Wednesday 18 September 2013

Sabah - Kundasang

Masih lagi di hari kedua di Sabah..

Dari Pekan Tamparuli, bergerak ke Kundasang.  Semakin tinggi, suhu semakin sejuk ditambah pula dengan hujan renyai-renyai.  Di kiri kanan jalan, kelihatan banyak sungguh signboards gereja Katolik. Singgah di Pekan Nabalu untuk sesi shopping.  

Kedai-kedai di sini simple saja, kedai papan atap zink. Macam ni baru best...authentic and rustic of country life..ditambah pula dengan peniaga di sini yang merupakan orang tempatan. Sesiapa yang ingin membeli T-shirt, harga di sini lebih murah dari Pasar Filipina di KK dengan design yang lebih cantik dan menarik.


Pekan Nabalu
Mag bermain gong, Jeff interframed di belakang
Max and Mag main gong, Aaren pun turut berminat
Kedai lagi
kedai di bahagian belakang
sesi membeli buah tarap
peniaga dgn bakul tradisional orang Dusun
Buah tarap ni ialah buah liar tumbuh di hutan. Bos memang nak kami yang dari KL makan buah ni..rupa dari luar macam nangka..di dalamnya..

buah tarap
Tadaa...macam cempedak..rasanya tak tau nak describe..lebih kurang cempedak versi licin nya, nak pegang pun susah..terus masuk mulut..

macam buah cempedak
Selesai sesi shopping, meneruskan perjalanan ke tempat penginapan, Strawberry Garden Apartment. Check-in dan berehat sambil post-mortem barang-barang belian di Pekan Nabalu.


Strawberry Garden Apartment
View from apartment..Subhanallah, Allah SWT ciptakan gunung-ganang sebagai pasak bumi

Itinerary seterusnya..ke Kundasang War Memorial. Lokasinya di Pekan Kundasang, entrance fee RM3.00. War memorial ini dibina untuk mengingati 2,400 tentera British and Australian yang terbunuh semasa dipaksa berjalan dari Sandakan ke Ranau..jauh gilak..


the entrance
the purpose
Mari tengok apa yang ada di sini...two gardens..Australian Garden and English Garden.  Australian Garden nampak OK, well-maintained tapi English Garden macam terbiar je..


Aussie Garden
staircase to English Garden
English Garden
cheeky reminder
another cheeky reminder...ada TV lagi..
list of POW's names on the wall
hillside village...orang bukit

Bersambung...

8 comments:

  1. indahnya pemandangan disana.... nak gi lah....

    ReplyDelete
  2. mesti sejuk kat situ sbb nmpk view cantik dikelilingi gunung-ganang...

    ReplyDelete
  3. Buah tarap?? macam cempedak?? mesti manis kan?? sedap sedappp :D

    Ada tv orang tak takut kot.. kalau ada camera.. baru lah orang takut nk curi hahahaa.. :P

    Kundasang memang cantik :D

    ReplyDelete
  4. zana,
    memang cantik..pergilah cuti-cuti Malaysia..

    paridah,
    Kundasang kawssan tanah tinggi. Suasana sejuk mcm di Cameron Highlands..

    Time Traveller,
    Akak pun baru tahu buah ni and first time makan..isinya tak tebal mcm cempedak, nipis je, lebih kurang mcm buah mata kucing..manis dan sedap..

    CCTV..jadi TV shj and Kundasang memang cantik, view gunung-ganang..

    ReplyDelete
  5. salam nohas..
    bestnya...tripni..iallah kalau ada rezeki lebih teringin nak jalan2 dengan family kesana...amin..tq for sharing

    ReplyDelete
  6. Fatahiyyah,
    W'salam, memang best jalan2 makan angin dgn family..

    ReplyDelete
  7. cantiknya. suka tengok gambar farm tu. hijau je. kalau bawak budak kecik lagi becok mulut dok tunjuk lembu lembu tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. org tua pun excited tengok lembu2 yg mcm kt New Zealand..budak kecik mesti lg teruja..hihihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!