Wednesday, October 16, 2013

Bangkok - Day 3 : to Floating Market

Assalamualaikum..Salam Aidil Adha 1434H..

Sambung kisah perjalanan hari ketiga di Bangkok. Hari Sabtu. Weekend. Bila weekend, banyaklah floating market beroperasi di Bangkok ni. So, itinerary hari ni, ke pasar terapung. Jom terjah..

Pasar terapung yang kami nak pergi ni bukanlah yang famous amos macam Damnoen Saduak atau Amphawa. Damnoen Saduak ni tempat shooting filem James Bond 'the Man with the Golden Gun'. Kedua-dua floating market ni jauh dari Bangkok dan selalunya tourist akan book travel agent untuk pergi ke sini. Mengikut review, memang ramai pelancong asing dan tempatan pegi floating market ni..

Pasar terapung yang kami pergi kecik saja, namanya Khlong Lat Mayom. Banyak good review dari foreign tourists, boleh refer disini, sini dan sini. Khlong Lat Mayom terletak di kawasan Bang Ramat di daerah Thonburi, di sebelah barat-utara Bangkok.


Untuk ke sini, naik BTS Silom line ke stesen terakhir, Wong Wian Yai, keluar Exit 2 dan ambil teksi di bawah. Sebenarnya Silom line ni ada sambungannya hingga ke stesen Talat Phlu, tapi kena tukar platform dan naik train lain. Sebab malas, naik teksi dari sini saja. 

Sebelum tu siapkan pelan seperti diatas sebab tak semua driver taxi yang tahu tempat ni..kena cakap 'Talad Nam Khlong Lat Mayom'.  Macam kami, driver taxi yang kedua baru tahu nak gi tempat ni. Mengikut bloggers mat saleh, tambang teksi diantara THB100 to THB150..mula-mula driver taxi tu nak THB200, negotiate, dapatlah THB150. Dalam perjalanan, ternampak beberapa buah stesen BTS sedang dibina. Jauh juga nak gi Khlong Lat Mayom, driver taxi tu dah macam F1 driver, zup..zap..zup..zap, cilok sana, cilok sini..Alhamdulillah, selamat sampai..



The entrance to the Floating Market
Khlong Latmayom Floating Market ni cuma beroperasi di hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum, dari pukul 9.30 pagi hingga 3.00 petang. Ianya beroperasi di khlong (terusan) dan seperti biasa, bangsal-bangsal kayu dibina di kedua-dua belah khlong. Floating market in terbahagi dua, bahagian utara dan selatan.

Ketika kami sampai, masih awal lagi. Peniaga-peniaga masih lagi bersiap-siap, buka meja, atur barangan jualan. Ini ialah bahagian selatan floating market.



Bahagian selatan ni lebih besar dan macam-macam jualan ada, dari buahan-buahan, makanan, perabut, hingga ke pakaian. 

jambatan diatas ialah Jalan Bang Ramat
 











  Dibahagian utara, cuma ada jualan makanan.








 


lemang Siam
gerai karipap
gerai pad thai
Sementara menunggu tour boat beroperasi, ronda-ronda kawasan floating market sambil melihat-lihat apa yang boleh dibeli.

pulut manis
pulut lagi - colourful
kuih tradisional Thai
kuih apam
rebung - tiga peket THB100
Gerai buah-buahan & sayuran
buah pisang, nona, mangga dan gac fruit
gac fruit @ fuk kao
Mengikut maklumat, gac fruit ni boleh didapati di floating market ni. The local panggil fuk kao. Nak merasa, beli lah sebiji, THB60 sekilo. Nanti kita tengok macamana buahnya. Beli juga jusnya, not bad..ada rasa masin-masin sikit..

gac fruit dan koranda with their juice - THB25 sebotol

buah koranda
Buah koranda..mengimbau kenangan zaman sekolah rendah. Dulu arwah wan yang mengajar mengaji ada tanam pokok buah ni..masa tu kami panggil buah berenda..masam & kelat-kelat buahnya yang muda..bila masak warna merah kehitaman, kuat anti-oksida..rasa manis masam-masam sikit..Subhanallah, tak sangka terjumpa disini pula..


dah takde kerja
kereta pun ada dijual disini - Toyota Vios model baru
Dah habis meronda bahagian darat utara dan selatan floating market ni, kembali ke tepi khlong untuk naik tour boat.  Ingatkan nak naik boat berenjin macam dalam blog ytravel tu, tapi mamat tu panggil sampan, beria-ria suruh naik, kami pun naiklah sampan..THB20 seorang..dua ringgit je..OK, juga, penumpangnya hanya kami berdua saja. 

Yang mendayung tu sorang wanita, kesian lah pulak, tengok dia mendayung sorang-sorang, kami pun mendayung sama, bergilir-gilir, sebab ada satu saja kayu pendayung extra..exercise lengan..excited..


memulakan perjalanan berperahu di khlong


close-up -  peniaga makanan di dalam sampan



pokok fuk kao @ gac fruit - tanaman menjalar
berada di khlong yang lebih besar
Masa berada di khlong yang besar ni, suspens juga, dahlah tak pakai 'life jacket', tiba-tiba bot berenjin lalu di sebelah, sampan dah teroleng-oleng...hiss..merbahaya betul untuk perahu-perahu kecil..

menuju ke satu tempat
ke kebun teratai
0hh..teratai, bunga indah
mengelilingi kebun teratai

kedai runcit di tepi khlong

pembersihan khlong

mengambil pokok-pokok teratai
bergerak pulang
semakin dekat
Bila menghampiri ke tempat naik tadi, ramailah pulak pelancong lain yang snap gambar kami dalam perahu. Suasana di floating market sudah bertambah sibuk..kami pun bergerak pulang..nak balik ke BTS station, jangan risau, teksi banyak lalu lalang di Jalan Bang Ramat..balik naik teksi bermeter, tambang hanya THB120..

stesen BTS Wong Wian Yai
Overall, Khlong Lat Mayom floating market is worth a visit. Suasana kampung dan kehijauan menambah keunikan pasar terapung yang memenangi Thailand Tourism Award of Community-based tourism in 2007.

21 comments:

  1. Seronok nyer dapat pi floating market lagi tu.. dulu pi tak sempat nk ke floating market.. hujan pun yer.. ni kene pi lagi nie :D

    ReplyDelete
  2. SALAM IDUL ADHA NOHAS...BNYK PIC2 MENARIK N CERITA2 YG MENARIK...

    ReplyDelete
  3. Salam Aidul Adha untuk nohas......Banyak ker shopping kat floating market.... bawa balik vios tu tak????

    ReplyDelete
  4. Time Traveller,
    InsyaAllah, akan sampai jua..

    paridah,
    Salam Idul Adha untukmu juga..thanks, buat kenangan dan panduan..

    zana,
    Salam Idul Adha untuk zana & keluarga..beli buah2an..bawa balik gambar saja..hehehe..

    ReplyDelete
  5. bestnya kan..salam aidil adha juga..susah x nak cari makanan halal kat floating market tu?

    ReplyDelete
  6. pasar terapung yg ni tidak sesibuk yang famous tu yer.... saya pergi Hat Yai dulu pun sempat pergi ke pasar terapung KLONGHEA MARKET...

    ReplyDelete
  7. Fatahiyyah,
    Memang susah sikit nak cari makanan halal kat floating market ni, paling selamat beli buah2an..

    MystoryPic,
    pasar terapung ni tak sibuk sgt, lebih relax..bila dah sampai Thailand, mesti gi pasar terapung..trademark Thailand.

    ReplyDelete
  8. Signature dish mereka yg colorful tu memikat mata kakak.

    ReplyDelete
  9. pulut manis tu macam Ais Kacang Giant.. :D
    Ceritalah lagi....

    ReplyDelete
  10. Kakzakie,
    memang colourful kuih tu..

    acik idah,
    ya, ada byk items atas pulut tu, sama mcm ais kacang..tgh edit2 gmbr..

    ReplyDelete
  11. bestnye floating market ni..Insya Allah..tahun depan nak ke bangkok juga la nanti :)

    ReplyDelete
  12. Liza Razak,
    floating market ni best sbb dlm kwsn kampung, redup & sejuk..tak sibuk sgt. InsyaAllah, plan first, action later..

    ReplyDelete
  13. Kakak dtg lagi:)

    Buah koranda tu noh beli tak? Kakak tak pernah nampak pun tempat kita ni..

    ReplyDelete
  14. floating market. nampak menarik.

    ReplyDelete
  15. Salam jumaat..baru terjmpk blog ni..bestnya dpt g pasar terapung ni..sya teringin nk pg sini jgk...buah yg merah tu x pnh nmpk..duk tgk buah tu berkali2..hehe...folo blog ini..jika sdi,snggh blog sya ya :)

    ReplyDelete
  16. Kakzakie,
    marhaban, marhaban..tak beli buah koranda, beli gac @ fuk kao saja. Pokok buah koranda ni pernah jumpa masa early 1980s, byk duri, sekarang dah x jumpa kat sini.

    eira eixora,
    byk review dr bloggers mat saleh, nampak menarik, sbb tu berusaha pergi juga...

    ReplyDelete
  17. adrianna syaz,
    Salam Jumaat to you too..

    dulu masa sekolah rndah ada makan buah ni, ditanam oleh arwah wan (guru mengaji)..sekarang ni dah tak nampak kat sini..

    ReplyDelete
  18. Bestnya, macam-macam ada kat floating market tu ye.

    Nohas orang dapat bayangkan sampan teroleng-oleng di sapu alunan ombak hasil deruan bot.... huhuhu takut beb dah lah tak reti berenang kan terlungkup huwaaaaaa tak dapat bayangkan.

    ReplyDelete
  19. notie,
    ya, mcm2 ada, mostly utk local people..

    Memang suspens masa tu, lama jg nak bagi stabil, kalau terlungkup..na'uzubillah.

    ReplyDelete
  20. kena masuk wishlist benda yg diterai ni - gac fruit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt M'sia, tak pernah nampak buah ni, maybe ada kt Thailand je kot..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...