Tuesday, July 2, 2013

South Korea: Day 7 - Korean Folk Village (Finale)

Sambung entry sebelum ni.  Selepas bertandang ke rumah nobleman, berjalan merayau-rayau sekitar kampung, melawat kawasan. My sister berehat di wakaf. Saya jalan sorang-sorang ke sini - Nea Ja-Won (Historical Drama Filming Experience).


sageuk kdramas
Ada tempat photoshoot macam di atas...dari kiri atas: the Moon Embracing the Sun dan Time Slip Dr Jin. Di bawah: Arang & the Magistrate dan Sungkyunkwan Scandal.

rumah eunuch
Eunuch, you all tahukan siapa? Lelaki yang kena 'kasi', hidupnya hanya berkhidmat kepada raja. Ketua eunuch tugasnya sebagai 'butler', PA kepada Raja. Golongan eunuch ni menjaga hal ehwal istana seperti pentadbiran, kewangan dan rekod-rekod peribadi raja dan keluarga diraja. Di dalam drama the Jewel in the Palace dan Dong Yi, boleh lihat peranan golongan eunuch ni..drama lain pun ada, tapi cuma peranan ketua eunuch sahaja..

Kemudian saya ke Marketplace - the Bazaar. Terserempak dengan my sister di sini, sedang belek-belek fridge magnet. Decided to take lunch di sini, jika ada menu yang boleh dimakan. Ada beberapa cafe dan juga foodcourt. Mari lihat apa yang dijual..

kedai jual minuman & ais krim
the marketplace
hajat tak kesampaian
Mula-mula nak try Tteok ni tapi bila tengok gerainya ada juga menjual roasted pork, cancel terus. Pilih yang ni Haemul-pajeon, seafood with green onion pancake..harga KRW13,000.

open kitchen concept - boleh berdiri ditepi tengok ahjumma ni masak
Gerai ni jual empat jenis pancake, InsyaAllah, boleh dimakan.  Selain  haemul pajeon, menu yang lain - kimchijeon (kimchi pancake), nokdu bindaetteok (grated mung bean pancake) dan gamjajeon (grated potatoes pancake). Bukan ganja ye, gamja..

tempat makan yang sempoi - open air

haemul pajeon
Haemul pajeon ni cuma ada sotong kurita kecik dan kupang (sikit-sikit je), daun bawang dan lobak merah (yang ni banyak).  Ada kicap pencicah, tapi kami tak cicah pun, sebaliknya makan dengan sos cili peket KFC *ada spare dlm bag*, wahh..rasanya sebijik macam cucur udang kat Malaysia..sebab tepungnya banyak. Di sini takde gerai jual air, sebab air free je..seperti biasa air kosong, ambik di tepi tiang.. DIY..

Lepas makan, jangan lupa simpan tray di tempatnya seperti ni..
 
energy saving
Dah makan, buat U-turn, bergerak ke arah main entrance sebab marketplace ni berada di bahagian hujung sekali. Dah dekat pukul 2.00 petang, masa untuk pertunjukan Farmer's Music and Dance. Farmer's Dance ni dipersembahkan semasa musim menuai, harvest festival gitu..chuseok dalam bahasa Korea.

nice headgear
colourful
menterbalikkan diri
goyang kepala
aksi gasing pangkah


Habis je tarian ni, ada lagi satu pertunjukan - Acrobatics on a Tightrope walking. Yang ni hari Isnin, off.

bikin copot-copot jantungku
Penonton membuat muzik latar dengan ooohh..ahhh..eeiii..seriau je tengok..Tak menunggu sampai habis, bergerak ke kampung seberang, menyeberangi sungai melalui the stepping stones..natural bridge..

natural bridge..
swinging on the swing
Ada buaian, teruja nak naik..kalau ada buaian yang boleh berdiri macam dalam the Princess' Man lagi best..*berangan*

buaian berdiri dalam kdrama the Princess' Man
Ada rakit dan juga perahu, boleh naik..tapi malas nak naik. Jangan risau ada life-jacket, bagi sesiapa yang nak naik.

sejuk mata memandang
Disini juga ada mini theme park, hostel, World Folk Museum dan convention centre tetapi kalau nak pergi bahagian ni kenalah beli tiket untuk full admission = KRW20,000. 

blacksmith workshop
Hallyu star shop
Terserempak dengan pelakon-pelakon tambahan, ada berpakaian polis, scholar, commoner..

Pelakon-pelakon on the way to shooting location

Bersebelahan KFV, ada Gyeonggi Korean Traditional Music Centre. Luasnya 48,000 sq. metres (14,549 pyeong). Pyeong ni ukuran di Korea, kalau kat Malaysia, ekar lah kot. Yang ni tak pergi, tak berminat, lagipun tak buat research mengenai tempat ni.

Kami pun tunggu bas 5001-1, bas penuh, saya kena berdiri sampai Gangnam, my sis dapat seat. Kali ni turun di bus stop Gangnam Station, ikut Exit 5 ke underground shopping complex. Sambung aktiviti shopping dan cuci mata pula..beli satu handbag di sini, souvenir untuk diri sendiri, harganya reasonable sebab ada huge discount..takde jenama tapi jenis kulit, jadilah.

Electric blue  *non politically related*
Kemudian decided nak ke Cheongdamdong, influenced dari kdrama Cheongdamdong Alice. Sebenarnya nak tengok garosu-gil - tree-lined streets di Cheongdamdong Street. Untuk ke Cheongdam dari Gangnam, cuma transit dua stesen sahaja. First naik Line 2 ke Seolleung, sambung Bundang line ke Gangnam-gu Office and then Line 7 ke Cheongdam station.


Cheongdamdong di Exit 5
Keluar Exit 5, berada di permulaan Cheongdamdong Street. Hajat hati nak berjalan hingga ke Apgujeong Rodeo Drive tapi dah penat. Jadilah sekadar menjejakkan kaki di Cheongdam, mission accomplished.

Cheongdamdong dan Apgujeong ni dianggap sebagai 'the Beverly Hills of Seoul" - banyaklah upmarket retailers seperti Louis Vuitton, Prada, Gucci, ada gedung-gedung mereka tersendiri di sepanjang Cheongdamdong Street. Apgujeong juga pusat 'plastic surgery' di Seoul..patutlah banyak benor iklan plastic surgery di stesen subway..

depan lagi, dah menghijau pokoknya

Cheongdamdong Street - KTO website
Turun ke underground shopping complex di Cheongdam station, jalan-jalan, beli nasi di Daiso dan beli kuih kek beras, tteok - satu plain, satu lagi bersalut kacang..dua-dua rasa tawar..

tteok
Untuk balik ke GH, ambil Line 7 ke Express Bus Terminal, sambung Line 3 ke GH. Start packing, esok dah nak balik Malaysia..huhu..

4 comments:

  1. Luas sungguh kawasan Korean Folk Village tu ye... kena allocate sehari suntuk baru dapat cover semua tu rasanya..

    ReplyDelete
  2. Ya memang luas, tak sempat nak cover semua, terpaksa skip banyak tempat..

    ReplyDelete
  3. Salam .... Tgh mencari2 entri ttg korean folk village tjumpa blog ni... Good info.... So, kt dlm KFV tu ada jugak mknn halal yg kita boleh mkn erk?

    ReplyDelete
  4. W'salam. Ya, ada satu gerai yg jual makanan yg org Islam bolehlah makan..enjoy your trip to KFV

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...