Sunday 7 July 2013

Jalan Tengah KL

Assalamualaikum..lagi tiga hari nak menyambut bulan puasa, marhaban Ya Ramadhan..

Baru-baru ni saya ke Menara Dion di kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur. Kawasan ni memang famous sebab banyak upmarket, high-end kondominum, hotel, bangunan pejabat  dan kompleks membeli-belah. Semasa nak balik naik monorel di stesen Raja Chulan, ternampak ramai penjaja sedang membuka khemah di sepanjang jalan di tepi Menara KH (dahulunya Menara Promet). Rupa-rupanya ada Bazaar Tengahari hari ni, hari Jumaat. Inilah pertama kali menjejakkan kaki di bazaar ni.


Jalan ni namanya Jalan Tengah, mungkin sebab berada di tengah-tengah, menghubungi Jalan Sultan Ismail dan Jalan P. Ramlee. Bazaar ni bazaar yang ada permit nya, so takde lah DBKL datang angkut naik lori..



berlatar-belakang St Mary Residence
the entrance to St Mary Residence
high-end condominums and retail lots
dereten gerai-gerai
Di kunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat, sampaikan orang sakit mental ni pun ada. Terambik gambar pulak, candidlah katakan..Kebanyakan pengunjung ialah pekerja-pekeja pejabat di sekitar kawasan Bukit Bintang. Menurut seorang peniaga di sini, waktu makan tengahari, kawasan ni penuh sesak dengan pengunjung.

Macam-macam ada dijual disini, daripada makanan, pakaian hinggalah ke pokok bunga.


pokok bunga
di celah-celah pembangunan kotaraya
Bagi sesiapa yang berada di kawasan Bukit Bintang pada hari Jumaat, bolehlah singgah di sini, tapi kurang sesuai untuk lelaki Muslim sebab mereka kena gi solat Jumaat. Bazaar ni dibuka sehingga pukul 3.00 petang..check it out..

7 comments:

  1. penyisir rambut,
    memang jem, dengan gerai2, pejalan kaki, kereta lagi..

    paridah,
    kat KL ni tiap2 hari jem..

    ReplyDelete
  2. sure bazaar tu dipenuhi oleh orang perempuan ajer..... orang lelaki gi sembahyang jumaat kan!!!!

    ReplyDelete
  3. zana-norzana,

    mungkin juga, sebab masa sampai sini belum pukul 12.30 lagi..

    ReplyDelete
  4. mcm2 ada jual tu . mmg lah best kaum pompuan pi cuci mata tang rehat lama kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat hari Jumaat, time orang lelaki gi solat Jumaat, memang best utk kaum wanita..org kerajaan rehat lama, yg swasta satu jam saja..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!