Wednesday, September 25, 2013

Back to KK and Off to KL

Assalamualaikum..hari ketiga di Sabah. Hari Ahad, 8 September 2013.  

Bergerak turun dari Kundasang ke Kota Kinabalu. Masa ni hujan renyai-renyai. Sampai di Kota Kinabalu, hujan turun dengan lebatnya. Tak jadi singgah di Masjid Terapung dan Pantai Tanjung Aru.  Meneruskan perjalanan ke Restoran Ummi Aisah di Alamesra, berhadapan One Borneo Hypermall. Semua order signature dish iaitu nasi kukus ayam goreng berempah. Ada satu lagi signature dishnya iaitu Sanggar Keju..order dua pinggan..

signature dish  - nasi kukus ayam berempah
Sanggar keju @ pisang goreng keju (source: foursquare)
Hujan-hujan memang best makan pisang goreng panas. Memang best sanggar keju ni..

Plan nak pergi muzium (sebab nak pegi kampung budaya dlm kawasan muzium) terpaksa dibatalkan sebaliknya singgah office untuk buat web check-in dan ambil barang-barang yang dibeli pada hari pertama. Naik MAS, ni yang tak best, cuma boleh buat web check-in 48 hours before departure time..

only in East Malaysia
Check-in balik ke apartment yang sama, Promenade Apartment @ Api-Api Centre. Pukul 5.00 petang, masih lagi hujan, tapi dengan semangat waja, kami bertiga berpayung meredah hujan untuk ke Pasar Filipina dan Pasar Ikan Masin.

pasar ikan masin
pasar ikan masin
Dapatlah beli ikan terubuk masin, udang kering dan sotong kering..untuk diri sendiri dan juga kiriman kawan-kawan..
 
-------------------------------
Malam hari. Hujan masih lagi belum berhenti. Mula-mula nak turun tapau McDonald je. Tapi dah di Sabah, nak juga makan seafood. Sarah yang pernah ke KK, suggest makan kat Welcome Restaurant, ada bahagian halalnya. Akhirnya, semua bersetuju, bila google, dekat saja tempatnya dengan Api-Api Centre, seberang jalan saja. Nak pergi jauh, rasa malas dengan hujan lagi.

So, apalagi dengan berpayung, gigih berjalan kaki mencari Welcome Restaurant. Bila dah jumpa, rasa tak sampai hati pulak nak makan di sini..merayau-rayau cari restoran orang Islam, last-last jumpa yang ni, di bawah jejantas..di Asia City kompleks..jadilah..daripada was-was nak makan, lebih baik yang ni..



Tapi seafoodnya very limited edition..lastly, semua pilih makan nasi goreng dan order ikan belais masak tiga rasa. Ikan belais? First time ni, ikan ni dipanggil juga ikan belawis atau barona, cuma terdapat di perairan Sabah. Kat Semenanjung, tak tahu lah ada kot species ikan ni..

ikan belais (source: amie's little kitchen)
Sedap ikan ni, lebih kurang macam ikan bawal juga. Gambar ikan belais tiga rasa lupa nak ambil, segan pun ada..(sebenarnya sampai je ikan, terus attack)..curios, curious..

-----------------------------------

Keesokan harinya, flight balik KL pukul 9.50 pagi..check-out and off to airport..selesai bag drop segala..on the way to immigration..singgah pulak kedai ni...kedai frozen seafood..tempat membeli ikan di airport..

good location
Mula-mula nak tengok ikan apa yang boss no.2 kirim Aaren beli..aleh-aleh, yang dua orang tu berminat pulak nak beli..baby lobster..

Diskusi..nak beli baby lobster pulak
ikan-ikan
udang and abalone
close-up - ikan
Pening boss tengok perangai staff..tak habis-habis membeli. Last ni, boss..ke akhir garisan..sebelum naik belon..
-------------------------------------------------------- 

Dari KLIA, naik ERL ke TBS..


beg yang beranak-pinak
Sekian,  the journey to the east...Thanks for reading.

25 comments:

  1. wowwww banyaknya hasil belian di KK

    ReplyDelete
  2. wah seorang sampai 4 beg... fuyooo shopping sakan ni

    ReplyDelete
  3. Dekat airport ada jual ikan yee.. :D
    hmm.. menarik..!

    ReplyDelete
  4. JLN2 JAUH SHOPPING IKAN JER BANYAK2 BEST NI...MMG SUKA MAKAN IKAN...

    ReplyDelete
  5. zana,
    secara total consider banyak jg..dua org ofismate siap beli beg canvas sbb brg2 bulky..

    norati,
    seorg dua beg je..saya cuma beg troli and backpack..yg lain ofismate punya, mereka shopping sakan..

    ReplyDelete
  6. acik idah,
    memang ramai yg beli frozen seafood kat kedai ni, semua keras mcm batu..

    paridah,
    ikan kat sini, takde kat semenanjung sbb tu ramai yg beli as buahtangan from Sabah..

    ReplyDelete
  7. Bestnya..kat airport pun ade jual ikan..org kata kalau nak makan sea food murah dan puas pegi ke sana..btulke?

    ReplyDelete
  8. lama betol tak pekena goreng pisang panas...

    ReplyDelete
  9. Fatahiyyah,
    Dgr khabar seafood kat Sabah murah-murah, boleh makan dgn puas tapi akak cuma dapat mkn ikan belais tu je..

    mulan,
    pisang goreng panas + keju..melt in the mouth..

    ReplyDelete
  10. Tak kiralah jenjalan ke mana pun yg pasti beg anak beranak-cucu-cicit. Selagi dompet masih ada sisa selagi itu memberli. Apa lagi kalau just swap kad lagi senang kan...

    Kakak geram ikan masin dia bergayutan:)

    ReplyDelete
  11. Kakzakie,
    ya, benar sekali, kdg2 beli buah tangan lagi byk utk diri-sendiri..sampai ke duty free, tak habis shopping lagi..

    tq for visiting here..

    ReplyDelete
  12. teringin juga nak ke sabah. kalau macam ni poket kena tebal dulu baru leh pergi =)

    ReplyDelete
  13. eira eixora,
    InsyaAllah, ambil langkah-berjimat cermat, elakkan tmpat2 shopping..hehe..

    ReplyDelete
  14. Dah masak ke sotong / ikan yg dibeli tu hihi...

    ReplyDelete
  15. Shopping sakan....syok nya shopping. Time 2 mesti plan nak bt sourvenir ikan masin pada kawan2. hehe

    ReplyDelete
  16. Done follow sini juga...salam perkenalan.

    ReplyDelete
  17. nohas,

    thanks follow blog sy...pttnya mggu ni pun sy ke KK juga...tp dh xde rezeki, nak bt mcm mane..

    ReplyDelete
  18. Kakzakie,
    Saya cuma beli ikan terubuk masin dan udang kering. Yg frozen seafodd kat airport tu, tak beli apa2..

    nea lopah,
    salam perkenalan..bagi souvenir udang kering sbb mereka kirim, malas nak ambik duit..

    DATT,
    InsyaAllah, adalah rezeki tu di lain masa..

    ReplyDelete
  19. fuyohhh shopping sakanns bahh.,ahHks

    ReplyDelete
  20. Wak Gelas,
    Byk beli utk souvenir..Tq for coming here..

    ReplyDelete
  21. done follow sini no. 75
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. tenku butang,
    salam kenal, thanks for visiting here, will follow you back..

    ReplyDelete
  23. Teringin juga nak buat beg beranak pinak mcm tu .. tapi takde bajet hahaha.. Ikan Belais tu nampak macam kerapu pun ada.. mesti sedap huhuhuu..

    pasar Ikan Masin tu murah2 ker?

    ReplyDelete
  24. TT,
    dah bekerja, adalah budget tu nanti..ikan belais mcm rasa ikan bawal..

    Pasar ikan Masin tu kena tawar-menawar, kalau tengok tag harga, memang mahal..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...