalam, letihnya lain macam. Hari ni hampir pukul 9.00 pagi, baru keluar dari guesthouse.  Tempat nak dituju hari ni jauh juga, ke bahagian selatan-timur Seoul iaitu Korean Folk Village.

Laluan yang diambil: Dari Euljiro 3(sam)-ga, ambil Line 3 ke stesen Seoul National University of Education, kemudian naik Line 2 ke Gangnam station, keluar Exit 10, jalan straight sampai jumpa bus stop, kemudian naik bas no. 5001-1 ke Korean Folk Village. Untuk ke bus stop, sila rujuk disini. Untuk ke Everland pun kena tunggu di bus stop yang sama.

Transit station
Sebenarnya, boleh je naik terus Line 2 dari Euljiro 3(sam)-ga station ke Gangnam, tetapi disebabkan keluar lambat, kebarangkalian nak dapat tempat duduk tu memang rendah. Laluan Line 2 ke Gangnam ni, lebih jauh, kena melepasi 23 stesen baru sampai Gangnam. Mahu cramp kaki berdiri..kalau ikut Line 3 tadi, cuma 10 stesen je dah sampai Gangnam..save energy sebab ikut route ni pun kena berdiri juga sampai Gangnam..

Laluan alternatif, boleh naik Line 1, turun di Suwon, ada shuttle bus terus ke Korean Folk Village.  Laluan ni lebih kurang sama jauh dengan Line 2 tadi. Disebabkan nak menjejakkan kaki di Gangnam, kami ambil laluan yang pertama tadi. Feeling- feeling..Gangnam-style..

follow this
subway to Gangnam
Subway ke Gangnam ni penuh sesak, padat walaupun dah dekat pukul 10.00 pagi. Masih ramai nak ke pejabat..
 
Dah sampai
 Di sepanjang jalan menuju ke pintu keluar, banyak sungguh iklan plastic surgery..


Underground shopping complex di Gangnam station ni memang terbaik, cantik, berkilat-kilat, maklumlah tempat orang kaya-kaya. Myeongdong pun kalah. Memang ralit duduk dalam ni, rasa macam tak nak keluar..betul2 distraction..luas dan good decoration and lighting..kedai-kedainya pun OK, standard high-street shops..



Singgah di Paris Baguette untuk sarapan. Sebab utama pilih Paris Baguete ni ialah ianya dah dapat pengiktirafan halal dari Korea Muslim Federation (KMF), boleh baca disini.  Memang banyak cafe-cafe di Seoul ni, tapi rasa was-was nak makan, takut mereka guna 'lard' untuk bun, kek dan pastry.

semuanya sedap
breakfast in Gangnam
Dah sarapan, bergerak ke Exit 10. Jauh juga nak berjalan ke bus stop. Tapi tak terasa sebab sambil jalan snap-snap gambar. Cuaca pun Alhamdulillah, OK. Jom tengok Gangnam Central Business District.
 
Oppa Gangnam style




psy in action

hero kdrama the Moon Embracing the Sun

on the way to bus stop
Memang ralit snap2 gambar bangunan di Gangnam. Dah sampai di perhentian bas. Tengok ramai dah beratur, rupa-rupanya yang nak pergi ke Everland Theme Park.

.

Ada seorang pakcik ni tiba-tiba suruh ambil gambar bus stop ni. Rupa-rupanya staff syarikat bas. Dia tunjuk kat directory bus, mula-mula tunjuk ke tulisan Everland dan kemudian ke tulisan Korean Folk Village (dua ni je yang ada dalam English, yang lain semua dalam Hangul), nak tanya kami nak gi mana, macam tu lah maksudnya.  Saya pun tunjuk ke tulisan Korean Folk Village, dia angguk-angguk, kemudian tunjuk tempat nak beratur, siap suruh kami berdiri kat situ. Wahh, tegas betul pakcik ni..sebenarnya kami nak berteduh bawah pokok sebab panas, lagipun bas belum sampai lagi. ikut je lah arahan pakcik tu..

Bas dah sampai, jom naik..boleh guna T-money..bas ada wi-fi and CCTV.  Semua bas awam di Seoul ni ada CCTV..so, dilarang buat aksi terlampau..korek hidung ke..

wi-fi and CCTV

Bila dah naik bas, rupanya boleh tunggu di satu lagi bus stop yang tertulis Gangnam Station, keluar Exit 5, lagi dekat...

on highway - ada special lane untuk bas
Keluar dari Gangnam city menuju highway, jalan 'jam', ingatkan apa, rupanya ada kereta masuk longkang..semua drivers pandu perlahan sebab nak tengok..haha..mentality sama macam orang Malaysia juga..manusia sama je..

Bersambung..

22 comments:

  1. Lamanya di Korea. Berapa hari. Betul manusia memang suka tengok tragedi tapi takut mengalaminya.

    ReplyDelete
  2. 8 hari, Pok Li. Hari-hari terakhir di Korea..

    ReplyDelete
  3. Mungkin akan ke Jeju juga nanti, tiket ke Busan dah ada ni, tapi lambat lagi...

    Aritu cuma enam hari je di Seoul, nak mengukur jalan kat Gangnam pun tak sempat...

    ReplyDelete
  4. wah, bestnya..enjoy yourself in Busan and Jeju in your next trip to Korea..

    ReplyDelete
  5. dulu2 gangnam underground market tempat kami lepak2 sbb murah2 barang2 nya...rindu korea..

    ReplyDelete
  6. wahh bestnya teringin nak pergi :)

    ReplyDelete
  7. assalam..salam kenal jln2 dh sampai Korea arini....

    ReplyDelete
  8. mulan,
    tak sempat nak ronda keseluruhan underground shopping complex ni..tapi sempat jg sambar satu handbag at a discounted price..

    czueka,
    dah belajar Bahasa Korea, harus pergi Korea ni, praktis..praktis..

    ReplyDelete
  9. Mila@Rimbun,
    Alhamdulillah..make it happen..

    paridah,
    W'salam. Hanya catatan pengembara picisan shj..

    ReplyDelete
  10. pic2 banglo2, condo2 x amik ke? kn gangnam ni persis desa hartamas... ;-)

    p/s walkathon tu dianjurkan oleh SP Setia berhad

    ReplyDelete
  11. anies,

    tak sempat nak explore Gangnam area, cuma main road ni saja, itupun sebab nak ambik bas kat sini..

    ReplyDelete
  12. Best nyer dapat pi korea..
    Bagus pasal info makanan dan tempat halal tu..
    Azam suatu hari nanti nak pi korea ju-ga :-)

    ReplyDelete
  13. Time Traveller Boy,
    Pergilah mengembara ke Korea, negara menarik..

    ReplyDelete
  14. Time Traveller Boy,
    Korea Selatan, negara cantik & menarik..

    penyisir rambut,
    Ya, dalam kawasan Seoul, di selatan Seoul city centre..

    ReplyDelete
  15. Salam sis, boleh email itinerary south korea kpd saya ? hmk_nazrulhakimi@ymail.com . thnks.

    ReplyDelete
  16. W'salam..tq for visiting here..

    Itinerary akak seperti entry2 yg ada, day by day..summary of itinerary ada dlm entry overview..mungkin boleh dijadikan panduan..

    ReplyDelete
  17. Aritu tak sempat cover Gangnam sebab kawan takmo pi..T_T
    Next visit akan pastikan singgah di Gangnam..saje nak tgk Gangnam..hehehe..

    ReplyDelete
  18. May Yahya,
    Akak pun x sempat nak jln2 di Gangnam, cuma singgah sbb nak ambik bas ke Korean Folk Village saja..

    ReplyDelete
  19. kalau tahu roti tu halal, masa kebuluran confirm masuk.huhu..same lah pengalaman kita. Masa sy tunggu bus nk pergi everland pon ajusshi tu suruh snap gambar..boleh check kat blog saya kalau nk baca pengalaman saya kat sane.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma Paris Baguette je yg confident nak makan...dah baca your entry..pakcik tu tegas semacam tapi baik hati kan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!