Saturday 14 September 2013

A Journey to the East : Tamparuli

Assalamualaikum,.cerita hari kedua di Sabah..

Pukul 7.00 pagi, kami check-out dari apartment. Malam ni, mengikut itinerary, menginap di Kundasang pulak. Mel sudah menunggu dengan Toyota Rushnya. Langsung ke Warisan Plaza untuk menunggu bos dan budak-budak Sabah office. Selesai breakfast, bergerak ke Kundasang, yang terletak di kaki Gunung Kinabalu.
  
On the way to Kundasang, kita akan melalui kawasan Tamparuli. Yang popular dengan lagu Jambatan Tamparuli, lagu rakyat negeri Sabah. Singgah di sini dulu..Rumah Terbalik..kena adjust minda..terbalikkan semula di dalam otak..


Nak masuk ke dalam rumah ni, bayarannya RM10.00, tapi tidak dibenarkan ambil gambar, nanti didenda RM1,000/-. Untuk berjalan-jalan di halaman rumah, bayarannya cuma RM5.00. 

tour guide
Ketuk gong sebelum masuk, tanda ketibaan ahli rombongan..pelan rumah ni simple saja, cuma ada ruang tamu bersambung dengan ruang dapur, satu balcony, satu master bedroom dan satu bilik tidur. Semua perabot, perkakas terbalik, kecuali tiga benda. Cuba teka benda apa? teka-teki..benda2 tu ialah air-cond, kipas dan CCTV..untuk kegunaan harian..

bahagian belakang

tandas
garden

car porch
pandangan sisi

Selepas bertandang ke Rumah Terbalik, kami singgah di Pekan Tamparuli. Kena menyeberangi jambatan konkrit ni..di sebelah kiri atas, itulah Jambatan Tamparuli, jambatan gantung..

seriau..takde dinding jambatan ni..
 
di permulaan Jambatan Tamparuli

Jambatan Tamparuli

Pekan Tamparuli ni kecik saja, pekan koboi. Mengikut kata Jeff yang berasal dari Kundasang, Tamparuli mendapat nama dari perkataan 'tempat lori'...dulu banyak lori balak kot kat sini..Dan menurutnya lagi, sistem barter (sistem tukar barang) masih lagi diamalkan oleh segelintir penduduk di sini..

pasar Tamparuli

pekan lama
Pekan lama
stesen bas mini
bas mini
Kehidupan di sini nampak tenang, tiada trafik jam..slow pace. Selepas membeli barang-barang untuk dibawa ke Kundasang, kami pun bergerak meninggalkan pekan Tamparuli..

14 comments:

  1. Jambatan yang di bawah tu agak mencabar, dahlah tak berpagar, luas pulak tu...

    ReplyDelete
  2. atulasca,
    exercise minda..

    Pak Lang Mie,
    Sungainya memang luas, disebabkan hujan hari sebelumnya, air sungai hampir2 mencecah jambatan..memang suspens..

    ReplyDelete
  3. seronok dpt jln2 luaskn pndgn sambil brfikir tntg uniknya sesuatu...

    ReplyDelete
  4. kalau saya melalui jambatan kat bawah tu sure tutup mata dari mula hingga ke akhir...... masa naik jambatan gantung tu tak nyanyi ker????

    ReplyDelete
  5. paridah,
    Alhamdulillah, ada orang belanja, kak..

    zana,
    tak sempat nak nyanyi, hehe..ada yg goyang-goyangkan jambatan..buat suspens, tak sempat sampai ke hujung..

    ReplyDelete
  6. Wah rupanya kat malaysia ada rumah terbalik juga... huhuhu ketingalan keretapi lah kita

    ReplyDelete
  7. Lama sudah tidak ke Kundasang. Selamat kembara

    ReplyDelete
  8. norati abdullah,
    Yang kelima di dunia dan pertama di M'sia..tq for your visit..

    Pok Li,
    Saya baru first time datang sini..byk tempat tak sempat pegi lagi di Kundasang & Ranau..

    ReplyDelete
  9. Rumah terbalik tu.. menarik..
    kelakar pun yer.. :D

    tengok mini bas guna van tu teringat kat afrika.. kat afrika ia di panggil "Combi"..

    ReplyDelete
  10. Time Traveller,
    dah jadi tourist attraction pulak, ada lima rumah terbalik di dunia ni..

    Menarik nama tu.."Combi", teringat cerita Ibu Mertuaku..

    ReplyDelete
  11. pokok bunga terbalik tu palsu ke betul ... mmg klasik betul pekan tamparulli tu . dah mcm pekan zmn saya kecik dulu jer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok bunga tu betul punya.

      Tamparuli pekan kecik..mmg nmpk klasik..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!