Monday 23 September 2013

Ups and Downs the Hills in Kundasang

Assalamualaikum...sawasdee,.baru pulang..khob khun kha..

OK, sambung balik cerita hari kedua di Kundasang, dalam daerah Ranau, Sabah.  Selepas melawat Kundasang War Memorial, naik bukit untuk ke Desa Dairy Farm di Mesilau, tak jauh dari War Memorial. Untuk melihat lembu tenusu..kalau dalam iklan kat TV, tempat ni disamakan dengan New Zealand...betul ke? Ni kena tanya my boss sebab dia belajar di NZ..
 
the entrance to the viewing gallery
macam kat NZ yo!
lembu-lembu tenusu
proses memerah susu lembu
beratur untuk membeli ais-krim susu lembu segar  
 
Selepas melihat lembu-lembu tenusu dari viewing gallery, bergerak keluar untuk melihat anak-anak lembu dan juga kambing. Teringat nursey rhyme 'Old McDonald had a farm'..e-ya-e-ya-o..

kambing and lembu ranch

kambing menjadi model..pelbagai aksi..
moo..moo..
memberi makan kambing
memberi makan anak lembu

Selepas bergambar dengan lembu dan kambing, bergerak turun ke Kundasang Vegetable Market. Cuaca sejuk di Kundasang menyebabkan sayur-sayur seperti brokoli, cauliflower, lobak merah, salad, kobis, dapat hidup subur.


segar dari ladang
Hari pun dah menjelang senja, terus dinner di Intan Restaurant dan Cafe, di atas bukit, berhampiran Masjid Jamek Kundasang. View Pekan Kundasang dan hillside villages, memang menarik. Hati rasa gembira, ada juga masjid yang besar di daerah ini. Teringat kisah bekas vokalis kumpulan nasyid Raihan, Nazrey Johani yang berasal dari Ranau, yang sedang mencari dana untuk pembinaan sekolah tahfiz di Kampung Bitoon, Ranau.

Selesai dinner, balik ke hotel. Sebelah malam, aktiviti santai sambil makan kacang dan buah tarap. Max suruh boss bagi tutorial, erkk..holiday is holiday..

---------------------------------- 
Keesokan paginya, dalam pukul 7.00 pagi, bergerak ke Kinabalu Park untuk melihat Gunung Kinabalu. Dapatlah melihat gunung sebelum diliputi awan.

Kinabalu Park - UNESCO World Heritage site 
Gunung Kinabalu
pendaki-pendaki gunung sedang bersiap-sedia
malim gunung - tour guide untuk pendaki
view of the main road from Kinabalu Park
 
bagi mereka yang berminat


Selepas buat satu pusingan di Kinabalu Park tetapi tak dapat berhenti di Timpohon, kami pun pulang semula ke hotel untuk check out dan bergerak turun bukit menuju ke KK. On the way, singgah lagi di Pekan Nabalu, shopping...kali ni, di kedai lain pula. Kedai ni lagi murah dari kedai sebelumnya, maklumlah lokasinya agak jauh sikit dari jalan utama.


Bila bermusafir, sentiasa teringat keluarga dan kaum kerabat yang tinggal, belilah sedikit cenderamata..mengikut kemampuan..kalau nak beli untuk semua, parahh..#sakukurata..

11 comments:

  1. Jika nak naik Mount Kinabalu tu kene ada guide or boleh sendiri jer??

    Comel je kambing dan lembu tu di Desa Dairy Farm.. Gambaran mcm NZ.. tak pernha pi NZ so tak tahu tgk dlm tv jer hahahaa.. :D

    ReplyDelete
  2. Baru balik dari Siam ke...berjalan sakan nampaknya...

    Desa Cattle Farm tu tempat baru rasanya, dulu masa ke sana belum ada lagi... nampaknya nak kena mengulang ni..

    ReplyDelete
  3. Wahhhh baru balik dari Siam ya!!!.... kenapa tak daki gunung kinabalu tu???

    ReplyDelete
  4. Time Traveller,
    Tak pasti pula, rasanya kena ada guide, sbb mereka tahu trek utk mendaki..

    Pak Lang Mie,
    Baru balik dr Bangkok - trip yg dah lama plan. Alhamdulillah, trip Sabah, free of charge..kebetulan pulak, timing dekat2..

    zana,
    Ya, baru balik dr Bangkok..nak mendaki gunung, kena betul2 fit, dah tua-tua ni, tak larat, semput nanti..terus pergi tak kembali..hehe..

    ReplyDelete
  5. wahh nohas..kita sama2 ye baru balik dari sabah..pukul berapa awk snap gunung kinabalu tu..cantik sangat!!

    ReplyDelete
  6. zila,
    ye lah zila, timing lebih kurang sama, akak pergi on 6/9..

    Thanks..check kat raw photo, pukul 7.16am snap gambar gunung tu..tak lama lepas tu, dah tak nampak puncak..

    ReplyDelete
  7. mmg cantik Kundasang n Kinabalu tu...

    ReplyDelete
  8. paridah,
    Ya, betul, memang cantik alam ciptaan Allah SWT..

    ReplyDelete
  9. Canteknya Malaysia ku.. :D
    Sabah.. satu2nya negeri yang belum saya sampai.. One day Insyaallah..!

    ReplyDelete
  10. bestnya dapat g sini. saya pun teringin juga nak g satu hari nnti. nanti boleh lah rujuk entri ni.

    ReplyDelete
  11. acik idah,
    InsyaAllah, planning first, action later..

    eira eixora,
    InsyaAllah, akan sampai juga di sini satu hari nanti..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!