Saturday, October 5, 2013

Bangkok - Day 2 : to Grand Palace via Chao Phraya

Sambung cerita hari kedua..

Hari ni mengikut itinerary, nak ke Grand Palace, tempat bersemayam King Bhumibol dan Queen Sirikit, raja yang paling lama dalam sejarah negara Thai. Riki-riki, nak ke sini ada dua cara, boleh ikut jalan darat ataupun ikut sungai. Dah semestinya, bila sampai di Bangkok, nak tengok, feel, Menam Chao Phraya yang famous tuSo, kami pilih untuk naik river cruise. Subjek Geography revisited..

Dalam hujan renyai-renyai, berjalan ke National Stadium station, top-up Rabbit Card for another THB100, sebab nak jalan jauh, stored value dah tinggal THB40.  Dari National Stadium, turun di Saphan Taksin, stesen ni dalam Silom line juga. Keluar Exit 2 dan turun tangga untuk ke Central Pier (Sathorn Taksin).
 
the Pier

Kami pilih untuk naik Choa Phraya Tourist Boat, harga tiket THB150 (RM15 je) untuk satu hari, boleh naik/turun boat, sampai lebam. Travel guide juga diberi sama, boleh buat rujukan sebab ada lokasi tempat2 menarik di sepanjang Chao Phraya.

the ticket and travel guide
naik bot ni
Chao Phraya..
 
view di Chao Phraya

 Menam Chao Phraya dah di depan mata..besar giler...air naik sebab hujan, menakutkan juga..tapi nak merasa bercruise di sungai ni, bila tengok orang-orang Thai rileks je...rasa berani jugalah..


dalam bot
Dalam bot ni, ada seorang driver, konductor dan seorang kelindan (betul kot). Bila bot nak berhenti di pier, kelindan akan tiup wisel. Mula-mula tu tak tahu sebab sibuk dok snap-snap gambar. Rimas juga, apa bunyi bising-bising tiup wisel ni, tapi bila dah berapa kali berhenti, fahamlah sudah kaedahnya.

Bila nak menghampiri pier, kelindan ni akan lompat atas pier dan sangkut tali bot ke batang kayu. Bila dah selesai, dia akan tiup wisel lagi, bagi isyarat pada driver. Driver tu memang tak toleh belakangnya, nak monitor penumpang ke apa..tugasannya drive saja..hehe..

Bot ni berhenti tak lama, kena bersedia awal-awal kalau nak turun/naik bot..kalau terhegeh-hegeh, memang sayonara lah..tapi nak berdiri diatas pier tu agak scary juga, teroleng-oleng dan tak stabil, nak turun/naik boat pun sama, pandai-pandailah timing bila dan kat mana nak lompat..hmm pengalaman, pengalaman..

Untuk ke Grand Palace, turun di Tha Chang Pier (N9). Akan melalui kedai-kedai untuk ke jalan raya dan dah nampak pagar istana berwarna putih. Jalan terus ke main entrance dan terus ke kaunter.  Walaupun hujan, ramai sungguh rombongan pelancong, berbas-bas.

dah sampai
bangunan-bangunan di Grand Palace
Entrance fee - THB500. Semakin naik harganya. Kompleks istana ni luasnya 218,000 meter persegi dan terdapat banyak bangunan. Ada one lady approach, bertanyakan samada nak ambil tour guide. Tak ambil, cuma jalan-jalan je, nak refer pamphlet, pun malas. Just snap photos of these magnificient buildings of Siamese architecture - intricate workmanship..stunning and I am stunned..




the guard changing ceremony
the colonial building
the colonial building
highlight of the tour..the GRAND PALACE

Chakri Maha Prasat Hall
perarakan pengawal
Dusita Phirom Hall
Dusit Maha Prasat Hall
Sebelum keluar, singgah melawat the Queen Sirikit Museum of Textiles - melihat baju-baju Queen Sirikit dan kain-kain Thai silk. End of tour.
  
Kesimpulannya, the Grand Palace ni mesti ada dalam itinerary bila berada di Bangkok. Stunning view and magnificient buildings..sesiapa yang minat architecture, it is a feast to the eyes..

Disebabkan tak berminat nak melawat wat-wat yang ada disini, bergerak semula ke Tha Chang pier untuk menunggu bot ke destinasi seterusnya..khob khun kha..

18 comments:

  1. Dulu saya naik boat yang kecik je dan menyusuri sungai2 kecik juga di sekitar Bangkok. Tapi bila sampai ke sg Chao Phraya terasa ngerinya...

    Tak gi pun tmpt2 yg banyak binaan macam wat diaorang sbb tak suka...

    ReplyDelete
  2. BANYAK PIC MENARIK...MENAM CHAO PHRAYA TU LUAS BETUL...DI TENGAH BANDAR PULAK TU, KALAU HUJAN LEBAT MESTI BIMBANG BANJIR....

    ReplyDelete
  3. Pak Lang Mie,
    Memang rasa ngeri tengok Sg Chao Phraya, besar dan luas..

    Tak berkenan nk gi wat2 dan tak masuk dlm itinerary..

    paridah,
    Memang luas sungainya. Mungkin ada kaedah menghalang banjir, sebab kat tepi2 sungai tu, ada banyak hotel2 besar..

    ReplyDelete
  4. Wow!... betul kakak terpikat dgn semua gambar yg dicaptured. Kakak rasa tindakan bijak tak payahlah pergi wat-wat tu buat apa. Istana macam ini ok... sangat menarik:)

    Kena pulak masa hujan dgn org-org berpayung tambah cantik gambar-gambarnya..

    ReplyDelete
  5. zana,
    Thanks..air sungai naik, tapi tak banjir..

    Kakzakie,
    thanks, saya pun terpegun tengok bangunan2 disini, lain design nya. Kat dlm kawasan istana ni ada jg wat, cuma lalu tepi saja, takde nak masuk2 dlm..

    ReplyDelete
  6. Canteknyaa.. bersih.. sejuk mata memandang.. :)

    ReplyDelete
  7. acik idah,
    sungai ni bersih juga..

    ReplyDelete
  8. bestnya bleh jalan2 sana. dulu2 masa belajar pernah belajar pasal menam choa phraya ni.

    ReplyDelete
  9. cantiknya grand palace tu...seronok ya berjalan ke tempat org...byk pengalaman ditimba..

    ReplyDelete
  10. Ngeri naik bot ni bila ada bot lain lalu yang akan menimbulkan gelombang air yang bila sampai kat bot kita, bot akan teroleng-oleng. Yang best kalau tenguk penjaja sampan, macam2 depa jual.

    ReplyDelete
  11. eira eixora,
    Masa sekolah menengah, belajar mengenai menam chao phraya dlm subjek geografi..

    Kamsiah,
    seronok ada, takut pun ada..

    notie,
    memang ngeri tengok air sungai, ralit tengok penjaja sampan, ramai org perempuan yg menjual..

    ReplyDelete
  12. best best ni.. tumpang seronok...

    ReplyDelete
  13. mulan,
    walaupun hujan, dapat tengok bangunan2 macam ni, rasa best..

    ReplyDelete
  14. Ticket 150 bhat untuk boat tu memang best dan jimat sebab boleh naik jump out jump in untuk sepanjang hari.. mmg murah..

    Grand Palace.. untung la Encik Nohas.. lawa nyer kt dalam tu.. sy tak sempat masuk dulu.. sebab dah lewat petang tak boleh masuk.. rugi..

    ReplyDelete
  15. Time Traveller,
    Bangunan2 dlm kwsn Grand Palace memang cantik, lain kali boleh gi lagi Bangkok..

    ReplyDelete
  16. insyallah.. kalau pergi lagi tempat yg sama biar lah pula berteman selepas ini :D hehehehee...

    ReplyDelete
  17. solo travel dengan pergi berteman, lain sikit pengalamannya, tak kiralah teman hidup ke, kawan2 ke..yg penting enjoy the journey..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...